Monday, 31 August 2015
BELUM APA-APA GHB SUDAH DILANDA SINDROM NAFI .... ENGGAN TERIMA HAKIKAT BETAPA GAGAL MEMBAWA WARGA MELAYU KE HIMPUNAN BERSIH 4.
Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak boleh dipersalahkan kerana gagal membawa orang Melayu ke perhimpunan Bersih 4 kerana mereka kini bukan hanya berjuang untuk satu kaum itu sahaja tetapi semua kaum, kata Salahudin Ayub.
Timbalan pengerusi GHB itu mengakui, memang kerana Umno dan PAS, yang mewakili orang Melayu dan Islam, tidak mengerahkan ahli mereka menyertai himpunan itu maka majoriti peserta perhimpunan adalah daripada kaum Cina.
"Memang benar pada hari pertama peserta himpunan boleh dikatakan 80-90% Cina. Namun pada hari ke-2 semalam, kehadiran orang Melayu sangat jelas, di mana 40% peserta merupakan orang Melayu," kata Salahudin.
GHB didakwa gagal membawa peserta Melayu dan Islam ke perhimpunan Bersih 4 hujung minggu lalu dan ekoran itu, kumpulan pecahan daripada PAS itu juga dibimbangi akan gagal membawa pengundi Melayu kepada Pakatan Rakyat 2.0 dalam pilihan raya umum nanti setelah ketiadaan PAS dalam gabungan itu.
Namun, Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan itu kerana katanya kedatangan orang Melayu sangat ketara pada hari ke-2 perhimpunan 34 jam itu terutamanya malam tadi.
"Orang Melayu ini takut dengan pelbagai propaganda untuk datang pada hari pertama selepas ugutan daripada pelbagai pihak.
"Namun selepas suasana berjalan dengan baik pada hari pertama, pada hari ke-2 mereka mula turun dalam jumlah yang sangat signifikan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Kejayaan besar GHB dalam himpunan ini kata Dzulkefly, adalah mereka berjaya mengambil alih tempat PAS di pentas utama politik negara selepas parti Islam itu tidak menyertainya.
"Kejayaan besar kita adalah berada di pentas utama politik negara dalam memperjuangkan isu nasional," katanya.
Berbanding hari pertama perhimpunan iaitu pada Sabtu, orang Melayu mula memenuhi Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman pada petang Ahad sehinggalah perhimpunan berakhir pada tengah malamnya.
Salahudin mengakui, ketika berada dalam PAS, merekalah yang mengerahkan ahli dan penyokong parti menyertai perhimpunan seperti itu, namun kali ini parti Islam itu tidak mengerahkan ahlinya menyatakan sokongan mereka.
"Semasa kami bersama PAS dahulu, kamilah yang membawa mereka ke himpunan Bersih. Sekarang kami berjuang untuk semua kaum, bukan untuk Melayu sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula mengakui kekurangan peserta Melayu dalam perhimpunan kali ini adalah kerana PAS tidak menggerakkan ahlinya menyertainya.
"Berilah masa kepada GHB ditubuhkan secara rasmi," katanya ketika berucap berhampiran Menara Maybank di Kuala Lumpur.
GHB dijadualkan mengumumkan penubuhan sebuah parti baharu berasaskan Islam yang terbuka untuk semua pada satu sidang media petang ini. Manakala pada 16 September ini, ia akan dilancarkan secara rasmi... TMI
ULASAN OMAK KAU:-
Punyalah nak tutup malu sampai sanggup menipu diri sendiri dengan mengeluarkan kenyataan merapu .... boleh tergamak kini GHB bergerak atas semua bangsa bukan sahaja Melayu ... pergh!!! bukankah dulu lagi ketika bergabung didalam Pakatan Rakyat malahan sebelumnya lagi sering memberikan ceramah dan pidato betapa PAS berjuang untuk semua warga Malaysia tanpa mengira kaum dan agama???? ... kenapa bila dah keluar PAS dakap GHB nada dan skrip sudah berubah pula???? ... apakah dia ingat warga kita jenis spesis mudah lupa????
