Wednesday, 11 February 2015
PENARI TIANG MELAYU DIHUKUM DENDA RM25 DAN MENGAJAR AGAMA TANPA TAULIAH DIDENDA RM1,500.
Berlaku di Daerah dan Negeri yang sama tetapi mendapat hukuman yang amat jauh berbeza.
SEREMBAN 29hb Mac 2012 - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.
Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.
Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.
Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.
SEREMBAN 11hb Februari 2015 ... Seorang ustaz telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan semasa sedang menyampaikan ceramah di Masjid Putra Nilai, dekat sini sekitar jam 9 malam kelmarin.
Ustaz Hanafi Hashin, 31 tahun, ditahan atas kesalahan mengajar agama tanpa pertauliahan dinegeri ini.
Dituduh di Mahkamah Syariah Sendayan dan mengaku salah dan dijatuhkan hukman denda RM1,500 atau tiga bulan penjara.jika gagal membayar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati keluarga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya isteri serta anak-anaknya supaya tabah menerima keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat II yang diumumkan hari ini.
ReplyDeleteKata Abdul Khalid menerusi laman mikro Twitternya, beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah ujian dari ALLAH terhadap Anwar dan keluarganya.
“Saya berdoa kepada ALLAH semoga keluarga Anwar diberi kekuatan dalam menempuh dugaan yang mencabar ini,” katanya seperti yang dipetik menerusi posting tersebut.
Mahkamah Persekutuan sebentar tadi memutuskan Anwar bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu.
Keputusan sebulat suara yang dibacakan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria itu menolak rayuan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Bagimanapun, mahkamah ditangguhkan sejam bagi pihak pendakwaan mengemukakan hujahan berhubung hukuman terhadapnya.
Arifin membacakan keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
MERAPU....Biar cerdik sikt .Nak komen/tulis ikut tajuk beb...
DeleteSatu lagi sejarah hitam negara - Presiden PAS
ReplyDeleteDATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG | 10 Februari 2015.
PAS merakamkan takziah dan simpati terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas ujian hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
Hari ini menjadi satu lagi sejarah hitam negara, mengulangi tragedi sama yang pernah ditanggung beliau sebelum ini. Untuk itu, rakyat perlu melihat bahawa kemaraan dan konsisten politik Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipasung dari terus menjadi pejuang rakyat.
Ia juga mengingatkan kita semua, hanya Undang-undang Syariah sahaja dapat memberi keadilan sebenar dan penyelesaian terhadap seluruh kekeliruan dan fitnah sebagaimana kes ini.
Maka, perlunya semua pihak memberi keyakinan kepada PAS untuk membawa perjuangan hingga berdaulatnya Undang-undang Syariah di dalam pemerintahan negara kita ini, termasuk menegakkan 'addin' yakni cara hidup Islam.
Kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli keluarga, seluruh anggota PKR dan Pakatan Rakyat, semoga kita terus sabar dan istiqamah untuk kekal melangsungkan memperjuangkan menegakkan keadilan bagi negara ini.
Oleh itu, perlunya kita bersatu-padu secara penuh harmoni dalam kemajmukan, agar menjadi kuat untuk teguh menumbangkan BN.
Presiden PAS
Baiknya hati TSKI dan TGHA. Dalam masa TSKI di pecat, dihina Dan di fitnah beliau masih kasihan pada Anuar. Walaupun PAS di sabotage dgn PASMA, TGHA masih berdoa untuk Anuar.
ReplyDeleteJadilah Insan yg Solihin. Jgn penaya kawan sendiri.
Yg Benar Dan Tersentuh
Jeff Ulu Yam
Reformist Originel
Penceramah ugama d denda...penyanyi k.pop d agung agungkan...
ReplyDeleteMengajar agama x bertauliah lebih besar salahnye dari penari tiang x bertauliah... tu lh pasal dendanye lebih ...kalau penari tiang bertauliah x pe ...hee
ReplyDeleteSaya rasa tiba la masa untuk bagi semua rakyat pastikan undang-undang hudud di laksanakan pada tahun 2015 untuk jaga keadilan rakyat.
ReplyDeleteJangan di tangguh-tangguh lagi untuk laksana hukum hudud. Tak ada alasan lagi!
Nk hudud mcm mne? ...yg kapir dh tentu lh tolak sbb kekapiran nye ...yg islam menolak dgn 1001 mcm alasan sbb apenye pulak ...hee
DeleteMisti mendapat KELULUSAN DARI DAP .. BETUL TAK .. Mr .. MAHFUZ BEAN
ReplyDeleteBro, cakap biar berlapik sikit. Hudud tu perintah dari Allah s.w.t. Jgn samakan Allah s.w.t dgn sebarang makhluk. Boleh jatuh murtad bro..
DeleteDenda rm25?????? banyak tu.....kenapa tak denda rm2 aja...(satu penghinaan yang terlampau)
ReplyDeleteAnwar sepatutnya tak mendapat keistemawan di penjara seperti tahun 1998, sedangkan rakan penjara di tidur sel anwar mendapat bilik sendiri rakyat sudah ,sedangkan rakan penjara yg lain tak mendapat surat kabar anwar dapat baca surat kabar, sedangkan rakan penjara lain tak mendapat telefon keluarga anwar boleh telefon keluarga sesuka hati ,rakyat menympah dengan perangai anwar itu tak mahu ikut undang2 penjara
ReplyDeleteundang-undang dunia lagu tu laaa..
ReplyDeleteomak kau mesti bawa hal ni kedepan spy keadilan dapat ditegakkan..
hidup Omak Kao.....
Islam ada 73 firkah (aliran) hanya 1 aliran yg diterima ,takut2 ustaz ini bukan dari satu yg di terima itu.
ReplyDeleteLelaki yg tak hadir berjemaah setiap waktu di surau atau masjid bagaimana ya jika tak ada hal penting dan uzur.. Mmg kita kena bersangka baik pd semua manusia.. termasuk bersangka baik pd semua ustz.. kita diberi akal utk berfikir apabila hadir setiap kuliah atau ceramah... ayah kita dirumah ajar kita solat dan mengaji.. siapa yg bg tauliah.. lu fikir lah sendiri
DeleteKadang2 ustaz yg x bertauliah tu lebih tinggi ilmunye dr org yg bg tauliah tu ...hee
Deleteperjuangkan bangsa bkn cara nabi (alhadis)... ABU
DeleteAjar lah anak ugama sebelum ke taskar.Biar mereka faham AL Quran dulu baru belajar yang lain.Sistem pendidikan negara cara barat memang lah keparat di buat nya.Utamakan sholat macam Raja arab baru ini, pemimpin kita hampas, buat tudohan fitnah jahat No. 1 dalam dunia, rasuah pun No.1 dan menipu undi pilihanraya untuk menang kekal kuasa No.1. Jadi bagaimana nak sholat betu, syaitan dah bertahta di hati mereka.
ReplyDelete