Tuesday 18 August 2015

SELAMA INI DOK HIMPIT GHB RUPA-RUPANYA SEBAB NAK BERTANDING DIPARLIMEN KOTA BHARU



Bekas menteri Umno, Datuk Zaid Ibrahim kini merancang untuk bertanding di kawasan parlimen yang diwakilinya sebelum ini, Kota Bharu, dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau membayangkan perkara itu dalam tulisan di blognya, zaid.my dengan menyatakan ikrar untuk “menghabiskan” pemimpin Umno dan PAS di kawasan itu.

"Saya akan bekerja keras. Saya rasa agak yakin bahawa saya akan dapat menghabiskan mereka semua,” tulisnya.

Beliau merujuk kepada ketua Umno bahagian itu, Datuk Muhammad Fatmi Che Salleh yang merupakan orang kanan perdana menteri, dan juga peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Kawasan berkenaan kini diwakili MP PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, yang juga setiausaha agung parti Islam itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Zaid mengesahkan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu dalam pilihan raya umum akan datang.

37 comments:

  1. Hahaha!!! Inilah berita yang paling lawak kita dengar setakat hari ini. Dengar katanya, Geng Haprak Baru yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu dah tukar nama. Diorang tak nak guna GHB lagi.

    Kalau dulu, diorang nak jadi 'Harapan Baru' kepada rakyat. Tapi kali ini, dari sumber yang dilaporkan, Geng Haprak Baru tu akan menggunakan nama "Parti Amanah Rakyat" atau AMANAH.
    KUALA LUMPUR - Parti Amanah Rakyat atau “Amanah” dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

    Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

    Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.


    Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.
    Itu yang buat kita rasa geli bulu ketiak. Sebab Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu ingat, dengan menukar nama kepada 'Amanah' tu boleh buat sifat diorang pun berubah juga.

    Hakikatnya, perangai Haramjadah puak - puak tetap takkan berubah jugak. Setakat guna je nama 'Amanah' tapi diorang 'Tak Amanah' pun dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh rakyat.

    Jika betul Geng Haprak Baru yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu 'Amanah', sudah pasti diorang takkan menjadi 'Pengkhianat' kepada perjuangan PAS dan tetap beristiqomah dengannya.

    Kalau betul pemimpin - pemimpin Geng Haprak Baru macam Khalid Samad, Mujahid Rawa, Hatta Ramli, Dr. Dzul atau pun Siti Mariah tu 'Amanah', dah lama dah diorang letak jawatan.

    Tapi sehingga ke hari ini, bila didesak supaya diorang melepaskan jawatan sebagai Wakil Rakyat, sama ada ADUN atau pun Ahli Parlimen, sekor pun diantara mereka tak Berani nak buat.

    Jadi, bagaimana mungkin Geng Haprak Baru tu boleh mendabik dada dan menggelarkan diri diorang sebagai "Amanah" jika yang menjadi keutamaan diorang hanya setakat menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je! Bukannya diorang AMANAH nak menjalankan tugas!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap nama parti tu. patut nama Kuciwa. Tak lama lagi gang kuciwa habis fulus. Melopong mulut blogger upahan macam tenuk yg dahaga

      Delete
    2. Salam Guys and Gals,

      Nampak gaya ada macai2 menggunakan nama saya. Tau clone saja. Itu sebab boleh masyukkkk GHB.

      GHB tengah cari ahli, apa lagi panggil la Ramli Kulup Kipidap jadi anggota GHB

      Jeff Ulu Bernam
      Keadilan Reform

      Delete
    3. Parti nama amanah tp bakal ahli dah la belum keluar pas siap hina lagi...amanah ke tu? Amanah sht2 jwb macai2...

      Delete
    4. Pasmacha- GHB kalau buat jamuan bihon sop. Jgn Lupa sumbat dlm mulut Ramon Taylip Meloyawaves, Addingdong sama Grernpork. Kalau masuk bihon sop hasil tak berkat mauuu melaun 3 orang ni sure Jadi bahlol

      Delete
  2. Sapa yg undi zaid ni memang.........sebabnya dia ni orang kecewa dan tak berprinsip.kalau berprinsip dan tak kecewa tentu dia tak tubuh parti kita yg mampus di tengah jalan.ini pulaa cuba menempek dgn geng haru biru pula.