Kenyataan Salahuddin Ayob ini memberi gambaran seolah-olah dan kononnya ramai warga kaum Tionghua turun Bersih 4 bukan kerana pengaruh DAP sebaliknya kerana desakan dan pujuk rayu GHB????? ... begitukah????
Tetapi pujian juga harus diberikan kepada Salahuddin Ayob kerana akui Himpunan Bersih 4 hampir 90 peratus peserta adalah dari keturunan Cina tetapi lain pula dengan Dr Dzulkefly Ahmad buat kienyataan tutup malu dengan menyalahkan betapa warga bangsa Melayu takut dengan berita-berita ugutan konon ... Adeyyy!!!! .. apakah nak menghina betapa bangsa Melayu dinegara ini cukup mudah terpedaya dengan berita karut dan mudah rasa takut dan gentar bila diugut???? ... hina sangatkah bangsa Melayu dimata dan hati kamu????? ... Paling lucunya sempat lagi mendabik dada cakap besar berdegar-degar betapa GHB sudah mampu ambil alih kedudukkan PAS dalam persada politik perdana .. ini dinamakan jiwa syok sendiri sampai sanggup tolak realiti.
Realiti politik peranan GHB untuk apa kalau bukannya untuk menarik dan mengamit sokongan warga Melayu menyokong gabungan baru Pakatan 2.0 .... sokongan warga kaum Tionghua sudah pun berjaya dilakukan dengan cemerlang oleh DAP ... sokongan kaum India sebanyak sedikit sudah pun dapat diraih oleh peranan dan sumbangan PKR ... jadi GHB apakah peranan hakiki kalau bukan untuk kutip sokongan pengundi dan rakyat keturunan Melayu.
Nampaknya GHB sudah mula menyerapkan budaya sindrom nafi dalam jiwa dan minda majoriti pimpinan atasannya.
KETUA POLIS KUALA LUMPUR NAFIKAN PENGERUSI BERSIH 4.0 MARIA CHIN ABDULLAH DITAHAN PIHAK POLIS
Polis telah menafikan khabar angin bahawa Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah ditahan selepas perhimpunan Bersih 4 berakhir malam tadi.
Terdapat dakwaan bahawa dia telah ditangkap pada kira-kira 12:40 pagi ini bagi membantu siasatan, menurut The Star Online.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa telah disebut sebagai berkata bahawa kenyataan dan tuduhan itu tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.
"Kami tidak menangkap Maria. Saya tidak tahu di mana mereka mendapat beliau dilaporkan berkata.
Tajuddin berkata, rakyat Malaysia perlu menahan diri daripada menyebar dan mengedar laporan yang tidak disahkan untuk mengelakkan provokasi.
"Tolong jangan menyebarkan pembohongan. Kita tidak mahu sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Bertanggungjawab dalam apa yang anda kongsi di Internet, " ...katanya.
Ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Dr Wong Chin Huat juga mengesahkan dalam Facebook menghantar beberapa jam yang lalu.bahawa Maria Chin tidak ditangkap oleh polis.
"Maria Chin Abdullah adalah selamat. Beliau telah diiringi beredar dari situ dan tidak ditangkap.
Sunday, 30 August 2015
NAMPAKNYA RAYUAN SHAHIDAN KASSIM AGAR MAHATHIR JANGAN HADIR LAGI DI HIMPUNAN BERSIH 4 TIDAK DIPEDULIKAN.
Nampak gayanya rayuan Shahidan Kassim agar Tun Mahathir jangan lagi turun ke Himpunan Bersih 4 sedikit pun tidak diambil peduli dan pusing oleh Mahathir.
Petang tadi dengan diytemani isterinya Tun Hasmah Ali dan bekas Menteri Datuk Zaid Ibrahim, Tun Mahathir sekali lagi dengan menaiki LRT telah turun ke Pasar Seni untuk memberikan sokongan moral kepada para peserta Bersih 4.
