Sunday 28 June 2015

PAS AKAN TERUS DENGAN AGENDA HUDUD WALAUPUN DIMANIPULASI MUSUH TEGAS HADI AWANG



Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak akan lari daripada agenda perjuangan parti itu dan mendakwa “musuh” politik mereka menggunakan sudut agama seperti hudud untuk menakut-nakutkan rakyat.

Presiden PAS itu berkata, gambaran diberi seolah-olah hudud akan menjadi agenda pertama parti itu sekiranya ia menang dan membentuk kerajaan persekutuan, tetapi hakikatnya, ia hanya sebahagian undang-undang Islam yang merangkumi pelbagai aspek termasuk undang-undang antarabangsa dan sivil.

"Dalam hudud, ada hukuman potong tangan untuk pencuri dan hukuman untuk penzina. Ini yang mereka pilih.

"... Dipilih oleh media dan banyak pihak lagi untuk membuatkan rakyat takut kepada Islam," katanya pada satu ceramah Ramadan dihadiri ratusan penyokong di ibu pejabat PAS di Pongsu Seribu, Pulau Pinang malam tadi.

Hadi berkata kira-kira 5 tahun lalu, bekas menteri kanan Singapura mendiang Lee Kuan Yew ingin tahu lebih lanjut mengenai PAS, maka kedutaan republik itu di Kuala Lumpur menghubungi setiausaha politiknya bagi mengatur satu pertemuan.

"Saya terkejut Lee Kuan Yew hendak jumpa saya. Sebab itu saya fikir DAP ni kecil sahaja. DAP lahir daripada PAP, parti Lee," katanya disambut ketawa hadirin.

Hadi berkata, Lee tidak lama kemudian datang ke Malaysia dalam satu rangka lawatan kerja dan selepas beliau bertemu dengan kerajaan Barisan Nasional dan bekas Mursyidul Am Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan, kedua-dua mereka bertemu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, di mana pemimpin Singapura itu, yang diiringi beberapa menteri, bertanya banyak soalan.

Katanya, Lee ingin tahu mengenai agenda Islam PAS dan dasar luarnya sekiranya ia membentuk kerajaan persekutuan.

"Saya kata dasar kami akan mengikut Islam dan keamanan akan terletak di tempat paling atas. Keamanan merupakan keutamaan dalam hubungan antarabangsa.

"Islam mempunyai caranya sendiri menyelesaikan sesuatu isu dan menyatukan rakyat daripada latar belakang berbeza melalui keadilan dan rahmah yang dibawanya," katanya.

Apabila hudud menjadi isu panas, Hadi berkata, beliau dijemput berucap di Universiti Nanyang Singapura mengenai perkara itu.

Katanya, beliau memberitahu ahli akademik yang kebanyakannya bukan Islam di situ, mereka tidak boleh mentafsirkan Islam sebagai agama berdasarkan istilah Barat.

"Islam ialah ajaran Allah yang meliputi penciptaan manusia, hubungan antara manusia, kehidupan di dunia dan akhirat. Ia merangkumi semua.

"Tetapi apabila menyentuh mengenai hudud, yang mereka tahu hanya potong tangan."

Hadi berkata, beliau menjelaskan bagaimana keadilan dalam Islam berfungsi, bagaimana ia menentukan cara hakim membuat keputusan berdasarkan hujah yang dikemukakan.

"Hakim dan saksi mesti adil. Kalau ada keraguan dalam sesuatu hujah, hudud tidak boleh dijalankan. Malah, saksi pun boleh dikenakan hudud jika didapati dia tidak berlaku adil.

"Hudud bukan hanya tentang hukuman. Ia tentang melindungi mangsa, membuat penjenayah takut undang-undang dan bertaubat," katanya sambil menambah merotan dalam Islam tidak sampai melukakan seperti rotan yang dijalankan sekarang.

Hadi berkata, mereka yang bukan Islam memahaminya dan tidak banyak soalan, tetapi yang membuat bising ialah mereka yang tidak menghadiri ceramah tersebut.

22 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. Singapura dan Lee Kuan Yew adalah sebuah kerajaan yang didalangi oleh Yahudi Laknatullah. Singapura mengambil pakara dan perunding Yahudi bagi menggubal dasar di pelbagai bidang; ekonomi, pertahanan, perisikan, hubungan antarabangsa dll.

    Hasrat LKY menemui pemimpin BN dan pemimpin PAS adalah bagi meninjau secara dekat apakah dasar yang akan dilaksanakan oleh BN dan juka PR jika memenangi pilihan raya yang akan berlansung pada waktu itu.

