KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Friday, 14 August 2015

6 ALASAN OLEH PKR KIRA-KIRA SETAHUN LALU MENGAPA TAN SRI KHALID IBRAHIM PERLU DIGUGURKAN SEBAGAI MB SELANGOR YANG AKHIRNYA MENGAKU SECARA TERBUKA DI MAHKAMAH TINGGI BAHAWA KESEMUANYA ITU ADALAH TIPU DAN FITNAH BELAKA



KUALA LUMPUR 6hb Ogos 2014: PKR menyerahkan laporan setebal 24 halaman yang menyenaraikan enam sebab untuk menyakinkan PAS dan DAP mengapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu disingkirkan dari jawatannya.

Dalam laporan itu, kes penyelesaian hutang yang disifatkan 'luar biasa' antara Abdul Khalid dan Bank Islam menjadi perkara utama dibangkitkan oleh PKR.

Laporan tersebut mendakwa penyelesaian hutang itu dibuat di luar pengetahuan peguam Bank Islam iaitu Tetuan Tommy Thomas.

"Tetuan Tommy Thomas hanya tahu keputusan Bank Islam untuk menggugurkan saman tuntutan baki hutang melibatkan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim di saat-saat akhir pada pertengahan Februari 2014 dan beliau langsung tidak terlibat dalam sebarang rundingan untuk menyelesaikan tuntutan ini (seperti lazimnya yang mana peguam terlibat sama merundingkan sebarang penyelesaian di luar mahkamah)," dakwa PKR menerusi laporan tersebut.

PKR mendakwa Abdul Khalid menyelesaikan kes hutangnya itu dengan mengadakan rundingan yang dilakukan oleh setiausaha politiknya. Rundingan dilakukan dengan tokoh korporat, Tan Sri Rashid Manaf, yang juga bekas peguam kepada bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.

"Akhirnya setiausaha politik Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengesahkan menteri besar ada beberapa kali berjumpa dengan Tan Sri Rashid Manaf untuk merundingkan penyelesaian hutangnya," kata laporan itu lagi.

Selain kes penyelesaian hutang ini, PKR menyatakan kes perjanjian kerajaan Selangor dan syarikat pemaju Ecoworld Berhad yang dipengerusikan oleh Rashid sebagai alasan kedua untuk menggugurkan Abdul Khalid.

Alasan ketiga yang diberikan oleh PKR dalam laporan itu ialah perjanjian penstrukturan air antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

PKR mendakwa perjanjian yang dibuat oleh Abdul Khalid itu merugikan dan tidak membantu menyelsaikan masalah air di selangor.

Pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang dikatakan mendapat bantahan banyak pihak juga dijadikan alasan oleh PKR untuk menyakinkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain empat alasan tersebut, PKR berpendapat Abdul Khalid perlu disingkirkan kerana pentadbirannya gagal mengatasi masalah sampah dan menaikkan lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda.

Alasan ketiga yang diberikan pula apabila Khalid secara terbuka menyokong pembinaan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (KIDEX) walaupun mendapat bantahan banyak pihak.

Tiga alasan lain yang menjadi faktor keputusan menyingkirkan Khalid yang dipersetujui adalah melibatkan isu jalan berlubang, masalah sampah dan kenaikkan harga lesen perniagaan sebanyak tiga kali ganda.

Laporan disertakan bersama sepucuk surat daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kepada Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Musatafa Ali.

Saifuddin dalam suratnya berharap agar Mustafa dapat membawa laporan PKR itu ke mesyuarat AJK PAS Pusat pada 10 Ogos ini.

"Saya memohon jasa baik YBhg Dato’ untuk memanjangkan laporan ini kepada keseluruhan AJK PAS Pusat yang akan bermesyuarat pada 10 Ogos 2014 mengenai perkara ini," kata Saifuddin dalam surat tersebut.
PKR juga, kata Saifuddin, akan menyerahkan laporan tersebut kepada PAS Kawasan seluruh negara dan kepada semua wakil rakyat PAS.

Pada Isnin, Saifuddin membuat kenyataan bahawa PKR akan menyerahkan laporan melibatkan isu integriti Abdul Khalid kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan balasnya, Abdul Khalid mendesak supaya Saifuddin dan PKR membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara dan Polis.