Gelagat Mahathir ini bolehlah diibaratkan berpatah arang dan berkorat rotan dengan UMNO/BN .. cara mau cabar agar Najib Razak ambil tindakan keatas dirinya ... semacam mencuit kesabaran Najib untuk bertindak seolah-olah merasakan dirinya tidak akan siapa pun dalam UMNO berani ambil tindakan.
Sebelumnya ini, inilah rayuan Shahidan Kassim:-
“Permintaan saya sebagai pejuang kecil ini ialah, tolong jangan hadir lagi…please (tolong) Tun,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir di perhimpunan Bersih 4.0, semalam.
Kata Shahidan, beliau memahami bahawa tindakan Tun Mahathir itu bukan untuk menjatuhkan kerajaan tetapi mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
“Cuma saya terkilan kerana Tun hadir perjumpaan DAP yang anti negara Islam.
“Namun kasihku pada Tun tidak akan berubah,” katanya di laman sosial Facebook milik beliau.
Tun Mahathir membuat kejutan apabilan tiba di Dataran Merdeka pada jam 7.30 malam tadi dan meluangkan masa kira-kira 20 minit bersama peserta himpunan itu.
Sementara itu, Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta semua pihak terutamanya ahli Umno tidak memarahi Tun Mahathir atas tindakan yang beliau lakukan.
“Kita terlampau kerdil untuk berbuat demikian. Maki puak-puak natang (binatang) bersih tu,” katanya
HARI KEDUA HIMPUNAN BERSIH 4 MEMBERI MESEJ DAN ISYARAT YANG JELAS BETAPA PKR DAN GHB GAGAL UNTUK MENYERAHKAN SOKONGAN WARGA MELAYU KEPADA HIMPUNAN BERSIH 4.
Masuk hari kedua Himpunan Bersih 4.0 ternyata angka kehadiran para peserta jauh berkurangan dari semalam ... Walau bagaimana pun pecahan ras dan kaum yang hadir boleh dikatakan masih kekal melebehi 80 peratus warga Tionghua dan selebihnya 20 peratus campuran Melayu dan kaum India dimana Melayu melebehi, kira-kira sembilan jam sebelum perhimpunan selama 34 jam berakhir tengah malam ini.
Kebanyakan mereka berada di sekitar simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman, kawasan paling dekat dengan Dataran Merdeka yang dibenarkan.
Jam lebih kurang 3.30 petang hujan mulai turun. Sementara ada peserta yang mencari tempat berteduh, ramai juga yang tidak mengendahkan suasana basah itu
Himpunan BERSIH 4 kali ini amat jelas sekali memperlihatkan sebahagian besar perserta terdiri daripada kaum Cina, berbeza dengan perhimpunan aman Bersih sebelumnya yang menyaksikan kehadiran lebih ramai kumpulan Melayu.
Kekurangan kehadiran peserta Melayu dalam BERSIH 4 hari ini juga didakwa kesan perbalahan dalaman Pakatan Rakyat sehingga diwar-warkan betapa mendorong kononnya cukup ramai ahli PAS meninggalkan parti untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).
Konflik itu juga terkesan dengan pendirian PAS untuk tidak mengambil bahagian dalam BERSIH 4 kerana pada awal dianjurkan pihak penganjur Bersih 4 langsung tidak menjemput atau menghulurkan ranting zaitun kepada PAS untuk turut serta dengan beranggapan kemungkinan begitu yakin dan percaya kuat betapa PKR dan GHB akan mampu menyerahkan sokongan warga Melayu kepada mereka ... ternyata anggapan, harapan dan impian mereka meleset dan mengecewakan sekali.
Sebelum ini beberapa pemimpin PKR dan GHB telah memberitahu betapa semua penyokong, pengikut dan ahlinya dikerah untuk turun beramai-ramai ke Himpunan Bersih 4 yang bermula semalam namun hakikatnya perlulah PKR dan GHB kena terima walaupun suka ataupun tidak, betapa sokongan warga Melayu kepada parti mereka tidaklah seberapa sangat ... warga Melayu yang menyokong pembangkang majoriti dan jumlahnya cukup beasar masih berada dalam kelompok PAS.
