Monday 29 June 2015

PENUBUHAN PARTI ISLAM BAHARU YANG DIUSAHAKAN OLEH G18 BERSAMA-SAMA PASMA ADALAH UMPAMA MEMBERIKAN TALIAN HAYAT KEPADA UMNO SEBENARNYA!!!!.



Jawapan kepada ura-ura parti baharu berkulit Islam tetapi terbuka kepada semua kaum dan agama yang bakal ditubuhkan oleh mereka yang tewas dalam pemilihan PAS kali ini selepas Aidil Fitri ini.

UMNO mengetahui undi kaum Bumiputera dan Melayu terbahagi kepada tiga kelompok .... mereka yang menyokong UMNO, mereka yang menyokong PAS dan mereka yang tidak menyokong kedua-dua parti itu.


Bagi UMNO, majoriti kerusi yang ditandinginya, mereka perlu berdepan dengan PAS di kawasan majoriti Melayu. Di kerusi campuran, UMNO berdepan dengan calon PAS ataupun PKR ataupun parti pembangkang laindi Sabah.


Undi yang diperlukan UMNO adalah daripada kalangan mereka yang menyokong UMNO... UMNO boleh menang jika undi kepadanya bertambah atau undi kepada lawannya berkurangan atau terbahagi dalam pertandingan 3 penjuru.


Mengharapkan undi UMNO meningkat pada situasi rakyat sedang merana kos sara hidup yang tinggi dan dua parti komponennya MCA dan MIC yang kini tempang adalah perkara yang amat berisiko dan kurang rasional. UMNO hanya mengharapkan undi mereka kekal sudah dikira cukup baik.


Oleh itu, UMNO hanya boleh bergantung kepada pecahnya undi daripada kalangan mereka yang melawannya dan ura-ura penubuhan parti baharu oleh mereka yang tewas di pemilihan PAS baharu ini adalah berita yang amat dinantikan dan menggembirakan UMNO.


Bagi UMNO, parti baharu yang dicanang ini bukanlah satu ugutan maupun tamparan maut kepada undi mereka kerana parti baharu ini terdiri daripada kalangan mereka daripada pembangkang dan sememangnya tidak menyukai UMNO, yang dulu bersama PAS tapi kini mungkin kurang menyukai PAS.


Mereka adalah dari kelompok pasaran  penyokong pembangkang yang sama. Keadaan akan berbeza kalau mereka ini parti serpihan UMNO yang beralih kepada pembangkang seperti Semangat 46.


Namun soal undi adalah perkara kedua. Perkara yang diintai UMNO ialah konflik perebutan kerusi yang bakal dicetuskan parti yang baharu ini di kalangan parti pembangkang.


Umum mengetahui, bab pembahagian kerusi adalah perkara yang paling sensitif di kalangan parti pembangkang.


Kerusi yang sudah ada di tangan (ditandingi di PRU yang lepas) jarang akan diberikan kepada orang lain. PAS, PKR dan DAP masing-masing sudah hampir pasti mengekalkan kerusi yang bakal ditandingi mereka nanti di PRU14.


Jika parti baharu ini tertubuh, di manakah mereka akan bertanding?


Apakah DAP dan PKR akan memberikan kerusi mereka kepada parti baharu atas semangat pakatan yang baharu????? Rasanya sudah pasti tidak. Tiada siapa yang sanggup mengurangkan kuota kerusi masing-masing untuk memberikan ruang kepada parti baharu ini.


Hakikatnya kerusi yang ada itu terhad untuk menjamin satu lawan satu dengan BN. Bagi PKR dan DAP, sudah tentu kerusi yang ada akan diberikan kepada mereka yang berjuang untuk parti masing-masing selama ini.

Contohnya, tidak terlintas bahawa PKR sanggup melepaskan kerusi Parlimen Bera kepada parti baharu, meskipun ini kerusi yang tewas. Bayangkan kesanggupan mereka untuk berkongsi kerusi yang menang kepada parti yang baharu?

Bagaimana pula dengan kerusi-kerusi DAP? Ini lagi tidak mungkin kerana kerusi-kerusi di DAP menjadi rebutan ramai di kalangan mereka sendiri atas faktor mereka merasakan undi bukan Melayu sudah ada di tangan.