    So.... apalah yang nak dibanggakan apabila musuh datang menemui kita untuk mengorek rahsia. Hanya orang yang bengong berpolitik saja akan berasa hebat, teruja dan sombong tak bertempat apabila menerima kunjungan tetamu yang tidak diketahui mempunyai agenda tersendiri.

    Tu la masalah puak ni....apa yang mereka merasa diri terlalu hebat dalam semua hal.

    ReplyDelete
  3. Betul kata Hadi. Hari ini pun kita masih kedengaran bhw "Islam disebar dgn pedang". Ini kerjausuh Islam. Kenapa Islam kena takut sehingga ada org anti ulama mengatakan kita kena sembunyi niat nak buat hudud. Lepas menang Putrajaya baru buat hudud. Ini cakap macam org Syiah (takiyyah).

    Penjelasan Hadi cukup jelas. Hanya DAP sengaja tak mau faham & ada pula segolongan manusia islam ikut DAP. Tak mau faham juga.

    Kejayaan dlm sesuatu usaha itu ditentukan Allah, bukn kita. Dan Allah akn nilai atas usaha kita, bukan kejayaan kita. Usaha dgn NIAT yg IKHLAS kerana Allah, itulah kejayaan. Kalau yg ini pun org dlm PAS masih tak faham, eloklah join DAP, tinggalkan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni saya nak bagi tau abang dengan hati yang iklas...jika nak laksanakan hudud MESTI UBAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA dulu iaitu artikel yang menyatakan bahawa "Malaysia adalah sebuah negara SEKULAR. Islam adalah agama rasmi manakala agama-agama lain dibenarkan...."

      Kena tukar kepada something like this..."Malaysia adalah NEGARA ISLAM ang mengamalkan sistem pentadbiran Islam termasuklah HUDUD dan Qisas..........."

      Jadi kan bang....jika mahu tukarkan Perlembagaan Persekutuan yang orang putih Lord Reed ni buat, PAS perlu memenangi 2/3 kerusi Parlimen. Jika tidak, Haji Hadi bertempik sampai tercabut anak tekak pun HUDUD tak akan terlaksana. Kalau nak tahu DAP memprotes atas dasar ini la bang. So, jika PAS sudah menang 2/3 kerusi parlimen, Lim Kit Siang atau mendiang Karpal Singh keluar dari kubur membantah pun, depa tak boleh buat apa-apa.

      Abang faham tak saya cakap dalam bahasa yang mudah ini...... Soalan saya bang......rasa-rasanya selama hayat abang dikandung badan, bolehkah PAS menang 2/3 kerusi Parlimen tanpa berpakat dengan pembangkang lain.

      Haji Hadi tahu keadaan ini sebab tu Hadi nak berbaik-baik dengan HAMNO dengan harapan HAMNO akan sokong HUDUD. Tapi setakat la ni la kan...saya rasa orang yang masih kuat tedarah rasuah, tipu rakyat at every opportunity, mengamalkan sistem ekonomi berasaskan riba,. menjana pendapatan negara dari hasil yang haram (cukai judi dsbnya), SUSAH SIKIT LA MEREKA NAK TERIMA HUDUD. Apa yang kita lihat sekarang UMNO berpura-pura sokong HUDUD bila terdesak sangat, tapi bila dah lega sikit macam-macam helah diberikan. Nak pinda rang undang-undang yang sedia ada macam Hadi nak buat baru-baru ni pun tak lepas-lepas masuk ke perbahasan Parlimen.

      Dengar sini bang...dulu orang China Hindu amat takut kepada PAS dan Pak-Pak Lebai kerana mereka tidak faham apa yang pak lebai PAS perjuangkan. Tapi apabila TGNA terangkan PAS FOR ALL dan Islam itu amat terbuka, membawa keadilan, menolak rasuah maka kita telah menyaksikan orang China dan India mengundi calun PAS dalam dua PRU yang lalu...suatu fenomina yang amat memberansangkan apabila melihat China Hindu pakai T-Shirt gambar Nik Aziz dan kibarkan bendera PAS. Sayang sekali bila non-muslim mula berjinak-jinak dengan PAS, lebai-lebai Taliban dalam PAS mula menyerang DAP yang mewakili orang China menyebabkan mereka kini lari dari PAS. Jika keadaan ini berterusan sampai kiamat pun kita tak mungkin mampu laksanakan HUDUD kecuali awak bunuh semua orang bukan Islam di Malaysia dan bunuh orang Melayu dalam UMNO yang menentang hudud , baru boleh menang 2/3 kerusi Parlimen dan tukar Perlembagaan. Suatu pilihan lagi, abang bawa geng ramai-ramai beriktikaf dalam masjid dan berdoa memohon pertolongan Allah supaya hudud terlaksana di negara ini. Aminnnn. Saya nak pegi pujuk orang bukan Islam dan terang baik-baik apa itu Hudud...its only a friction of Islamic system.......

