Tuesday 16 June 2015

PASCA MUKTAMAR PAS KE 61 ..... CERAMAH PERDANA DI KOTA BHARU MALAM TADI KURANG MENDAPAT SAMBUTAN.


Ceramah Perdana yang dianjurkan individu-individu yang dikenal pasti agak intim dan rapat dengan PasMa swngan menjemput bekas Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamed Sabu, Naib Presiden PKR YB Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen DAP Raub YB Dato' Mohd Ariff Sabri malam tadi 15hb Jun 2015 bersamaan hari Isnin mulai jam 9.00 malam di Perkarangan Madrasah Atas Kubur, Jalan Che Su, Kota Bharu dikberitakan kurang mendapat sambutan dari penduduk tempatan.

Dikhabarkan hanya sekitar 250 ke 300 yang hadir mendengar.

YB Nurul Izzah Anwar tidak dapat hadir dan tempat beliau digantikan oleh YB Tian Chua, Ahli parlimen Batu yang juga merupakan Naib Presiden PKR.

Jika hasrat penganjur mau jadikan ceramah perdana malam tadi sebagai kayu ukur momentum untuk menggerakkan sokongan rakyat terutamanya dengan mengadakan ceramah dilokasi yang dikenal pasti sebagai kubu kuat PAS demi menarik sokongan ahli-ahli PAS menyeberang dan berhijrah ke parti yang bakal dotubuhkan oleh PasMa .. secara jujur dan ikhlas ... misi ini boleh dikatakan gagal .... rakyat diakar umbi terutamanya penyokong dan pendokong PAS masih sayang dan setia dengan PAS ... berpegang kepada prinsip mana-mana pemimpin yang sudah dipilih secara sah dan bersih perlu ditaati dan disokong.

Intipati ucapan terutamanya dari Mat Sabu tidak pun membayangkan dirinya akan menyertai PAS apatah lagi mengajak rakyat menolak PAS .. YB Tian Chua pula berkata jika PR mau menawan Putrajaya  PR hendaklah bersatu dan kuat.

Sebab itu Omak cukup yakin betapa Mat Sabu dan barisan pemimpin yang tewas pada Pemilihan Muktamar ke-61 baru-baru ini akan tetap bersama-sama dengan PAS ... mereka akan bertindak untuk kearah memastikan hubungan PAS dengan DAP dan PKR akan bertambah erat ketika ianya mula-mula ditubuhkan dulu.

27 comments:

  1. Anuar masuk jail pun dap tak kesian. Pasma ni alat dap jerrrrr. Malangnya abang azmin percaya pada dap jugak. Bahlul baladigol betul LA.

    Cukup la dlm net ada bahlol nama greenboc, addin n malaysiawavea takkan kepimpinan pkr pun bak Jadi bowdow juga.

    Jeff Ulu Bernam
    Original Refomist from Ulu Yam

    ReplyDelete
  2. Nurul uzzah jgn pi sesi touch d dog okey. Pi LA cersmsh sayang ooooiii

    ReplyDelete
  3. Pasma buat ceramah ada bihon sop MSG.

    ReplyDelete
  4. Brapa lama la tahan nye PasMa tuhhh...suma muka muka tak ade aura....aura jubo belakooo....PasMa lebih ramai panglima perang dari askar dan hamba abdi....ahaksss....pasai tu la DAP tunjuk garang tapi telo dah masuk jubo... DAP bodohkan org cina...PasMa bodohkan melayu libral mcm budak samat sait tuhhh...ahaksss

    ReplyDelete
  5. kah kah kah ............ pakat2 panggil blogger macai yg banyak mulut dan auta hadir mai pi ceramah pemimpin pujaan depa.........mana macai kapla bananana ni ...... mana mat indera, bloglist, gendang perang, as-sisi bukit, malaysian wave, yong puaka kuning dsbnya ? mana macai yg suka cakap besar ? mana pakar perang saraf internet ? mana blogger porno yg tukar profession kpd blogger politik hamlau ? pakat2 bungkus ka puak2 puaka ni ............ mana slogan lawan tetap lawan hatta masuk kubur mahupun akhirat ......... mana ? manaaaaaaaa ?

