Tuesday 30 June 2015

MURID ORANG ASLI DI IKAT DAN TENDANG OLEH BEBERAPA GURUNYA KERANA DITUDUH MENCURI.



Seorang murid dari suku kaum Temiar didakwa diikat, ditendang dan dipukul beberapa orang gurunya selepas dituduh mencuri wang salah seorang daripada mereka, kata Dr Colin Nicholas, penyelaras Centre of Orang Asli Concerns (COAC), sebuah kumpulan sokongan Orang Asli.

Akibat kejadian itu, murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan itu mengalami lebam di wajahnya, lengan dan paha.

"Dia dituduh mencuri. Kami tidak tahu jika ia benar tetapi kalau benar pun, ini bukan cara yang betul mengendalikannya," kata Nicholas dalam posting di laman Facebook COAC.

Beliau juga telah mencatatkan tentang kejadian pada COAC Facebook halaman.

Sumber polis, bagaimanapun, mengesahkan insiden tersebut berlaku dan ia kini disiasat.

Nicholas berkata kes itu terjadi pada 15 Jun tetapi tidak tahu jika tindakan sudah diambil terhadap guru yang terlibat.

Bagaimanapun, terdapat cubaan mendesak keluarga mangsa menarik balik laporan mereka yang dibuat oleh nenek mangsa di Balai Polis Daerah Gua Musang pada 27 Jun.

"Saya diberitahu yang guru tersebut masih mengajar di sekolah itu. Guru besar ada datang melawat tetapi meminta keluarga itu menarik balik laporan mereka dan membenarkan sekolah menangani isu itu secara dalaman. Mana boleh buat begini?" kata Nicholas.

Beliau berkata, COAC juga membuat laporan semalam selepas menerima maklumat mengatakan seorang "orang tengah" didakwa meminta keluarga itu menarik balik laporan mereka bagi pihak salah seorang guru, atau mereka akan terima akibatnya.

Individu itu didakwa memberitahu keluarga itu yang guru berkenaan boleh menyusahkan hidup mereka kerana dia mempunyai hubungan dengan polis.

8 comments:

  1. G18 mesti kata budak tu profesional

    ReplyDelete
  2. Orang asli itu bukan manusia ke......pihak polis mesti bertindak segera.....peja bat pelajaran juga patut buat tindakan segera....Semua ini kerna ada orang belakang untuk menyokong tindakan guru....kalau pun dia mencuri ....bukan itu cara penyelesaian nya.....sebagai guru...mesti bijak bertindak ....kalau tidak....tidak layak menjadi guru...Apa sumbangan guru kepada murid asli disekolah itu.....ada antara guru yang mengajar sekolah asli hanya macam lepas batuk ditangga....musim durian ahhhh guru suka kerana banyak dapat durian....

    ReplyDelete
  3. Tariklah balik laporan tu.. Demi keselamatan.

    ReplyDelete
  4. Inilah catatan blog terbaik yg disiarkan oleh OMAKKAU. Sebelumni rencana OMAKKAU mempamerkan sikap merapu dan mabuk TODI. Tahniah OMAKKAU, anda dah kembali ke pangkal jalan. HIDUP G18! Hidup PR!

    ReplyDelete
  5. Imaginasi aku... Biarlah budak tu diajar sebegitu.... Kerana dia mencuri..... Nanti kalau dah besar... Pegang jawatan plak besar2 dlm syarikat besar contoh 1MDB.... Mencuri jugak... Bkn stakat cikgu... Polis pun tak berani pukul.... Sekadar bermimpi...

    ReplyDelete
  6. Imaginasi aku... Biarlah budak tu diajar sebegitu.... Kerana dia mencuri..... Nanti kalau dah besar... Pegang jawatan plak besar2 dlm syarikat besar contoh 1MDB.... Mencuri jugak... Bkn stakat cikgu... Polis pun tak berani pukul.... Sekadar bermimpi...

    ReplyDelete
  7. En Kantan Belukar,xblh en bfkran mcm 2....walaupun murid 2 mencuri en perlu menyiasat tlbh dahulu dan apabila murid tsbt bslh brulah guru bkenaan blh bertindak tp tidak b0lh btndak sesuka hati ...kerana dah ada dlm akta guru tdk b0lh mr0tan murd jd apa tah lg dgn mngikat dan terajang murd tsbt...kta kne bfkr scra waras jika perkara tsbt tkena pada anak kta sndri apa tndakan yg kita akn ambil...sy minta maf ats kekasaran bhasa sy...

    ReplyDelete
  8. OMK...mesti kata Azmin yg terlibat...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...