Thursday, 11 June 2015
PASCA GEMPA BUMI DI SABAH .... TERKANTOI TIANG KUARTERS GURU SMK RANAU HANYA DIBALUT DENGAN BATU BATA YANG DISIMEN?????
KESAN GEMPA, ALLAH TUNJUK SEMUA
( rumah guru di SMK daerah Ranau?)
KONTRAKTOR2 di Sabah ini ada yang melaksanakan kontrak tanpa memikir keselamatan mereka yang bakal menghuni dan yang penting bagi mereka asal untung berlipat ganda. Biasanya mereka GASAK saja dan nyawa orang lain tidaklah mereka peduli sangat.
Kenapa jadi demikian?
Sebuah bangunan seperti yang kita lihat biasa rumah guru ini sekitar 4-5 tingkat dan lihat saja tiangnya tidak sepadan untuk mengangkat bangunan dan memang skop kerja yang ditentukan sebesar itu dan bilangan besi di dalam sesuai dengan keperluan untuk bangunan sebesar/setinggi begitu tidak kita pasti.
Kelihatan tiang yang barangkali sekaki lebar 4 segi itu dibungkus dengan bata yang menjadi hebat kelihatan dan barangkali 2 kaki lebar dan jelas di sini semacam ada penipuan kesan lobang di kiri kanan sekitar tiang.
Yang berkenaan/jabatan pendidikan Sabah kena siasat dan kenapa bangunan semacam itu boleh diluluskan dan siapa saja yang meluluskan untuk guru2 menghuni?
Jabatan pendidikan kena kaji dan siasat dan rujuk semula skop kerja/pelan kerja yang disediakan untuk membina bangunan serupa ini.
Saya yakin sangat ada sesuatu yang tidak kena dan yang berkenaan/SPRM disamping jabatan pendidikan harus menyiasat perkara ini secara serius dan jika pembinaan/kontraktor tidak akur dengan skop kerja yang ditentukan, maka tindakan harus dikenakan untuk diheret ke muka pengadilan kesan penipuan yang boleh membahayakan penghuni kalangan guru2... Rakyat Sabah Perihatin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Aku sokong BN sebab boleh menipu. Mereka ni kebanyakkan agensi kerajaan tiada pakar/tiada ilmu.Hantar kursus hanya utk bercuti/makan angin. Bab keselamatan pergi jahanam janji kenyang. Seronok berniaga dengan mereka sebab untung besar.
ReplyDeleteMana ada parti politik yang tak.menipu?.
DeleteSemuanya menipu.
Kalau tidak takkan lah manifesto boleh dikatakan bukan janji.
Ada pulak ahli politik yang dulu hentam orang lain yang tak sokong hudud.
Bila orang tu sokong dia tukar pulak pendirian, kata hudud tu hanya hudud pas.
Hipokrit lah tu.
Didunia umno bn hebat mampos.jadi keparat dibakar api selamanya nyesal tak berguna lagi.
ReplyDeleteTIPU ADALAH HAK ASASI MANUSIA - DAPIGS
ReplyDeleteKesimpulannya baik BN atau pembangkang yang pegang tampuk pemerintahan kakitangan kerajaan Malaysia memang begitulah tabiatnya.
ReplyDeletetakde masalah sebenarnye di sini, bangunan yg direka biasenya akan mampu menahan gegaran dlm skala sederhana, cuma bahagian2 kosmetik seperti boxup column ni kalau takde gegaran pun biasenye akan crack sebab berlakunya settlements, tp jgn risau, box up column ni bukan struktur menanggung beban, kalau runtuh abis box up kolumn ni pun takde masalah... cuma disebabkan gempa bumi ni engineer perlu check balik jika ade stucture damage..
Deleteps:- rc column ni ibarat kaki, box up column ni ibarat seluar... kite berdiri menggunakan kaki, bukan menggunakan seluar... yg beza cuma kaki keding or kaki obes..
Spesifikasi ada. Rujuk. Tidak ikut spek, libas semua ! Jika benar, ini memang kerja haramjadah.
ReplyDeleteKat kajang kerja macam ni kalu, kontrektor ameno aje yg buat, maae.
DeleteKat sabah.tak tau la pulak. Tapi aku rasa anak buah kkntrektor ameno jugak kot.....
laaa... korang semua baru tau ka hah....kering2 kena tipu tapi masih tak sedar....patutpun umno dah lebih 50 tahun pun masih tetap menang pilihanraya....
ReplyDeleterakyat bodo....macam lembu.....
Gempa bumi di Sabah adalah buatan manusia.
ReplyDeleteSila lihat:
http://bumiyangtercinta.blogspot.com/
lol...u ada buku kah? sila baca. (buku agama dan bomoh tak kira)
DeleteIni yang dikatakan kalau tak tau jangan komen, nanti jadi fitnah. Kalau tak ada ilmu dalam construction jangan komen. Column tu structure, brick tu box up. Column tu yg received load. Brick tu ecstatic jer. Kalau engineer dah calculate column besar tu boleh received load buat apa nak membazir buat column besar2 gedabak. Brick tu cuma nak jadikan semua tiang nampak serupa. Aku bukan back up UMNO sebab aku pun tak suka. Tapi aku bagitau fakta. Normal praktis dalam construction industri di planet bumi ni.
ReplyDeleteAku jamin yg bagi komen2 atas tu engineer
Deletecap ayam je..sepatah haram tak tau pasal construction..
Betul tuu sape2 yg kerja di bidang construction akan faham.....Kalau column tuuuu tak ikut spec sudah pasti roboh dah bangunan tuuu....
DeleteUntuk ketinggian 4 tingkat - saiz Column yg digunapakai tidak mengikut standard antarabangsa. Sekolah lagi
ReplyDeleteLol, nyatakan saiz antarabangsa tersebut? Korang ni, kalau takde ilmu dalam bidang berkenaan, rujuk pada pakar.. Jangan jadi keyboard warrior je, malu pada diri sendiri, dan orang lain di kemudian hari.. Ingat, fitnah tu lagi besar dosanya dari membunuh..
DeleteDalam kes column yang ni, thickness masi besar lagi, tiang masi boleh kecil lagi.. tapi since nak design selamat, bagi besar lagi.. Batu bata tu nak buat nampak cantik je pun.. baru 3 tingkat..
So, lain kali, kaji.. Hahahaha..
Akhir zaman penuh fitnah. Jgnlah kerana kebencian kpd sesuatu pihak menyebabkan kita berlaku zalim.
ReplyDeleteMacam mana pula terselit org tak berapa nak pandai dlm pakatan ni oii omak kau.. nak bongkar isu biar lah bidang2 yg ko pandai.. cukup la ko nak serang azmin ngan serang wawi.. buat lah homework ttg engineering sblm post dlm blog engkau ni.. kan dah kena sebijik sebijik pengikut2 ko.. kalau ada salah.. ko bongkar ngan fakta2 engineering ko.. jgn baling batu sembunyi tangan..
ReplyDeleteBro, design ni tak salah la. Kat middle tu main support pillar. Kat luar tu design 3Dkununing. So dia orang tampal la batu bata merah. Harap maklum ya.
ReplyDeletedeisgn nie langsung xsalah....admin patut belajar lebih tentang engineering....column tu masih tegap lg...
ReplyDelete