    ReplyDelete
  6. Lama tidak dgr komen2 dari rafizi di lobby parlimen...
    tida ade ulasan dari rafizi tentang 1MDB, sejak diambil alih oleh Mahathir..

    adekah rafizi sudah dihalau dari pandan?
    adekah rafizi sedang menunaikan umrah?
    adekah rafizi merajuk dgn azmin...
    adekah rafizi sedang berusaha memujuk mahathir masuk pKR?
    Adakkah Rafizi tengah makan bihon sop Pasmacha
    anda tentukan mana yang anda suka

    ReplyDelete
  7. hahaha.....

    Omak memang busuk hati...


    Mohammad Sabu, sekalipun tewas di dalam mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden di dalam pemilihan PAS baru-baru ini, BELIAU masih terus mendapat tempat di hati akar umbi apabila ceramah perdananya di Perkarangan Madrasah Atas Kubur, Kota Bharu malam tadi dihadiri oleh ramai penyokong Pakatan Rakyat.

    Berbanding dengan program ceramah kumpulan pro- ulama oleh salah seorang Naib Presiden PAS di Seremaban malam kelmarin yang hanya dihadiri sekitar 20-30 orang pendengar ternyata, akar umbi dan penyokong PR masih memilih golongan progresif.

    Di dalam ceramahnya malam tadi Mat Sabu telah menyentuh isu Hudud yang menurutnya PAS telah ditipu oleh UMNO.

    Beliau mempertikaikan mengenai kebijaksanaan pimpinan PAS yang terus mempercayai UMNO untuk membentang Private Bill yang sehingga sesudah dua kali Parlimen bersidang, ia masih gagal dibentang.

    "UMNO tipu kita, betul atau tidak," soalnya dan disambut "BETULLL" oleh para hadirin.

    "Kenapa pergi percaya kepada UMNO?" beliau bertanya dengan lantang dengan membuat sindiran pedas kepada golongan yang kononnya mempercayai UMNO itu ikhlas.

    "(Akibatnya), Kita berpecah, usul tak naik, kita yang memikul masalah," tambahnya.

    Beliau menyatakan ini bukan dipatuk ular kali kedua tapi ke lapan, dan disambut dengan gelak ketawa oleh para hadirin.

    Ceramah Perdana malam tadi turut menampilkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul izzah Anwar dari PKR dan ahli Parlimen Raub, Mohd Arif Sabri dari DAP.

    Gambar-gambar yang lebih terang dan jelas boleh tengok di sini http://greenboc.blogspot.com/2015/06/video-gambar-mat-sabu-terbuang-tetapi.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar greenboc sgt diragui... penonton dgn stage tidak masuk dlm satu shot.... yang diatas lebih solid photo dari blakang stage nampak penceramah terus ke penonton... wallahualam... ada komen kat greenboc... harap2 boleh lepas la....

      Delete
    2. Greenboc punya ranking sekarang ni 1301 dalam malaysia. semakin merundum nampaknya, hai paham2 le sendiri greenboc kenapa orang malas nak baca blog kau sekarang ni!!!

      Delete
  8. TOLONG TANYA MAT SERABUT SAPE CURI DUIT TABUNG MEMALI??

    KAH KAH KAH

    PEJUANG ISLAM CURI DUIT TABUNG MEMALI KAH??

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanya lah sendiri...dan ulas sini!!...jgn pakai tembak dol

      Delete
  9. Sy pi blog lain..gambaq tgk ramai pi ..yg mana satu betui.. sy pwrcaya blog yg lain tu...ayuh buat parti baru..rakyat dok tunggu.

    ReplyDelete
  10. mat sabu haramjadah.

    ReplyDelete
  11. puak pro ni dulu telah menjahanamkan jutaan ringgit wang pelabur kohilal, kosis dan tabung serambi mekah ! ......... itu pun ada hati nak tadbir negara dan ekonomi negara ka ! betul kata macai2 pkr yang ada hanyalah melayu2 bahlol je tapi depa lupa yg depa kata tu adalah depa sendiri !