Berdasarkan pengalaman PAS berunding kerusi dengan DAP dan PKR, parti baharu ini sebenarnya sedar pada akhirnya mereka terpaksa mengintai kerusi-kerusi yang ditandingi PAS. Ini kerana semua kerusi yang bakal dimiliki oleh parti baharu selepas tertubuhnya ia, adalah juga kerusi PAS pada asalnya.


Masalahnya, parti baharu ini juga tahu PAS sudah tentunya tidak akan berunding dengan mereka ini kerana mereka adalah serpihan kepada parti PAS. Dengan jiwa yang tidak takut pada kekalahan, parti baharu tahu PAS tidak akan berkompromi untuk memberikan kerusi kepada parti baharu.


Berlatar-belakangkan itu, UMNO sedang mengintai peluang untuk mengecapi semula rezeki lumayannya sebelum PRU13 yang sering terhasil melalui pertandingan tiga penjuru kerana perebutan kerusi di kalangan parti pembangkang. Pertandingan tiga penjuru dengan perpecahan undi pembangkang hanya menguntungkan UMNO, memandangkan undi kekal UMNO cukup kuat terutamanya kalangan masyarakat luar bandar dan rancangan-rancangan Felda ... tidak termasuk undi awal dan pos.


Oleh itu, diharapkan mereka yang sering memberikan amaran menentang tindakan PAS yang kononnya memberikan talian hayat kepada UMNO, akan tetapi pada masa yang sama ingin menubuhkan parti yang baharu, cuba merenungkan semula siapakah sebenarnya yang bakal membantu mengekalkan UMNO di Putrajaya pada akhirnya?


Percayalah UMNO akan memberikan kelulusan segera kepada penubuhan parti baharu ini, meskipun pada zahirnya parti baharu ini dilihat melawan UMNO, akan tetapi hakikatnya ia adalah penyambung nyawa politik mereka.

13 comments:

  1. G18 dan Pasma adalah hasil Dari konspirasi belakang tabir oleh apek cap roket dgn peraatuan keris.

    konspirasi terbesar until menjahanamkam PKR Dan PAS

    Jeff Ulu Bernam
    reformist yg originel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff ulu bernam..dulu ko bukan main lagi sokong umno..sekarang dah terbalik pulak..tahniah jeff.

      Delete
  2. Ye ke Omak...... bukankah UMNO itu baik dan Najib itu seorang insan yang berhati mulia, yang telus berintegriti dan sentiasa merasai penderitaan rakyat......(Saya dah nak keluar air mata hiba ni Omak....) Biarlah UMNO/BN menang PRU 14 dan Rosmah boleh pakai jet rasmi ke mana dia nak shopping selaras dengan kedudukan beliau sebagai Wanita Kedua Najib (wanita pertama bini yang diceraikan dulu). Jadi jika itulah yang memberi talian hayat kepada HAMNO, maka biarkanlah Abang Mat Bronson Sabu menubuhkan parti baru. Mungkin juga Haji Hadi akan menukar fatwa bahawa Wajib bagi PAS bekerjasama dengan Hamno kerana keiklasan pemimpin-pemimpin mereka yang berjuang untuk membela Tanah Rezab Melayu serta sanggup berjuang berhabis-habisan melaksanakan HUDUD.....kah kah kah sori nak tergelak pulak la.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...Najib adalah insan suci semulia abang Khaldi...mereka ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain......bukan macam budak Azmin tu...tak guna satu sen.....

      Delete
    2. Kalau abang khalid ada....semua ini x akan berlaku...betul tak Omakkau ?

      Delete
  3. Nampak sangat Omakkau nak ampu hj hadi. Hj hadi banyak berjasa kpd khalid dan din ayam.