PKR dan GHB boleh memberikan banyak alasan untuk menutup kelemahan sokongan ini tetapi kebenaran tetap kebenaran .. perlu ditelan walaupun pahit.
Jelas sokongan kaum Tionghua kepada pembangkang terutamanya kepada DAP cukup kuat lagi padu ... tidak silap jika diramalkan dimana jua kawasan para pengundi kaum Cina melebehi 60 peratus tanpa sokongan dan bergabung dengan PKR dan GHB, DAP mampu menang selesa.
Kisah ini tidak boleh dikatakan kepada PKR dan GHB ... tanpa bantuan sokongan DAP jangan nak mimpi mampu menang sebab kerusi yang ditandingi PKR, lebih kepada kerusi pecahan ras pengundi hampir sama ramai antara Melayu dengan bukan Melayu terutamannya pengundi Cina.
Jadi kekuatan PKR selama ini bukanlah kekuatan tubuh batang sendiri sebaliknya berpaut dan tumpang kekuatan pihak sekutu dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS.
GHB pula walaupun mencanangkan satu dunia betapa 70 peratus ahli dan penyokong serta pendokong PAS menyokong mereka tetapi realiti pada Himpunan Bersih 4 jika mau dijadikan indikator jelas iainya suatu sembang kencang omong-omong kosong.
Moral kisahnya .. mau tidak mau .. suka atau pun tidak kena terima kenyataan warga Melayu diakar umbi yang menyokong pembangkang masih kuat dan padu menyebelahi dan menyokong PAS.
Kalau masih bersikap dingin dan sombong dengan PAS sehingga mau disepak terajang PAS dari gabungan baru Pakatan Rakyat 2.0, maka misi dan visi tawan Putrajaya pada PRU ke-14 nanti bolehlah diibaratkan sebagai mimpi disiang hari dan agak sukar ianya berkesudahan sebagai realiti.
Sebab itu bila berlakunya konflik antara PAS dengan GHB yang untung dan dapat labanya ialah UMNO.
BEKAS CALON KETUA UMNO BAHAGIAN KOTA BELUD BELOT DENGAN TURUT SERTA HIMPUNAN BERSIH 4.
Bekas calon Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Sabah pada 2013, Amsor Tuah sanggup terbang ke ibu negara pada malam Jumaat untuk menyertai Perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung kira-kira 2 petang semalam.
Amsor Tuah tiba di Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu pada pukul 11 malam Jumaat.
Ahli Umno berusia 46 tahun itu berkata, beliau menyertai perhimpunan berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan sikap kepimpinanan tertinggi Barisan Nasional (BN) negeri Sabah terutamanya Ketua Menteri Sabah datuk Seri Musa Aman
"Saya bukan datang untuk mendesak perdana menteri untuk letak jawatan. Saya datang mewakili suara rakyat Sabah yang sehingga hari ini masih terpinggir dengan arus permodenan.
"Perdana menteri kata berbilion dana disalurkan untuk memberi manfaat kepada rakyat tapi penduduk di kampung tak dapat apa-apa. Masih ada lagi kampung yang tiada bekalan air bersih. Jadi ke mana dana berbilion ringgit itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Leboh Pasar di sini.
Amsor tewas kepada penyandang Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Datuk Dr Salleh Tun Said Keruak yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia pada pemilihan Umno bahagian dua tahun lalu.
Beliau yang juga tenaga pengajar di Akademi Bina Malaysia (Wilayah Sabah) CIDB Inanam menegaskan, tidak takut sekiranya keahliannya dilucutkan kerana menyertai perhimpunan tersebut.
"Saya tak takut (kena pecat), saya mewakili suara rakyat. Biar mereka tengok kad keahlian saya. Saya tak tipu, saya ahli Umno yang sah," kata Amsor sambil menunjukkan kad keahlian Umno miliknya.
