Friday 26 June 2015

PANASSSSS!!!!! ..... PRESIDEN MIC MAU MASUK DAP BERSAMA-SAMA DENGAN PARA PENYOKONGNYA??????


Setelah disahkan oleh RoS sebagai bukan lagi ahli MIC maka diberitakan Dato' Seri G.Palanivel mau masuk DAP bersama-sama dengan para pengikut dan penyokongnya.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam mengesahkan Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli parti India dalam komponen Barisan Nasional (BN) itu iaitu MIC dan mengisytiharkan pesaingnya Datuk Seri Dr S Subramaniam sebagai pemangku presiden.

Subramaniam mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan akhbar, dengan berkata RoS menyampaikan berita itu menerusi surat yang dihantar kepada jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC penggal 2009.

“RoS dalam surat yang dialamatkan kepada CWC 2009 hari ini mengenal pasti Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli MIC mengikut Artikel 91 perlembagaan parti.

“RoS juga mengiktiraf akibat pengesahan itu Datuk Seri Dr Subramaniam akan bertindak atas kapasiti pemangku presiden memimpin CWC 2009 untuk menjalankan pemilihan semula MIC seperti yang diputuskan RoS,” kata kenyataan akhbarnya.

Subramaniam dan Palanivel berbalah mengenai kepimpinan MIC selepas pemilihan parti yang kontroversi pada November 2013, di mana keputusannya dibatalkan RoS dan kemudian mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula.

Palanivel dan 4 yang lain mengambil tindakan undang-undang terhadap RoS dan semalam gagal memperoleh perintah interim terhadap keputusan mahkamah yang berpihak kepada arahan RoS supaya pemilihan semula diadakan.

Subramaniam juga sebelum ini mengisytiharkan Palanivel bukan lagi ahli, memetik perlembagaan MIC mengenai ahli yang mengambil tindakan undang0undang terhadap parti.

Subramaniam baru-baru ini juga mengumumkan RoS memberikan MIC tempoh lanjutan hingga Oktober untuk mengadakan pemilihan semula.

MIC, rakan komponen kanan dalam gabungan kerajaan pemerintah BN, tetapi BN enggan masuk campur dalam pergelutan kepimpinan itu dan memberi parti itu menyelesaikan sendiri masalah mereka.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik sebagai berkata BN ada menawarkan bantuan kepada MIC menerusi beberapa jalan penyelesaian, tetapi ditolak.

8 comments:

  1. A very good news. It makes our political landscape more colourful and exciting!! Thank you Datuk Seri G.P.

    ReplyDelete
  2. Elok la tu MIC, MCA , GERAKAN dan yang lain2 nya tinggalkan kerajaan 48% tu yang dah sarat dengan segala macam rasuah dan penyelewengan.

    Biarkan 2 parti suci UMNO dan PAS bergabung.

    Semoga dengan pengabungan itu akan lebih memertabatkan Islam dan Melayu hingga di peringkat global gitu.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Kira G18 tu sama spesis dgn Palanival. Kesian.

    Phahrulnival
    Champion Pasmacha

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak pulak spesis apa.
      yg kaki 4 tu ye..

      Delete
    2. Anon 11:47, Maaf...'Joke' tak sampai.

      Delete
  4. Seri G.Palanivel dun Cameron Highlands bagus dia buang dari mic sebab dia juga dua kali cameron highlands banjir lumpur.

    ReplyDelete
  5. Anonymous26 June 2015 at 11:47
    Kira G18 tu sama spesis dgn Palanival. Kesian.

    Phahrulnival
    Champion Pasmacha

    ReplyDelete
  6. Anonymous26 June 2015 at 11:47
    Kira G18 tu sama spesis dgn Palanival. Kesian.

    Phahrulnival
    Champion Pasmacha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...