    ReplyDelete
  4. KALAU TERTUBUH PARTI BARU G18... KENAPA TAKUT SANGAT? PAS PALING UNTUNG BLH BUAT UG DGN LEBIH SELESA. TIADA SIAPA YG AKAN HALANG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat. Nanti ada yang boleh jadi menteri, boleh jadi pengerusi, boleh jadi pengarah, boleh jadi CEO, boleh dapat rumah percuma, gaji ,bonus dan pelbagai elaun termasuk elaun langsir dan pinggan mangkok. Ada bodyguard. Ada PA. Ada dreba. Bercuti tahunan. Adoooi macam-macam ade!!! Kayo pakcik kayo pakcik!! Jangan tangguh lagi UG ni. Kalau boleh sobolum ghayo!!

      Delete
  5. akibat....
    makan babi lagi sedap dari makan ayam
    tgk amoi separuh bogel lebih syiokk dari yg berjibab
    sentuh anjing lagi manja dari kucing
    buat pesta beer lagi meriah dari pesta lain
    pakai cross dressing lagi sexy
    nama allah nak kongsi2
    nilah progresif...dulu hadhari...xleh hadhari tukar islam demokratik...pastu tukar lagi...

    ReplyDelete
  6. Biaqkan G18 tuh.... toksah nak loklak sgt nanti makin b'lagak nanti baik memasing buat keja memasing....

    ReplyDelete
  7. hakikat tenggelamnya "tahaluf" yg bersifat songsang itu adalah hasil dari pekerjaan tangan2 sekalian dari penjual beli ilmu itu...ditunjukkan kepada golongan yg mahu berfikir..betapa si penjual beli ilmu itu "lemas" di dlm gelombang hawa nafsu pada sedikit kuasa yg diperolehi ( selangor..p.pinang..kelantan)...berkhianat..mengadu domba..memfitnah..melaknat..memberi gelar yg sangat aib...menipu daya ..saling berwaspada dan mencurigai..tidak meredhai antara satu sama lain..merupakan intipati didlm "tahaluf siasyi" moden yg sedang mereka jalani...maka dikhabarkan kepada sekalian biri2 ternakannya...kamu dizalimi oleh sipemerintah...maka tidak salah bagi kamu supaya melaknat...memfitnah..mengadu domba..mendoakan azab..kepada sipemerintah..dan tak salah juga untuk kamu memenuhkan didlm dada kamu rintihan dan keluh kesah yg amat dalam...kerana sepatutnya hidup kamu semua wajib dipenuhi dengan segala kelazatan dunia...maka kamilah (sipenjual beli ilmu) yg akan memenuhi segala hawa nafsu kamu...kerana kami tiada rasuah...kami tidak rasist...kami "profesional".. kami demokrasi..kami malaysia malaysian..dan kami adil sehinggakan sifat adil kami sudah memadai tanpa perlunya ketua diantara kami ...maka ikutlah sekalian yg terpersona...sebagaimana ikutnya haiwan ternakan kepada sipengembalanya...apa khabar rakyat selangor dengarnya nikmat " air dari paip" sudah diganti dengan nikmat "menanti air dari tank air"...

    ReplyDelete
  8. X ada bezanya kafir dgn munafik sbb keduanya golongan penghuni neraka,apa guna serban sebenar bakul tp dok fitnah menipu,itu munafik namanya..ngeh3

    ReplyDelete
  9. Kalau parti baru tertubuh jangan salahkan orang-orang yang menubuhkan parti tersebut. Salahkan orang-orang yang membuat PASMA itu tertubuh dan juga salahkan orang-orang yang membuat G18 itu dihina. Jangan nampak salah orang. Semak tepi kain pelikat sendiri mungkin ada terpalit taik ayam atau taik anjing!!. Sekarang nasi sudah menjadi bubur. Tak boleh gostan (go astern). Tukang masak tak mahu mengaku salah dan silap dan yang nak makan pun tak ada selera. Pengajaran besar untuk umat Islam Malaysia. Kalau ingin menjadi penggerak masyarakat sila ikut manusia agung Rasulullah s.a.w. atau sekurang-kurangnya patuh kepada larangan Baginda. Intergriti dan karisma manusia banyak berkait dengan tutur kata dan tindakan, Tidak terletak kepada pakaian dan bilangan pengikut. Ingatlah Mao Zedong juga ada ramai pengikut!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...