Abdul Khalid juga tidak menolak tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemimpin dalam PKR susulan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

PAGI INI MELUTUT MOHON MAAF SECARA TERBUKA DAN AKUI KESEMUANYA ITU FITNAH BELAKA ... NAH!!! .. DIMANA NAK LETAK MUKA KALAU MASIH ADA KULIT MUKA, MARUAH DAN HARGA DIRI??????



PETALING JAYA 14hb OGOS 2015: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memohon maaf kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengeluarkan dokumen yang memfitnah beliau.

Permohonan maaf itu dipersetujui kedua-dua pihak bagi penyelesaian saman yang difailkan Khalid terhadap Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan PKR kerana mengeluarkan dokumen itu.

Persetujuan itu dicapai di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, M Gunalan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir dalam prosiding itu sebagai saksi.

Saifuddin, bekas Setiausaha Agung PKR membacakan permohonan maaf itu bagi pihak PKR dan dirinya.

“Dokumen tersebut telah menyatakan dan memberi gambaran bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah seorang yang korup, zalim, tidak boleh dipercayai, tidak bersikap telus, tidak jujur, tidak beretika, tidak beramanah, tidak berintegriti, telah terlibat dengan perlakuan rasuah dan salah laku dan tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami melahirkan rasa amat kesal dan dengan ikhlas dan suci hati serta tanpa syarat memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Bagi pihak PKR dan secara peribadi, kami juga memberi akujanji kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mahkamah Mulia ini bahawa kenyataan-kenyataan tersebut tidak seharusnya dikatakan dan kami akan memberhentikan daripada menyatakan dan tidak akan mengulangi kandungan dan tuduhan-tuduhan dalam dokumen tersebut dan apa-apa kandungan yang berkaitan dengan dokumen tersebut,”.

Dalam kenyataan penerimaan maaf, Abdul Khalid berkata, sempena bulan Syawal beliau juga memohon maaf zahir dan batin jika ada menyinggung perasaan mana-mana pihak termasuk Saifuddin dan ahli PKR yang lain.

Khalid memfailkan saman terhadap Saifuddin dan PKR pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen ‘Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor’ bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnah beliau.

Dokumen itu dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan beberapa isu termasuk penyelesaian hutang Bank Islam, penstrukturan semula air, dan penjualan tanah kepada EcoWorld.

Khalid ‘dipaksa’ meletak jawatan Menteri Besar pada 21 September 2014 selepas melalui kemelut politik berpanjangan yang dimulakan menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang atau Langkah Kajang.

SELEPAS ITU BERLAKU CABAR MENCABAR AGAR HERET KEMAHKAMAH JIKA SEGALA PERTUDUHAN INI TIPU DAN FITNAH ... AKHIRNYA APA TERJADI???? .. DENGAN MUKA TIDAK TAHU MALU KULIT TEBAL TEMBOK AKUI BETAPA SEGALA PERTUDUHAN ITU ADALAH TIPU,REKA BUKTI DAN FITNAH BELAKA.

APAKAH RAKYAT BERFIKIRAN RAKYAT YANG MAMPU MEMBEZAKAN BURUK DAN BAIK BENAR DAN SALAH SELEPAS INI AKAN HORMAT DAN PERCAYA LAGI KEPADA PKR?????????

24 comments:

  1. X dpt mempertahan perbuatan keji suka kaki.fittnah...merrka pun spin plak fitnah kt lain
    1) pd omak kau dgn kata lucah2
    2) pd tski...paling lucu tski pun mintak mahap gak
    3) pd tghh dgn fitnah2 lama
    4) pd parti pas

    Pd mereka sipudin ttp xbersalah dgn fitnah2 tu...pkr maksum...jijah miskin mampu mkn nasik lemak je...and nuat x bersekongkol dgn dana yahudi...mat sabu harapan baru and lks is god

    ReplyDelete
    Replies
    1. khalid ni pun bukan bagus sangat kalau tak dah jadi pm malaysia dah.baru masuk pkr dah dapat jawatan besar orang lama yang berjuang pun tak dapat apa.ini jenis manusia tak sedarkan diri.lebih baik join pas walaun tentu boleh kalah kan hadi awang dalam muktamar.