    ReplyDelete
  3. Sapa yg undi zaid ni memang.........sebabnya dia ni orang kecewa dan tak berprinsip.kalau berprinsip dan tak kecewa tentu dia tak tubuh parti kita yg mampus di tengah jalan.ini pulaa cuba menempek dgn geng haru biru pula.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Lupa plak tanya, Saari Sungib dgn Hasnul GHB dah minta maaf ka dekat TSKI. Setahu aku buat silap JIM/IKRAM/IRC ajar yg Islam menyuruh minta maaf. Ni Saifuddin Nasution dgn PKR dah ngaku dia buat cerita fitnah. Hasnul dgn Saari Sungib tak minta maaf pun. Kata Islamik, pi usrah. PODACIT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa diorang ni secular liberal jugak

      Delete
    2. Sisi keji PKR terdedah dalam kes saman Khalid Ibrahim

      Alhamdulillah kes saman mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memecat keahliannya tahun kerana dituduh tidak amanah dapat diselesaikan dengan rukun.

      Khalid bersetuju menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan juga PKR dan membatalkan saman yang dikemukakannya terhadap parti itu.

      Yang menang ialah Khalid. Beliau boleh sahaja memilih meneruskan saman itu. Namun bagi beliau bukan menang perbicaraan dan memungut pampasan daripada PKR yang dihajatinya. Lebih penting baginya ialah membersihkan diri daripada fitnah PKR itu.

      Kini PKR sudah mengaku bahawa apa yang dipertuduhkan terhadap Khalid adalah tidak benar dan akur dalam mahkamah tidak akan mengulangi cercaan terhadap Khalid.

      Tindakan itu PKR ambil hanya kerana mahu menurunkan Khalid dari kerusi Menteri Besar dan menggantikannya dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

      Sebaliknya, Khalid pula mengheret PKR ke mahkamah bukan kerana mahu berpaut pada tampuk kuasa kerajaan Selangor tetapi mahu melangsaikan komitmen yang dibuatnya untuk terus membangunkan Selangor.

      Namun belum terlambat untuk beliau meneruskan azamnya itu kerana sikap berlapang dadanya menerima permohonan maaf PKR itu kini membuka peluang untuk beliau meneruskan perjuangan untuk rakyat.

      "Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.

      "Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.

      "Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini," ujarnya di laman Facebooknya.

      Bertajuk 'Langkah Kajang, Langkah Kecundang', Khalid dalam kenyataan itu menyifatkan strategi politik yang disusun PKR semata-mata mahu menyingkirkan beliau akhirnya menyebabkan kepincangan hubungan di dalam Pakatan Rakyat (PR).

      Lantas sikap tidak adil dan tidak jujur parti KEADILAN yang menggunakan fitnah sebagai pencapai maksud politiknya kini semakin jelas diteropong rakyat.

      PKR sanggup bersikap curang dengan membuat tuduhan dalam 91 mukasurat untuk menjatuhkan menteri besar yang sebelum itu ditimang-timang sebagai pemimpin contoh terbaik bagi parti itu sendiri.

      Kecurangan itu dilakukan selaras cita-cita Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan empayar politiknya dengan bertegas mahu meletakkan isterinya, Wan Azizah sebagai menteri besar.

      Pada mulanya apabila rencana politik Langkah Kajang ini dimaklumkan padanya bahawa ADUN ketika itu, Lee Chin Cheh akan meletakkan jawatan dan diganti oleh Anwar, Khalid bersetuju melaksanakannya.

      Malah beliau sendiri turut hadir dalam sidang media mengumumkan Anwar sebagai ganti Lee dan beliau juga tiada halangan melepaskan jawatan Menteri Besarnya untuk diisi oleh Anwar.

      Khalid ketika itu insaf akan tujuan Langkah Kajang itu demi kebaikan PKR dan Pakatan Rakyat. Beliau juga percaya sebagai Menteri Besar Anwar mampu memimpin pakatan pembangkang menawan Putrajaya.

      Bagaimanapun apabila Anwar hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang, Khalid keberatan mengosongkan jawatannya. Ini kerana beliau yakin Azizah tidak mempunyai keupayaan dan kaliber seperti Anwar.

      Delete
    3. Keengganan beliau memenuhi hasrat Anwar itu dibalas dengan penghebahan PKR akan beberapa tuduhan yang cuba membuktikan sikap tidak amanahnya. Lantas Khalid dipecat dari PKR.

      Anwar dan PKR kemudian berkeras mahu Azizah mengisi kerusi Khalid. Di peringkat itu, isu menteri besar bukan lagi menjadi masalah PKR tetapi melingkar menjadi kekusutan politik membabitkan rakan kongsinya, termasuk PAS.