      Delete
    2. Habis tu, ko nk bersama sokong octoberfest, pesta arak? Kebebasan pakaian seksi? Kebebasan menukar agama? Bahkan suatu hari nnti kebebasan kawen berlainan agama seperti indonesia? Azan diperlahankan? Kelas fardu ain dimansuhkn? Urusan agama seperti khutbah jumaat dipertikai? Hak lbgt? Hak jual no ekor kt klantan/ terrngganu? Hak arak dijual berleluasa di kdai2 runcit? Setiap 1km mesti ad kuil, gereja dan tokong sama besar dgn masjid? Hak bacaan doa agama lain semasa pembukaan bngunan baru? Ko nak hak sembelih lembu korban xboleh disembelih kt padang sekolah? Hak daging babi dijual kt seblah daging lain sb diorg rasa terhina daging feveret diorg dipandang kotor? Ko nk anak cucu ko hidup dalam masyarakat agama islam dupermainkan?

      Delete
    3. 16;21 nmpknya ko tu yg x pandai politik.

      penerangan asrul sani ada benarya mengikut senario politik skrg.

      Delete
    4. Memang bodoh mkn taik anon16.21!!!

      Delete
    5. Sesal dulu pendapatan...sesal kemudian tidak berguna lagi...toleransi ada batasannya...
      Anon 16.21...menyatakan kebenaran memang dibenci musuh agama...sebut saja biarpun orang kafir dan penganut agama politik tu tak suka...
      Pada asrul sani..dap tak pernah dan TAK AKAN beri green light pada hudud...nak mengaku Malaysia ni negara Islam lagilah mereka takkan sanggup...ternyata dap adalah musuh Islam yg nyata dan sangatlah tidak wajar pas terus bersetongkol dengan dap...
      Hakikatnya pas bermusuh dengan dap dan bukannya kaum cina...kaum cina sokong pas mada pru12&13 dulu bukan sbb setuju dgn perjuangan pas tapi lebih pada marahkan umno dan bn...

      Saya sebagai muslim percaya yg TGHH telah melakukan tindakan yg tepat dengan memutuskan hubungan dengan dap...dap musuh agama yg nyata...

      KHALID SAMUD

      Delete
  4. Haji mahu laksanakan HUDUD lakukanlah secara professional....... ikutlah segala prosedur yang betul setelah disiapkan segala blueprint yang lengkap. Haji tak perlu bising-bising macam ayam nak bertelur melainkan Haji nak tipu Pak Pak Lebai PAS bahawa Haji sedang berjuang menegakkan Islam sedangkan sebenarnya Haji hanya menggunakan agama untuk memegang kuasa....haji tak takut api neraka ka????

    ReplyDelete
  5. tulang badak ckp kosong aje mcm agen umno,

    dah daftar jadi ahli PAS ke?

    jgn ckp je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulang badak orang keadilan okey

      Delete
    2. maksud aku kalau dh tk suka PKR dh benci ketua umum apa nk merengek lagi.

      kalau dh suka PAS, keluarlah PKR dan daftar masuk PAS.

      kecuali tulang badak memang agen nk buruk2kan PR puas2 tp taknak pula masuk PAS. biasala mcm2 tektik agen2 . jgn jadi duri dlm daging, tk bermaruah namanya

      tgk G18, mereka rasa PAS dh tk relevan so mereka bercadang nk tubuh parti baru. apa masalahnya. mereka pun tk pelru kutuk2 pemimpin PAS byk sgt, lebih baik fikir utk maju ke depan.

      yg meroyan adalah UG PAS sekarang, byk kerja2 profesional mereka tk boleh nk buat.

      siapa nk bela felda kalau tidak mazlan aliman. selepas mazlan letak jawatan, adakah PAS cepat2 ganti pemimpin UG utk ganti mazlan membela rakyat felda dlm masa isu saham felda merudum dn mereka perlukan pembelaan parti islam.

      ckp byk pun tk guna, ketaksuban mengatasi segala2nya. hidup je lah hadi dan khalid tu. hihihi