APAKAH MAHATHIR JUGA BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN SEBAGAI PESERTA BERSIH 4???????
IPOH: Penganjur dan peserta perhimpunan haram BERSIH 4 akan dikenakan tindakan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tiada lagi amaran dan tindakan diambil walaupun selepas perhimpunan tamat. "Polis diberi kuasa sepenuhya untuk mengambil tindakan, siapa makan cili dia akan terasa pedasnya.
"Ini bukan amaran, tindakan akan diambil, bukan sekadar amaran sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur di sini sebentar tadi.
Malam semalam keadaan yang perlahan-lahan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
"Teruskan, teruskan," katanya kepada orang ramai yang berkumpul dan berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau.
Keadaan sangat tidak terkawal apabila para petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar beliau.
Ketika tiba, beliau cuma berjalan dari Jalan Parlimen menuju ke Jalan Tun Perak sambil diiringi pengawal keselamatannya.
Bagaimanapun disebabkan keadaan terlalu sesak, Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.
Keadaan tolak menolak dan kelam kabut itu berlanjutan kira-kira 10 minit.
Sementara itu, ketika ditanya pemberita apakah tujuannya hadir pada hari ini, beliau hanya berkata: "Just to look around (saja nak melihat-lihat).
Sebelum Dr Mahathir memasuki keretanya, beliau sempat melambaikan tangannya dan meninggalkan kawasan berkenaan bersama Dr Siti Hasmah.
POLIS DAN RAKYAT BERPISAH TIADA SENTIASA MENGULURKAN BANTUAN KEPADA YANG MEMERLUKAN TANPA MENGIRA RAS DAN AGAMA
Insp Dzul Hashmi dan LKPL Azizi Mohd Noor membantu pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan pada jam 10.05 pagi tadi di Jalan Sg Besi menghala ke Kuala Lumpur.
KEMUNCULAN MAHATHIR DI HIMPUNAN BERSIH 4 MENYEBABKAN DIRINYA SUDAH TIDAK DIALU-ALUKAN LAGI DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO HUJUNG TAHUN INI.
KUALA LUMPUR: Tindakan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke himpunan BERSIH 4.0 semalam menyebabkan beliau tidak lagi akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada hujung tahun ini.
Memetik laporan Astro Awani, perkara ini ditegaskan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Tajuddin Abdul Rahman di mana beliau menyifatkan dengan kehadiran Tun M dalam PAU nanti akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.
"Elok beliau tidak perlu hadir ke perhimpunan itu nanti. Kehadiran beliau nanti dikhuatiri memberi persepsi negatif dalam kalangan ahli parti.
"Perjuangan sudah berbeza dan beliau sanggup bersekongkol dengan pembangkang," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.
Pada Sabtu, Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengejutkan ramai pihak apabila mereka telah hadir menyatakan sokongan kepada perhimpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka.
Ternyata kehadiran mantan Perdana Menteri itu mendapat sambutan yang baik daripada perserta Bersih 4.0 dan kebanyakan mereka tidak melepaskan peluang bergamabr dengan pemimpin berkenaan.
Selain itu Tajuddin turut ditanya apakah UMNO akan melucutkan keahlian Tun M atau mengharamkan terus kehadiran Dr Mahathir dalam mana-mana program anjuran parti.
"Tidaklah perlu sampai hendak mengharamkan beliau. Ini bukan kerja kita... mengharam atau menghalalkan seseorang." katanya.
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijangka akan diadakan pada 9 September depan.
GAMBAR PESERTA BERSIH 4 PIJAK GAMBAR HADI AWANG MENJADI VIRAL DI MEDIA SOSIAL.
Kurang ajar 'upacara' pijak gambar Tuan Guru (Datuk Abdul Hadi Awang), Puak DAP LAKNATULLAH pijak gambar TG Hj Hadi ketika demo Bersih4, Puak biadap ni makin kurang ajar!!!! ..... demikian kapsyen sebuah gambar yang menjadi viral di media sosial hari ini.
