Tuesday 18 August 2015

AHMAD MASLAN BERI PETUA BAGAIMANA BN NAK MENANG PRU KE-14 NANTI



PETALING JAYA : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberikan petua kepada Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, BN perlu menggunakan formula ‘SMPPSS’ iaitu berdoa dan berusaha ‘Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh dan Senja’.

Menurutnya, BN juga boleh memberikan khidmat dengan menggunakan formula ‘KBSMM’ iaitu ziarah dan bantu ketika ‘kenduri, bersalin, sakit, malapetaka dan mati’.

“Dan kita boleh guna apa juga formula untuk memenangi jiwa dan minda rakyat. Selesaikan masalah rakyat dan jangan malas untuk bertemu dengan rakyat.

“Namun, tidak akan ada perkara yang positif boleh dicapai dengan berfikiran yang negatif,” tulisnya di blog www.ahmadmaslan.my.

Ahli Parlimen Pontian menambah, BN juga perlu terus mempunyai 4S iaitu ‘Setia, Sepakat, Strategi dan Sungguh-sungguh’ dalam perjuangan.

“Kita perlu terus mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan untuk menang?,” soalnya

Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu mengakui hakikat bahawa UMNO dan BN kini sedang berhadapan dengan keadaan yang mencabar pada waktu ini namun masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan.

“Dalam peperangan politik kita perlu memberikan harapan yang positif. Jika kita yang menjadi Jeneral Perang sentiasa menyebut yang negatif, contohnya dalam perang ini kita akan kalah.

“Maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat untuk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,” katanya.

17 comments:

  1. Mat Sabu tu Clone Ahmad Maslan.Hanipa clone Ramli Kulop Kipidap kottt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. GHB Amonet pimpinan Mat Sabu d Loser perlu menggunakan formula ‘SMPPSS’ iaitu perlu ada Harapan Baru dan berusaha ‘Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh dan Senja’.

      Ptuiiiiiiiii la GHB Amonet

      Delete
    2. Alangkah baiknya hari itu kalu Amat Maslan dilantik sebagai TPM. Sudah pasti isu 1mdb dan dana 2.6 bilyon sudah dapat diselesaikan dengan bijak bestari.

      Delete
    3. Kenyataan yang paling Bodoh dan Bangang!

      Jeff Ulu Bernam

      Keadilan Reformis

      Delete
    4. Dia lupaq satu lagi selogan....'SBPWK' - Sepak Boogeese Pirate Warrior Keluaq....kahkahkah

      Delete
  2. Dio sendiri takkan bertanding kat pontian sok tu ..apahal lak nak nasihat org lain lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe dua bolei kawan dgn GHB

      Delete
  3. Pantang datuk nenek curi duit n rasuah.seranggg kata ahmad maslan tak sedar perahunya sudah ingin tengelam.seranggg kata najib tak sedar askarnya tak bersenjata.soranggg kata kj tak sedar yg tinggal hanya dia seorg.siapa lg yg nak menyerang ni rakyat akan jd benteng ddepan.no body can get out putrajaya akan mengangkat bendera putih.bendera hijau teruskan

    ReplyDelete
  4. Formula tu la yg diguna pakai oleh mat maslan msa kt u dlu....tu yg dpt cgpa 3.85 tu....klau korang nk tau laa......kih3

    ReplyDelete
  5. Pas dh lama dh guna formula tu..tp tengoklah apa sudah jadi?

    ReplyDelete
  6. Aku selaku ahli pas menyokong ahmad maslan bukan sahaja kerana beliau dati umno tetapi juga sebab budi bahasanya yang amat mulia. Beliau salah seorang yang cool walaupun di boo 3 kali dan memang sifat ini amat patut dipuji oleh kami ahli pas.

    Hidup pas sejahtera umno.
    Hidup Ahmad Maslan.
    Kami ahli pas Ulu Bernam salut pada anda walaupun anda orang umno.

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reformis

    ReplyDelete
  7. Makhlok ni klu keluar umno, bila2 masa saja pas sanggup ambik jadi ulamak.

    ReplyDelete
  8. Ahmad Maslan = Tar Snake = Din Ayam = Tontowi Siku dan Lutut = Beduh cakaran kucing. Mereka semua ini sama dan serupa. Boleh jadi Penyanyi, Pelakon, pelawak, tukang masak dan juga pembodek/penjilat ketua no. 1.

    Kekuatan - Tebal muka
    Akal - CGPA 3.85
    Hobi - Kaki terima derma.

    ReplyDelete
  9. Kenapa nak hina orang. Ingat, orang yang menghina orang lain adalah lebih teruk dari orang yang dihinanya. Ahmad Mazlan telah ditakdirkan oleh Allah SWT menduduki jawatan tersebut. Tak percaya kepada kadaq dan kadar?

    Rugi didunia dapat dosa free.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah ditakdirkan jadi manusia buduh..camna lak? Setakat jawatan tu manusia yang bagi, takan nak libatkan allah swt hang seropa pandir.bagus lagi pandir , hang pula macam tak percaya kadaq dan kadar.

      Delete
    2. Rugi x buat dosa mase hidup didonia.belum ada orang yang bangkit dari mati menasihatkan orang yang masih hidup tentang seksaan alam kubuq.

      Delete
    3. Mereka semua manusia dan ada akal. Mereka yang pilih untuk kekal bodoh hanya untuk membodek ketua mereka.

      Yang asyik tuduh orang buat dosa pun satu, mahu kekal bodoh hanya untuk presideng yang panggil ahli sendiri barua dan tolol.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...