      PAS dengan tegas mengatakan tidak bersetuju dengan kemahuan PKR. Ia bingkas mengisytiharkan keluhuran peribadi Khalid dan keberkesannya sebagai menteri besar Selangor.

      Ketegaran PKR itu turut menjejaskan kepentingan politik PAS pula. Dua ADUNnya – Saari Sungib dan Hasnol Baharuddin -- bertindak melompat memberi sokongan pada PKR.

      Rentetan itu semakin lebarlah ‘retak yang menanti belah’ dalam Pakatan Rakyat. DAP yang memang tidak selesa dengan PAS menyambar kesempatan menyokong PKR dan mencatur gerakan mengenyahkan PAS dari Pakatan Rakyat.

      "Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.

      "Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan 'grassroots' dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan," terangnya lagi.

      Bukan itu sahaja, strategi politik ini juga akhirnya memberi kesan kepada kepentingan rakyat, khasnya dalam isu penstrukturan semula air di Selangor.

      "Tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan 'rentier' yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur," kata Khalid menghuraikan kepedihan politik yang dialaminya.

      Mahkamah Tinggi Shah Alam Jumaat lalu merekodkan Penghakiman Persetujuan melalui kes Saman Fitnah yang difailkan Khalid terhadap Saifuddin dan PKR.

      Saman itu berhubung edaran fitnah yang mengaitkan mengapa Khalid perlu digugurkan sebagai Menteri Besar Selangor.

      Sayugia diingat bahawa ini bukanlah pertama kali PKR mengamalkan politik fahaman Machiavelli – matlamat menghalalkan cara.

      Delete
  5. Kelemahan Khalid Samad

    Dikatakan juga banyak lagi kelemahan yang telah saya tunjukkan. Baik, marilah kita bahas satu per satu kalau beliau inginkan. Disebut isu kalimah Allah Di mana silapnya pendirian saya? Adakah beliau tahu bahawa pada tahun 2010 setelah isu ini timbul, telah diadakan perbahasan di antara Ahli Lujnah Politik dan Ahli Majlis Syura Ulama’ di mana saya sendiri terlibat dan telahpun dicapai kata sepakat bahawa tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah tersebut? Bahawa nas Quran dan Sunnah bertimbun membuktikan ianya digunakan oleh bukan Islam pada zaman Nabi? Maka hukum asalnya adalah harus.

    Begitu juga satu perbincangan diadakan berhubung kalimah Allah bersama Dr Wahbah Az-Zuhaili sendiri di rumah Anwar Ibrahim yang mana TITM hadir bersama pimpinan PAS lain termasuk diri saya dan sekali lagi kita telah bersetuju pada dasarnya ianya harus. Kalau beliau tidak tahu mengenai perbahasan-perbahasan tersebut, lagi baik beliau bertanya terlebih dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
      1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
      2. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
      3. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
      4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
      5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
      6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
      7. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
      8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
      9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
      10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
      dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

      Delete
    2. Sama je ulasang mung.....takdok doh isu hok boleh terkesang sikit, hok tu le je ulasang mung.....abih akal ke? Kalu mung abih akal untung lagi kalu mung diam.....jeng kleng mung nih.

      Delete
  6. Abang Non dah minta maaf dekat TSKI belum????? Kalau belum, cepat2 minta maaf. Abang Non kan bekas Presiden Abim, mesti tau yg buat fitnah tu jahat.

    Satu lagi Abang Non, jangan makan hati. Nanti kena gout. Dah tua2 ni jasmani kena jaga, rohani pun kena jaga. Amacam Abang Non, Nanti keluar jel nanti Abang Non tekadkan diri keluar tabligh 1 tahun. Moga2 Abang Non memnjadi orang yg salih

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling baik, keluar jail, terus pi masjid sri Petaling. Lupakanlah politik. Ingat iman ingat amal

      Delete
  7. semangat 46 kembali

    ReplyDelete
  8. Haji hadi ulamak suci
    Haron din bertaraf wali
    Ku renong bulan berkali kali
    Ternampak aku bontot kuali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan dah tutup pintu hati kau tu tanda eh
      Yang elok nampak hodoh
      Yang sesat nampal cantik
      Taubatla....

