KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 2 June 2015

TUN MAHATHIR DAN TUN DAIM ADALAH PENYEBAB MAS NAZAK DAN HAMPIR DI ISTIHARKAN BANKRAP KATA SAMM



Syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines System (MAS) tenat dan hampir diisytiharkan bankrap disebabkan kesilapan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Pengarah Pemikir Kaum Muda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Ahmad Anwar Asyraf berkata, masalah yang dihadapi MAS berpunca daripada kesilapan Dr Mahathir menyerahkan syarikat itu kepada kroninya, Tan Sri Tajuddin Ramli pada 1993.

“Tajuddin Ramli melalui syarikat‪ ‎Malaysia Helicopter Service yang kemudiannya ditukar kepada Naluri. Kerana “kehandalan” dan “kepintaran” kroni Dr Mahathir ini, MAS telah mewarisi kerugian terkumpul sebanyak RM9.4 bilion sebaik sahaja Tajuddin menjual semula kepada Kerajaan pada 2001.

“Dr Mahathir ketika itu masih bergelar Perdana Menteri dan Daim Zainuddin adalah Menteri Kewangan telah membuat keputusan untuk membeli semula saham MAS seperti harga yang dibeli oleh Tajuddin dahulu iaitu RM 8.00 sedangkan harga pasaran ketika itu adalah RM 3.68.

“Kononnya untuk menyelamatkan MAS daripada menjadi milikan asing. Tajuddin meraih untung RM 1.8 billion tetapi MAS mewarisi hutang,” katanya.

Ahmad Anwar berkata, MAS sekarang telah menjadi MAS yang baharu bermula 1 Jun lalu sama juga UMNO yang menjadi UMNO baharu hasil kerja tangan Dr Mahathir.

“Dr Mahathir bukan sahaja gagal dalam memilih pengganti beliau sebagai Perdana Menteri, malah Dr Mahathir termasuklah Daim dan Tajuddin telah melakukan dosa yang amat besar terhadap 6,000 orang yang kehilangan pekerjaan,” katanya.

6 comments:

  1. Masih tidak perasan lagi...

    tidak sedar lagi....

    MEREKA sudah hampir menguasai negara kita. Hidupkan solat munajat malam dan istiqomah.

    ReplyDelete
  2. Tajudin bermewah2 dalam perbelanjaan syarikat mana tak linkup syarikat mas,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringat akan satu rencana dalam akhbar tempatan bagaimana penerbangan ke London tergendala lebih setengah jam kerana menunggu seko Melayu haprak sekeluarga lambat tiba di airport. Kapal tak boleh berlepas kerana yang haprak tu orang kuat MAS.

      Delete
  3. Ehh...Ye ke?...tak tahu pulak benda macam nih...

    ReplyDelete
  4. Hari ni 1 Dollar Singapura = 2.73 Ringgit Malaysia. Hai bila lah Melayu nak sedar lagi. Bodoh tak habis-habis. Walaupun universiti bertambah, profesor bertambah, akauntan berlambak-lanbak ekonomi makin teruk. Carilah orang cerdik jaga ekonomi Malaysia. Nampaknye Melayu tak boleh diharap. Kaki belit, kaki kencing dan kaki sapu. Carilah calun bangsa lain tak kisah lah orang Ulu Tembeling ke, orang Ulu Baleh ke, orang Beluran ke tak kish. Janji kita maju macam Singapura atau Korea Selatan atau pun Taiwan. Kalau tak dapat kat Malaysia carilah kat Geneva ke atau kat Durban ke atau Timbaktu atau pun Darjeeling. Kalau Mas boleh ambik orang asing tak kan menteri kewangan tak boleh gajikan orang asing. Kalau harapkan Melayu sampai kucing bertanduk pun tak maju-maju!!

    ReplyDelete
  5. Sebab tun Mahathir tembak najib bertalu talu tentang 1MDB!!!!!!!
    dia tahu hal MAS akan terbongkar jugak. Sekarang pekerja MAS memang menyumpah habis Mahathir dan DAIM dan tau hantu raya sebenar kepada semua masalah ekonomi Malaysia ni.
    bagus umur Mahathir ni panjang, biarlah dia rasa kena maki pulak oleh staf MAS.

    ReplyDelete