    ReplyDelete
  12. Hahaha.....
    Usah percayai bulat2 mana2 blog pun sebab setiap blog pula agenda tersendiri demi kepentingan diri bukan nya rakyat diutamakan ,malah dlm party pasti ada musuh dlm selimut yg tidak dpt di katakan tidak ada sebab wang pangkat semua boleh gadai inilah manusia tak kira agama apa pun dianuti sama sj sebab manusia sememangnya dipengaruhi nafsu tamak. Jadi jgn lihat luaran tetapi dalami segala huraian bukan percaya apa yg kita lihat dan dgr sebab kita tidak nampak pembohongan kalau kita tak fahami, apalagi bukti pun boleh dikianati diperbuat oleh manusia demi memenuhi harapan mrk.

    ReplyDelete
  13. Tgkla blog omkkau amek gmbr dr sudut mana.mcm tv3 la..himpunan black 505 pun tv3 kata xsampai seratus org...hahahhaa...omakkau omakkau.sian dh jd blog fitnah pulak...tau la blogger UG tp jgnla smpi fitnah..malu sikit dgn ulamak walak suci murni

    ReplyDelete
  14. Nampak benor PASUG ularmak tengah goyang.pandai chai punya PAS guna teknik gambar.yg hadir punya ramai kaloh ceramah PASUG n9.biarkan.kita ahli PAS akar umbi akan ajar ularmak PASUG cukup2 nanti.kita biar chai2 dan ularmak kaki fitnah gila jawatan angkuh dan terus berlagak.sejarah akan buktikan walaun penangkap hantu presideng pil kuda dan juak2 menjahanamkan PAS demi BN.

    ReplyDelete
  15. Bukan pengundi PR mahupun Pas... saya personally x suka Pas berpecah tapi lagi bahaya kalau DAP dominant...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes!!! Memang benar. Lihat kemelot terkini, siapa perasan hebat dan gila berkuasa?

      Delete
  16. Pas takkan ke Putrajaya kalau jadi pak turut dalam PR... kena lead PR baru baru boleh dapat sokongan atas pagar... kalau DAP cakap main angguk je setakat boleh dapat support hardcore PR supporter jer la..
    Kena terima hakikat majoriti melayu bumiputra tak suka DAP kecuali PAS jadi BAPAK dalam PR bukan setakat suami isteri tido sebantal..

    ReplyDelete
  17. Omakkau dah jd blog penipu.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. admin remove pasal apa plak? terasa ke apa?

      Delete
  19. Urustadbir pas adalah lebih baik dari pkr selangor dan dap penang. Pentadbiran pas adalah mengurus negeri dengan rezeki yang maju, berkebajikan, aman tanpa jenayah spt rogol teramai 38 orang. Pendidikan di negeri bawah pentadbirran pas pun dapat membina insitute pendidikan islam bertaraf antarabangsa seperti KIAS, termaju dgn infrastruktur dan pengajar antarabangsa. Kebajikan negeri pas juga bertaraf terbaik, dapat membantu mangsa banjir dgn perumahan dan makanan berterusan. Peringkat terakhir ialah melaksanakan hukum hudud utk jenayah curi, rompak, zina, qazaf, arak dan murtad, untuk memastikan rakyat terus makmur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelantan lebih maju dari singapura dari segi ekonomi..rakyat kelantan hidup lebih mewah dari orang eropah dan jepun sehingga tiada otang miskin di kelantan..kelantan aman dan tiada jenayah di sana..tiada kes rogol dan sumbang mahram brrlaku dan kehidupan di sana ibarat syurga dunia...berpuluh2 juta rakyat luar dtg bekerja mencari rezeki di kelantan..pendapatan perkapita rakyat kelantan adalah RM 250,000 setahun.tiada kejadian banjir di kelantan kerana sistem infrastuktur yg terbaik di kelanran yg dipenuhi dgn lebih 20 lebuhraya 4 lorong tanpa tol diseluruh kelantan..

      Delete
  20. wa dah fed up dgn PAS......sekrg baru rasa betul org dok kata kalau politik semua kotor......bodoh piang

    ReplyDelete
  21. Pas sudah hilang sokongan.
    Tak percaya??...sama samalah kita saksikan..rupa2nya pemimoin pas kelantan sama mcm umno jadi pencuri balak dan amalkan tender kronisma...hancurlah pas mcm umno jugak selepas ni.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...