      Delete
  6. hadi adalah pemimpin paling hebat dlm dunia. dia adalah wali kpd kita semua.
    sesiapa yg tk taksub kpd beliau akan mendapat bala tunggulah. huduud adlah penting sgt2. dgn potong tgn barulah kecurian tkde lagi. hari ini potong tgn, ptgnya tkkan ada lagi kecurian percayalah. kita dh lambat sgt ni tngguh hudud. singapure musuh kita, kita patut serang je negara tu. kita lantik hadi jd khalifah jihad kita. ust hebat azli taliban jd panglima perang, ust hebat moktar senik jd jeneral stategik sebb beliau kasyaf. kita hancurkan je sppura ambik jd hak kita smula.aku tk sabar nk tunggu hadi lancar jihad. kita ambik spura dn terus laksana hudud kt sana. biar yahudi menangis sebb spura jd negara islam hudud.hidup maulana sheikh hadi khalifah umat islam. takbirrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahhh pengikut taksub insan suci tuhan guru besar nujum uturn muktabar lks...bapak kpd khalifah al finanggi...lge

      Delete
    2. Komen mcm butuh anon 12.45,mcm kena pil kuda,dok sibuk ke Singapore, yg dikelantan dok dlm khemah pun dap yg byk Tolong.lancau la!!!

      Delete
  7. Hahaha.......berapa peratusan melayu setuju dgn hukum hudud??? Melayu semua beragama islam tetapi adakah semua setuju!!! Masalah bukan pada dap atau yg bukan beragama islam tetapi pada melayu itu sdr....! Bukan ke melayu paling ramai dan majoritinya agama islam jadi kalau melayu itu semua setuju laksanakanlah!!! Tak kisahlah dap atau kaum cina tak setuju itu hak mrk sebab mrk bukan beragama islam. Yg melayu tu melaung byk buat apa??? Buat bising buat malu memperbodohkan melayu itu sdr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg berbincang n keputusan org atasan.. Bukan dari akar umbi.. Rata2 semua Melayu Islam menyokong n tiada bantahan.
      Selagi PAS bersama DAP... Selagi tu perjalanan PAS terhoyong hayang.
      Pilihan raya 1999 dahulu Sapa ketua pembangkang? PAS.
      Tapi bila bekerjasama dgn DAP & PKR.. PAS jadi parti tunggangan mereka. Menjadi parti yg tidak boleh bersuara n tunduk segala permintaan DAP khususnya..
      Bak kata lagu..
      "Cukup cukup sudah.. Cukup sampai disini saja..."
      Tanpa PAS selepas ini baru DAP n PKR tahu langit tinggi atau rendah.
      Seharusnya PAS yang menjadi Ketua Pembangkang n memutuskan hala tuju Pakatan Rakyat.
      PAS parti kedua terkuat selepas UMNO. Itu semua org kena akui.
      Tanpa PAS.. DAP & PKR seperti budak2 hingusan.
      DAP.. Tak pandai bersyukur.. Dah di beri betis hendak peha.

      Delete
    2. sekor bangang lagi....hudud utk di kelantan...98% melayu islam yg memilih pas parti islam yg bermanisfestokan hudud...xkan nk amik 3-4 kerat g18 atau pasma maka nak dinobatkan kehendak 70% akar umbi...come on bro...xnk diam...jgn wat jahat...selamat...hudud utk org buat silap je

      Delete
    3. Anon 16.25,pas nak jd ketua pembangkang nak muntah guna dgr,ITU lebai2 dan ketua pun kaki ponteng,dlm parlimen tau pegang telor dam ambik elaun.nak hujah hrp geng professional je.Hj Hadi asyik tuang mkn elaun but a!!!

      Delete
  8. KEPADA PENCINTA AJARAN SEKULAR PKR DAN DAP SERTA PASMA. KEMBALILAH KEPADA AJARAN ISLAM SEBENAR YANG BERLANDASKAN AL QURAN DAN HADISS . MUSUH KITA SEBENAR ADALAH IBLIS DAN SYAITAN SERTA MEREKA YANG KAFIR DAN MUNAFIK . BILA HATI KITA HIDUP KITA AKAN NAMPAK KEBENARAN ISLAM . BILA HATI MATI APA YANG BAIK DALAM AGAMA KITA ANGGAP BURUK DAN JAHAT . BERSATU DENGAN MEREKA YANG MUSLIM

    Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

    ReplyDelete
    Replies
    1. ckp retorik bodoh tk melihat realiti keadaan

      tu pasal PAS jd hampas

      takat nk seru kembali ke ajaran sebenar, beruk pun blh ckp

      Delete
  9. sudahlah hadi..... tuan berahim dh kata takut dharurat.

    sebb DAP dh beli jet pejuang utk bom kelantan jika laksana hudud.

    ckpla sorang2 bab hudud, dh muak dengar.

    masa utk pemimpin PAS berehat sambil layan cucu mcm muhyidin, lagi ada faedah dpd menipu Allah dan umat

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...