      Delete
    2. FITNAH MEMFITNAH NI APA NAK HERAN LEBAI WALAUN DALAM PAS PUN BUAT KERJA MACAM NI.KALAU ORANG LAIN BUAT SALAH TAPI LEBAI WALAUN BUAT TAK SALAH.DUNIA DUNIA.INI LAH IMEJ OMK.SYABAS OMK BANYAK KAN CERITA MACAM NI DLM BLOG ANDA.

      Delete
    3. Yang omak kau merapu ni apa hal?
      TSKI pun dah berlapang dada. Semua dah settle.
      Yang Omak nak panjang2 lagi ni apa hal?
      Ker bila benda ni dah settle, omak ko dah tak dapat punca pendapatan??

      Delete
    4. 20:25
      "Pd mereka sipudin ttp xbersalah dgn fitnah2 tu...pkr maksum...jijah miskin mampu mkn nasik lemak je...and nuat x bersekongkol dgn dana yahudi...mat sabu harapan baru and lks is god"

      Kamu mengelar lks tuhan, lalu kamu mengutuk lks bersifat tuhan. Kamu membina fitnah, memanjangkan fitnah lalu kamu menyalahkan fitnah kamu sendiri.

      Delete
    5. PKR - Parti Kencing Rakyat....memang patut pun....

      Delete
  2. Guling TSKI Halal. Guling De Facto Haram

    Kurang setahun lebih selepas keputusan PRU13, Anuar Beraheem dan Gang lilin telah berjaya mengerah kesemua orang2 PKR untuk memilih jijah kipas sebagai MB.

    TSKI yang ketika itu berada di Shah Alam tidak tahu menahu lantas kerusi MB mahu dicabut dari beliau

    Alasan yg diberika TSKI membelakangi parti.

    Dulu pun lepas 2008, TSKI dijualang. Tapi Anuar Berahim tetap mau TSKI sebagai calon MB dlm sekelip mata.

    Dia tunggu sat dekat seminggu sampailah TSKI dilantik.

    Lepas tu PRU 13 cukup haul baru Anuar bagi surat sokongan kepada Bini dia dapat jadi MB.

    Ni semua bukti Anuar dan bini bersubahat menggulingkan TSKI.

    Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk bini Anuar tak jadi MB.

    Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

    Inilah wajah "kepimpinan liberal-nepotism, pluralism dan despotism". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

    Ada hati nak cerita pasal keadilan den reformasi konon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ularmak Paspispus aje yang halal memfitnah pil kuda
      Sebab tu tak perlu mintak maaf

      Delete
  3. Blogger gigi mancung nak cakap hutang sahak gagap tu dibayar dengan wang derma ke..ngeh3

    ReplyDelete
  4. Bagi saya TSKI, tgha dijalan yg benar. Meteka ini disabotaj oleh DAP yg khianat.

    Anuar pula. Bini first Rakyat last.. Kurang ajar pada istana plak tu Anuar SG buloh ni. Titah minta more than 2. Anuar pura2 bodo math jawab 1

    Saya rasa pemimpin PKR wajar bertaubat dan mengambil tauladan APA Jadi pada PAS.

    Macai 2 macam tulang besu mungkin sibuk menghirup bihun sop PASMACHA GHB untuk menggembirakan hati. ITU Jadi boooodoooo tu. Sop banyak msg katakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi aku pulak, orang islam kalu dah sedar fitnah tu dosa, dia tak akan fitnah orang tokey pil kuda. Kalu orang kapir aku tak tau la.... Tapi orang kapir yang makan babi tu pun, kalu dah tau fitnah dia akan mintak mahap jugak. Ni yang tak nak mintak mahap ni aku tak tau la jenis manusia apa pulak...

      Delete
    2. agak2 anwar atau najib yg bini first?

      klau buta hati dek cinta buta.. sudah tentu DSWA dihentam selamanya.

      Delete
    3. memang PKR mesti ambil tauladan dpd PAS...

      IAITU JANGAN BAGI MUKA PADA PASUG... LAGI BERSERBAN JUBAH LAGI TK BOLEH DIPERCAYAI... AGEN TALIBARUT UMNUUU TUUU !

      PKR wajib bertaubat? hanya org munafik yg tk wajib bertaubat. org munafik adalah org yg luaran nampak islam tp dalaman menentang islam.