Gambar tersebut menunjukkan bagaimana seorang peserta Bersih 4.0 memijak sebuah gambar yang memaparkan gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Himpunan Bersih 4.0 memasuki hari terakhir hari ini selepas bermula kira-kira jam 2.00 petang semalam.
DAP BENGANG KEPADA PARA PESERTA BERSIH 4.0 SEBAB MEREKA BERPESTA MENGGUNAKAN VUVUZELA SEHINGGA MENENGGELAMKAN SUARA PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA KETIKA BERUCAP.
Perhatian semua peserta Bersih 4 diminta tidak menggunakan alat 'vuvuzela' lagi kerana ia menghasilkan bunyi yang sangat kuat, ini menjejaskan dan menenggelamkan suara kita semua. Semua ucapan yang di suarakan melalui pembesar suara juga tidak dapat di dengar dengan jelas.
Sebarkan kepada semua peserta Bersih 4 untuk berhenti menggunakan alat ini. Suara Kita harus di dengari, bukan vuvuzela! ... DEMOCRATIC ACTION PARTY
Perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung semalam di ibu kota seolah-olah menjadi pesta alat muzik, vuvuzela.
Sebahagian besar peserta meniup vuvuzela sepanjang himpunan tersebut bermula seawal kira-kira jam 10 pagi.
Suasana itu kemudiannya kian rancak kira-kira jam 12 tengah hari susulan bertambahnya peserta di sekitar kompleks beli belah Sogo, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.
Suasana kian bingit dengan tiupan vuvuzela apabila peserta mula bergerak menuju ke kawasan Dataran Merdeka dan membanjiri sekitarnya.
Kelihatan juga para peniaga mengambil kesempatan untuk menjual alat muzik berbentuk tanduk dengan pelbagai warna itu tersebut di sekitar kawasan himpunan tersebut.
Peserta-peserta juga kelihatan seronok seolah-olah 'bersatu' dengan peserta-peserta lain dan menghasilkan bunyi yang menarik seakan berbalas bunyi.
Meskipun bunyinya yang nyaring itu agak membingitkan telinga terutama untuk orang yang berdekatan dengan peserta yang meniup alat muzik tersebut, namun peserta-peserta lain seolah-olah tidak kisah dengan suasana itu.
Malah sehingga jam 12 tengah malam, bunyi vuvuzela masih kedengaran di sana sini sekitar Dataran Merdeka dan Masjid Jamek.
SUASANA PARA DEMONSTRAN BERSIH 4.0 BERMALAM MEMBERI GAMBARAN BETAPA MEREKA TIDAK MENDAPAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN DARI SKUAD AMK DAN ARIF GHB SEPERTIMANA DIJANJIKAN..
Bukan tujuan mainkan nisu ras dan kaum tetapi sekadar memberi gambaran sebenar di akar umbi Himpunan Bersih 4.0 ketika para demonstran diajak untuk berkampong dan bermalam.
Amat jelas, rata-rata gambar yang dimuat naik dimedia sosial dan maya warga kaum Tionghua amat mendominasi suasana berbanding dengan kaum-kaum lain.
Apa yang lebih menyedihkan ialah tidak nampak langsung mana-mana penggiat maya memuat naik anggota keselamatan yang diwujudkan oleh AMK khas untuk Himpunan Bersih 4.0 Skuad atau ARIF sayap serpihan Unit Amal Malaysia dari GHB turut serta bermalam atau memberikan khidmat menjaga keselamatan para demontran yang sedang bermalam dan berkampong sekitar lokasi.
Saturday, 29 August 2015
APAKAH TUJUAN MAHATHIR TURUN BERSIH 4.0 CUBA NAK "HIJACKED" BERSIH 4.0 DEMI KEPENTINGAN POLITIK DENDAMNYA?????
Sebentar tadi selepas berucap di Pasir Gudang Tun Mahathir dan isterinya Tun Hasmah Ali turun di Dataran Merdeka sebagai memberikan sokongan moral kepada para peserta Bersih 4.0 yang dikatakan masih berkampong disana sehingga esok.
