Wednesday 11 February 2015

ANWAR AKAN DILAYAN SERUPA DENGAN BANDUAN-BANDUAN LAIN .. TIADA LAYANAN VIP KATA TIMBALAN MENTERI KDN.



Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak membenarkan Jabatan Penjara memberi sebarang layanan istimewa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang tempoh lima tahun beliau menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.

Wan Junaidi berkata, sekiranya Jabatan Penjara memberikan layanan istimewa terhadap ketua pembangkang itu, maka jabatan terbabit tidak berlaku adil kepada semua banduan.

"Kita tidak boleh beri layanan 'lima bintang' kepada bekas orang kenamaan atau jutawan yang dipenjara selepas disabitkan kesalahan, manakala pengemis pula dalam keadaan teruk.

"Semua pihak yang didapati bersalah oleh mahkamah, mendapat layanan yang sama daripada Jabatan Penjara (sesuai dengan status banduan).

"Bagaimanapun, Jabatan Penjara boleh memberi kemudahan (berlainan) kepada penghuni penjara atas sebab tertentu, seperti isu perubatan," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Katanya, Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zukifli Omar boleh pertimbangkan tentang kemudahan tertentu sekiranya banduan berdepan dengan masalah kesihatan dan beliau akan membuat keputusan berdasarkan laporan kesihatan diterima.

"Buat masa ini, tiada keputusan Anwar akan menerima sebarang layanan istimewa," katanya.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu ahli keluarga Anwar dibenarkan melawat ketua umum PKR itu pada hari dan waktu yang ditetapkan Jabatan Penjara.

"Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Bulan Sabit Merah Malaysia juga boleh memohon untuk melawat Anwar. Ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelawat," katanya seperti dilaporkan.

Anwar disabitkan kesalahan dalam rayuan kes Liwat II semalam dan Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman lima tahun penjara sebagaimana ditetapkan Mahkamah Rayuan.

Mahkamah juga mengetepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan daripada yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini, pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.

Sebelum hukuman dijatuhkan semalam, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah dengan menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman".

10 comments:

  1. X dpt layanan vip pun xpe...jgn d tutup muka pastu d tumbuk dah le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Bagaimana anwar akan diberi layanan vvip lainlah kroni2 mungkin tak yah duduk penjara inikan malaysia. Kalau beri penumbuk pemukul tu mungkin utk anwar sebab marah dan benci apatah lagi pembangkang. Tak apa tiada kisah pun hanya sabar sj akan merubah segalanya asal rakyat bersatu inginkan perubahan, bersama2 kita usahakan. Kalau berfikir demi diri maka jawap nya hancur harapan buat keturunan anaKcucu masa depan gelap, jadi ingat perubahan utk masa depan bukan masa kini, hanya yg penting diri penakut bodog bangang ikutan syaitan sj akan terus membinasakan malaysia dan maruah tergadai. Jgn salahkan cina....melayu sdr cari binasa.

      Delete
    2. all ten to yes!!! oh malaysia..

      Delete
  2. Ada dulu polar bear kat Alaska kena dusyum Truss's Jadi Panda mata Hiram . Tapi polar bear ni jahat. Dia pandai trick, buat2 manja untuk dapat simpati masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar khabar panda tua yg pandai trick tu dah kna jail krna di dapati bersalah meliwat bontot panda muda..betul ke??

      Delete
  3. Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan saman bekas pembantu peribadi pelawak dan pelakon Zizan Razak terhadap artis itu berhubung pembekuan akaun Wire Fame Entertainment Sdn Bhd

    Hakim Datuk John Louis O’Hara membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Zizan, yang merupakan defendan kedua.

    Dalam saman berkenaan, Marina Juki (plaintif) mendakwa beliau mengalami keaiban tetapi tidak menunjukkan bagaimana beliau mengalaminya, kata hakim itu ketika mengumumkan keputusannya.

    Beliau berkata, plaintif juga gagal mendapat kebenaran untuk memohon tindakan dikenakan terhadap defenden ketiga seperti yang diperlukan mengikut Seksyen 181 A(1) Akta Syarikat.

    Hakim itu memerintahkan kos RM10,000 dibayar kepada Zizan dan RM10,000 kepada Maybank Islamic Berhad.

    Pada 30 September tahun lepas, Marina, 31, menyaman Maybank Islamic Berhad, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Ab Razak, 31, dan Wire Fame Entertainment Sdn Bhd kerana peranan mereka dalam membekukan akaun syarikat itu.

    Wanita itu mendakwa beliau mengalami kerugian besar dari segi wang kerana artis yang bernaung di bawah syarikat berkenaan tidak lagi berminat membaharui kontrak masing-masing memandangkan pembekuan akaun syarikat itu membayangkan ia menghadapi masalah.

    Peguam Harjit Sandhu mewakili Marina, manakala Zizan dan Wire Fame masing-masing diwakili peguam Rishwant Singh dan Jimmy Liew.

    ReplyDelete
  4. Satu lagi sejarah hitam negara - Presiden PAS
    DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | 10 Februari 2015.
    PAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

    Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.

    Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.

    Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam.

    Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.

    Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.

    Presiden PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main wayang Opera Cina nampak presiden PAS kita ni.....

      Delete
    2. Presiden PAS masih nak teruskan permusuhan dengan saudara sesama Islam dan bersekongkol dengan kafir harbi dan Melayu liberal rupanya.
      And you call yourself an ulamak.Ish...ish....ish

      Delete
    3. Jika merujuk Pada mahkamah syariah di arab suadi dan iran anwar mampu ke lepas diri, mungkin suadara lupa dengan ayat ini merujuk pada dna
      Anwar tak boleh melepas diri jika mahkamah gunakan ayat ini Sebagai bahan bukti
      1)bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),
      2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
      3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
      4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan,
      5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

      ia menunjuk pangkiraan dna, anwar sendiri tak boleh lepaskan. Diri

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...