      TSKI dn hadi kena sabotaj oleh DAP????

      wah DAP ni dh mcm SUPERMAN lah kehebatannya.

      semua pihak dimanipulasi oleh DAP.... aku nk sokong DAP lah... hebat mereka tu.

      yg herannya berserban berjubah hari2 baca kitab... dok bodoh boleh kena sabotaj DAP kenapa????

      dok rasa DAP najis , tiba2 bekas DAP masih kafir join DHPP.... laaaa satu tamparan kat batang hidung hadi dan harun din.

      now kafir tu menyusup dalam PAS.... dulu PAS kata jebon wala' pada DAP, sekarang DAP dh masuk terang2 dlm kelambu PAS... siaplah telur PAS kena tungau DAP lepas ni.

      amacam.. nk beri DAP tu bertanding atas logo PAS? boleh ke org kafir jadi calon PAS?


      ooohhhh ye keee??? daaaaaaahhhh hallllllllaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaallll rupanya selepas hadi terima fatwa ulamak nippon.


      Delete
  5. Hutang 70 juta sahak gagap tu siapa yg bayar,kenapa sahak gagap luluskan project umno yg bernilai ratusan juta.X kan apco yahudi yg bayar..ngeh3

    ReplyDelete
  6. hahaha.....

    Apa yang penting khalid sudah bukan mb selangor lagi. Noktah.

    p/s:

    Kot mana pun yang penting kajang move berjaya. Soal fitnah, bohong dll tu perkara subjektif.

    Lihat apa yang dipraktik oleh Pas, untuk mencapai cita2 menjatuh dan mengenepikan pehak yang tidak digemari, apa yang dikatakan memfitnah, membohong, memaki hamun sesama sendiri pun meriah dipraktikkan.

    So...dalam isu diantara PKR dan khalid tiada beza dengan Pas dan GHB sebijik sama, serupa, sedondon, secocok...tiada apa-apa beza.

    Betulkan Omak Kau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beza....
      wakil pkr dah mintak maaf.
      Tuang presdeng belom mintak maaf
      sebab tuang presdeng kulit dia tebal
      macam kulit biawak

      Delete
  7. infonya sangat bermanfaat sekali mbak/mas, makasih yach!! beritanya bagus banget dan sangat menarik untuk di baca hari ini. Ijin share juga ya, terimakasih.

    ReplyDelete
  8. Keluarnya pas dari pr adalah satu hikmah. Syukurlah niat pas diketahui sebelum pru14. Biarlah pas dgn putar belitnya bersama umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kalo di negara saya indonesia dipanggil sebagai partai bajingan

      Delete
  9. KENAPA WALAUN PAS DAN UMNO TIDAK MENGANGGAP TUDUHAN TAUKE PIL KUDA YANG DITUJUKAN KEPADA SESEORANG HINGGA DI BAWA DI MAHKAMAH ITU SEBAGAI SATU FITNAH?? KENAPA MEREKA TIDAK BISING BILA KETUA MEREKA TIDAK MEMINTA MAAF ATAS FITNAH YANG DILAKUKAN?? APAKAH FITNAH DIBENARKAN KEPADA KETUA PAS?

    ReplyDelete
  10. 3 pihak yang rugi dengan episod maaf-memaafkan ini ialah:
    i. Pas
    ii. Umno
    iii. Omak Kau

    ReplyDelete
  11. Reputasi dan imej PKR terjejas teruk big time

    ReplyDelete
  12. SEBENARNYA TAK PERLU BACA APA PUN ARTIKEL INI.

    BACA TAJUK CUKUP DAH TAU ISINYA

    INI BUKAN BLOG POLITIK TP BLOG 'CINTA TK KESAMPAIAN, BERHENTI DIPERTENGAHAN JALAN'..

    CINTA YG BERLATAR BELAKANGKAN POLITIK SEMASA.

    INI ADALAH BLOG LUAHAN KECEWA SEORG WANITA TERHADAP SEORG TERUNA PUJAAN HATINYA.

    NO NEED KOMEN APA2.

    SABARLAH OMAK... KHALID BUKAN SEEKOR

    ReplyDelete
  13. aku tanya pada Saifuddin Nasution pekatan rakyat dah daftakan ke belum atau pun Saifuddin Nasution sedang buat satu pakatan nepotisma utara itu untuk daftakan pada ros itu

    ReplyDelete