Tun Mahathir semasa zaman pemerintahannya cukup anti dengan budaya demonstrasi terutamanya zaman reformasi '98 ini tetiba sudah membuat pusingan U menyokong padu cara turun kejalanraya sebagai suatu cara untuk mengubah kerajaan semata-marta dilihat kerana sifat politik dendam kesumat yang cukup pekat .. memberikan sokongan moral dengan ada niat dan hasrat mau mempergunakan himpunan raksasa rakyat ini untuk desak Najib Razak turun tetapi masih mau kekalkan kerajaan UMNO/BN sedangkan penganjur Bersih 4.0 sudah pun diketahui umum satu dunia adalah pro pembangkang.
Namnpak sangat Tun Mahathir ingin ambil kesempatan dari penat lelah dan usaha pemimpin-pemimpin pro pembangkang semata-semata mau memastikan hasrat dan egonya terisi dan tercapai.
Sebab itu rakyat yang waras dan tidak mudah lupa sejarah pemerintahan Tun Mahathir tidak akan mudah ghairah dan tersilau serta terpukau dengan gelagat beliau yang terbaru ini.
Sementara itu, ketika Tun Mahathir ditanya pemberita apakah tujuannya hadir pada hari ini, beliau hanya berkata: "Just to look around (saja nak melihat-lihat).
BERSIH 4.0 AMAT NYATA KURANG PENYERTAAN KAUM MELAYU DAN INI MERESAHKAN PENGANJUR DAN MEMBERI TAMPARAN KEPADA GHB DAN PKR KERANA GAGAL MENARIK KAUM MELAYU TURUT SERTA
Perhimpunan Bersih 4.0 bermula dengan amat ketera sekali kekurangan penyertaan peserta daripada bangsa Melayu, di mana bangsa Cina lebih mendominasi sebahagian besar daripada penyokong yang hadir.
Ramai daripada penyokong Bersih yang berbangsa Cina mengambil bahagian dalam protes tersebut menyuarakan kebimbangan mereka terhadap perhimpunan itu yang mungkin akan lemah tanpa sokongan orang Melayu.
Lee Kok Seng, bersama rakan-rakan yang datang dari Johor Bahru semalam berkata, perhimpunan Bersih akan memberikan impak yang kecil tanpa penglibatan orang Melayu.
“Saya bimbang ini akan membuatkan kumpulan anti Bersih membuat spekulasi yang mengatakan bahawa Bersih didalangi oleh orang Cina.
“Ia mungkin membawa kepada ketegangan di antara kaum jika kenyataan seumpama itu berlaku dan tidak dikawal oleh pihak berkuasa,” katanya.
Tan Kok Ann, dari Kuantan, berkata ketidakhadiran orang Melayu dalam perhimpunan kali ini mungkin disebabkan oleh PAS yang menarik diri daripada perhimpunan tersebut.
“Mungkin ia menunjukan bahawa pertubuhan Gerakan Harapan Baru, yang diketuai oleh bekas pemimpin PAS, terlalu awal untuk meraih sokongan yang besar daripada orang Melayu.
“Jika orang Melayu tidak menyertai perhimpunan ini, ia juga akan turut menjejaskan PKR.
“Walaubagaimana pun, kami berharap orang Melayu akan muncul di dalam perhimpunan yang berlangsung,” kata ejen hartanah 36 tahun itu.
Mengikut laporan semalam, tinjauan Merdeka Center menunjukan, 1,010 orang pengundi mendapati bahawa 43% memihak kepada Bersih 4, manakala 47% lagi tidak menggalakkan perhimpunan itu diadakan.
Tinjauan itu juga mendapati bahawa orang Cina antara yang paling ramai menyokong perhimpunan tersebut, dengan 81%, berbeza dengan 51% daripada kaum India dan 23% adalah pengundi Melayu mengikut keputusan disiarkan di laman web itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...