Monday 15 June 2015

ADUN PKR CHUAH NAFI DIA DALAM KEADAAN MABUK KETIKA BERLAKU KEMALANGAN YANG MENYEBABKAN SEPASANG SUAMI ISTERI CEDERA PARAH.



Adun Chuah, Chai Tong Chai, terlibat dalam kemalangan jalan raya di laluan persimpangan ke Kampung Baru Sungai Nipah sekitar jam 11.30 malam kelmarin.

Ketika kejadian, Tong Chai memandu pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail dipercayai bertembung dengan sebuah motosikal.

Dalam kejadian itu, Tong Chai tidak mengalami sebarang kecederaan, walau bagaimanapun penunggang dan pembonceng motosikal yang juga pasangan suami isteri, Harun Johari, 39, dan Noraini Hamid, 26, cedera parah.

Tong Chai ketika dihubungi memberitahu, semasa kejadian beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri  sebuah majlis di Bukit Pelandok.

Menurutnya, kejadian berlaku terlalu pantas, sebaik tiba di lokasi simpang jalan di Kampung Sungai Nipah, selepas selekoh tajam tiba-tiba muncul sebuah motosikal dari arah bertentangan.
“Saya tak sempat elak dan terus bertembung dengan motosikal tersebut, kereta yang saya pandu terbabas ke kiri jalan.

“Lepas tu saya terus turun dari kenderaan dan bantu penunggang dan pembonceng motosikal itu sehinggalah ambulan datang,” katanya yang juga Ketua PKR Cabang Telok Kemang.

Tong Chai berkata, ini adalah kali pertama beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya dan agak trauma walaupun tidak mengalami kecederaan.

“Lepas kejadian itu, saya terus buat laporan di Balai Polis Bukit Pelandok dan menunggu siasatan penuh pihak polis,” katanya.

Dalam pada itu, Tong Chai juga menafikan dakwaan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bahawa beliau memandu dalam keadaan mabuk.

9 comments:

  1. Rakyat parah bila gomen teruk Dan de facto pkr nepotism

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pasal pemimpin kita naik jet
      Kalu naik jet tak la terlanggar rakyat yg naik moto

      Delete
    2. Salah tetap salah. Tak payah backing kalau betul dia mabuk.

      Delete
  2. Ada tak nurul uzzah melawat mangsa. Yg langgar ni orang pkr lagi tak mau jenguk. Busuk hati punya pantai touch d dog 2014

    ReplyDelete
  3. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  4. Cuba letak lampu jalan kat semua jalan di negara kita.
    Kalu 42 bilion tu rasanya cukup.
    In Sha Allah kemalangan pada waktu malam dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  5. DLM AKTA PENGANGKUTAN JALAN TIADA KESALAHAN DINYATAKAN MEMANDU DLM KEADAAN MABUK.
    YG MENJADI KESALAHAN ADALAH MEMANDU DGN PENGARUH ALKOHOL.
    ADA ORANG MINUM SATU BOTOL SUDAH MABUK. ADA JUGA YG MINUM LIMA BOTOL TAK MABUK.
    YB YG MANA ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia cuma kata dia tak mabuk.
      Dia tak kata dia tak ambil alkohol.

      Delete
  6. Tak pa macai pkr ramai peguam professional ........... nanti depa putar2 kes ni si chuah boleh terlepas sbb bab putar memutar mmg profession macai pkr .......... depa kalau boleh tuhan pun depa nak putar2 dgn hujjah bahlol depa ........... mmg puak2 macai dah diresapi agenda yahudi yg cuba tipu tuhan pasal larangan tangkap ikan pada hari sabtu ....... tup2 jadi beruk ........ cuma macai pkr ni belum jadi beruk tapi perangai seakan2 beruk tu mmg dah jelas kelihatan !

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...