      Delete
  9. PKR,,Parti Tak Amanah...DAP semuanya kaki kencing

    ReplyDelete
  10. 40 tahun dulu pak aku kata pas parti ajaran sesat kerana menuduh orang umno kafir. Haji hadi punya kerja. Loqlaq betui haji hadi ni. Asyik tambah bini. Pak aku dah tak ada baru aku tahu memang betoi pas adalah parti ajaran sesat. Ptuih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sesat mcm pak hang jgkla hang...taubatla...sblm mati cam pak hang

      Delete
  11. Kertas kerja sidiq fadhil terbaru membuatkan haji hadi terkecing kencing. Itu baru sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ckp berdegar jer...hasil tarak...intipati....islam x sesuai kt msia...poorah...org islam sendiri xXyakin dgn islam tp yakin dgn undi cina pastu lum tentu lg cina dap nl izin

      Delete
  12. Zaid akan bertanding dan akan merampas kembali KB menggunakan tiket Parti Amanah Rakyat (GHB) apa yang amanahnya? Dr Zul kata PAR akan sejagatkan Islam, sedangkan Islam bersifat sejagat. Mujahid menempelak PAS kerana sibuk dengan berdemo dan bantah apabila ada festival arak. Ustaz Ahmad Awang kata nak saman TGHA pasal pemilihan presiden, tak saman pun. Hasnul dan Shaari telah bersekongkol memfitnah dan menjatuhkan TSKI dan punca segala keretakan PR bermula disini, masih belum menuntut maaf dengan TSKI, 2 units hero tajaan DAP, tiada rasa bersalah atau berdosa, tiada tuntutan maaf dari 2 units robot ni. Mat Sabu dengan lantang berceramah sehingga nampak urat tengkuk semasa muktamar tahun lepas, walaupun kita berbeza pendapat kita selesaikannya dengan rundingan demi rundingan jangan sesekali kita tubuhkan parti baru, apa ni abang Mat? 16 sept ni maka tertubuhlah apa yang dicakap tidak serupa bikin iaitu Parti Amanah Rakyat, dahulunya GHB, Gabungan Haru Biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, you r right.

      Delete
    2. Elokla...semia geng2 yg terbukti terlbh amanah duduk dlm sebakul

      Delete
    3. Parti yg terlbh byk pemimpin dr ahli

      Delete
  13. Parti Amanah Memali

    ReplyDelete
  14. Haji hadi memakan susyi
    Hasan ali tumpang sekaki
    Haron din sedang bersembunyi
    Hasan tontowi serban berduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANG NI DENGAQ FINTAH TULANG BESI NI. DARI KAO LAYAN TULANG BESI BAIK KAO LAYAN RAMLI KULUP KIPIDAP, PALING KURANG RAMLI TU JAUHHHHHHH LAGI AMANAH DARI GHB YANG KURANG AMANAH

      KIPIDAP

      Delete
  15. Nik abduh dan tuan ibrahim nak join bersih. Haji hadi pusing kok lain. Mereka sedang bercelaru. Makin ramai yang cerdik akan berhijrah. InsyaAllah. Biarkan luncai terjun dengan labu labunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANG NI DENGAQ FINTAH TULANG BESI NI. DARI KAO LAYAN TULANG BESI BAIK KAO LAYAN RAMLI KULUP KIPIDAP, PALING KURANG RAMLI TU JAUHHHHHHH LAGI AMANAH DARI GHB YANG KURANG AMANAH

      KIPIDAP

      Delete
  16. Kawan aku geng ularmak semakin pening dengan perangai haji hadi. Begitu juga tuan ibrahim yang tidak senang hati dengan tuang presideng mabuk susyi. Asyik menyusun bini bercakap pun macam orang mabuk todi. Ada mental problem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HANG NI DENGAQ FINTAH TULANG BESI NI. DARI KAO LAYAN TULANG BESI BAIK KAO LAYAN RAMLI KULUP KIPIDAP, PALING KURANG RAMLI TU JAUHHHHHHH LAGI AMANAH DARI GHB YANG KURANG AMANAH

      KIPIDAP

      Delete
  17. Salam semua.
    Pertama skali mai kita pakat2 mengucap..Hangpa ni jenis manusia islam apa pakat dok maki sana maki sini, yang hangpa dok maki tu plak semua orang yang mengaku islam. aku tak nampak pun geng2 kapiaq lahanat dok kutuk bangsa dan agama hangpa macam ni. pakat2 jadi orang la,mintak maap la kalau kasag sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui abg din...penyokong pas dan amanah btl2 mcm lps pekena pil kuda. dua2 gila babi...maki mencarut fitnsh sana sini...last2 semua umno ratah depa telopong...pdn muka

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...