Sunday 16 August 2015

PASCA PKR DAN SAIFUDDUN NASUTION MOHON MAAF KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM KERANA MEMFITNAH BELIAU ... KENYATAAN MEDIA KHALID IBRAHIM.



KENYATAAN MEDIA
16 OGOS 2015

LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG


Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.


Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato’ Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.


Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.


Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.


Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.


Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.


Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.


Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.


Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan “grassroots” dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.


Permainan politik yang begitu dasyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancr sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan “rentier” yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.


Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.


Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguan saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan,


Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.


Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.


Sekian Terima Kasih


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK &
ADUN PELABUHAN KLANG

31 comments:

  1. Dlm politik mna boleh terlalu baik tan sri. Tengok. Setelah ank2 haram tu minta maaf mereka ckp tan sri yang minta maaf. Ini mcm anwar liwat dan anknya. Terkantoi ckp A boleh lagi putar ckp B walaupun jelas dirakam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam semua, Kisah TSKI Omak Kau sudah pamirkan dengan jelas. Malam ni GHB akan membikin jamuan raya dan ceramah/fitnah tarak ampun dan tarak abis.

      Mari kita tanya itu macai nama Hasnul dan Saari Sungib mestilah meminta maaf kepada TSKI macam Saifuddin. Berbangga dgn JIM dan IRC tapi bergelumang dengan fitnah sambil disokong oleh DAP.

      Malam ni di seksyen 19, pendokong2 keadilan yg originel dan PAS wajar hadir dan meminta GHB meminta maaf kepada TSKI, meminta maaf keapada umat Islam di Selangor dan meminta maaf kepada Istana kerana menyokong fitnah Kajang Move. Kalau sebelum dapat Putrajaya dah kaki fitnah, saya yakin, bukan sahaja 48 billion malah seluar dalam setiap rakyat Malaysia boleh digadai oleh DAP, Pendokong Kajang Move dan GHB Kamu GHB, ambillah seramai2 penagh fitnah, kalau boleh angkut sekailSaifuddin Nasution, Rafizi dll

      Bercakap kerana benar, Menipu tidak sekali
      Yg Benar Jeff Ulu Bernam
      Keadilan Reform

      Delete
    2. Bodoh Khalid gagap dengar cakap pas pis pus... Utk tidak letak jawatang
      Sudahnya kena pecat dgn party sebab kesetiaan gagap utk ayoh Hadi Ping Marang sesat sahaja.

      Pg lah ikut buntut ayoh Ping... Mana ko skrg gagap oiiii...

      Delete
    3. Malaysiabaru, kamu punya bahasa banyak best. Mungkin keturunan bangla/ Nepal itu sebab bahas kesat.

      Back to the point dlm kisah TSKi. DAP menipu, GHB menipu malah Anwar pun menipu.

      Yg benar adalah TSKI dan TGHA.

      Wassalam

      Delete
    4. Ketokohan TSKI

      Kita harus hormat ketokohan TSKI dan jasanya kepada negara. Kita harus akur kalau ada kesilapan beliau mentadbir Selangor secara meremehkan pengundi, itu adalah disebabkan pengalaman beliau berpolitik adalah terlalu singkat.

      Khalid adalah seorang ‘investment banker’. Dia mempunyai nilai tersendiri untuk menjadi penasihat kewangan di luar negara. Kalau dia berhenti berpolitik esok hari, bila-bila masa dia boleh jadi seorang penasihat khas di luar negera, seperti di negara Arab.

      Kita sudah diberitahu bahawa Anwar Ibrahim menganggap Khalid sebagai ahii keluarganya..

      Jika demikian, kenapakah PR tidak berdamai dengan TSKI?

      Ada tiga pilihan kearah ini;

      A) Pucuk kepimpinan PKR tarik balik surat pemecatan keahiian seumur hidup Khalid dan masukkan Khalid menjadi ahli PKR; ataupun
      B) PKR relakan Khalid masuk menganggotai PAS; ataupun
      C) Pujuk Khalid tulis surat rayuan terhadap pemecatannya dan tarik balik surat beliau kepada Pendaftar Pertubuhan.

      Apapun yang akan dilakukan adalah wajar kalau PR minta jasabaik Tuan Guru Hadi bergabung tenaga berunding dengan Khalid untuk buat pilihan dan berdamai semula dengan PKR.

      Delete
    5. Sedang menanti kemampusan gerombolan dokongan malaysia baru... ghb.... sekarang mereka sedang menikmati himpunan pykong utk penubuhan party baru ghb..pip...bila byk yg dah sedar gerombolan yg hilang kesatuan n halatuju yg di ketuai oleh mcm2 idelisma n kecacamerbaan yg mengaku memperjuangkan islam syumul...syiah..progresif...inklusif.... liberal.. terbuka...kpd baruan broker kafir harbi...lasts sekali fenin maka kojol le dgn isme2 nya...

      Delete
    6. Apa le ghb.. blm tertubuh lg party baru.. malaysia baru peyokong tegarnya...asyik meratib n asyik mencerca TGHH dlm setiap ungkapan yg keluar...ashik di ulang cercaan saja....tunjuk le halatuju ghb yg baik tu...hormat le sikit pd Tokoh Ulama yg di iktiraf oleh dunia Islam...

      Delete
  2. Pak lah,pak din sembab,apedal dan natang kena sepak gak,tp rakyat x marah pun sbb tukang tangkap jin dan tukang tangkap sotong dah bawa 4 orang saksi..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro, lu sama mcm najib jgkla. Dasar macai UMNO

      Delete
    2. SEPATUTNYA, ANWAR MINTAK MAAF PADA TSKI

      Heh! Kesian betul dengan nasib malang yang menimpa Si Siputdin Nasution ni. Dah tak pasal - pasal je dia pulak yang jadi 'Kambing Hitam' dan terpaksa memikul biawak hidup atas bahu dia.

      Sebab Si Ketua Penipu tu tak nak bertanggungjawab, maka terpaksa la Si Siputdin tu pulak yang terpaksa hilang kemaluan apabila dia didakwa sebagai seorang yang Kuat Menabur Fitnah.

      Jadi, tak heran la kenapa ada blogger Pro PKR meluahkan rasa kecewa dia didalam blog dengan menyatakan bahawa ahli Parti Keluarga Rosak tu ramai sangat 'Lembu' yang dicucuk hidung.

      Salah satu 'Lembu'nya sudah pasti la Si Siputdin ni sendiri. Dia hanya sekadar mengikut arahan orang atasan yang merencanakan agenda 'Langkah Kajang' tu sebelum ini. Tapi dia pulak yang kena.

      Sepatutnya, Si Ketua Penipu tu selaku Ketua Umum PKR yang membaca kenyataan permohonan maaf terhadap Si Khalid Ibrahim tu kerana menabur fitnah sewaktu agenda 'Langkah Kajang' tu.

      Kalau tidak kerana arahan yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu, takkan pulak Si Siputdin tu nak memandai - mandai tulis sendiri dokumen setebal 91 muka surat tu terhadap Khalid?

      Tambahan pulak, kenapa Si Ketua Penipu tu yang menjadi saksi utama dalam kes saman fitnah yang telah difailkan oleh Si Khalid Ibrahim tu terhadap PKR jika dia lansung tak terlibat?

      Lagi pun, dah memang genetik Si Ketua Penipu tu sendiri pun kuat menabur fitnah dan buat kerja Haramjadah. Kalau tak percaya, tengok Si Nurul Izzah tu pun cukup la. Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!!!

      Maka kesimpulannya, selaku seorang Ketua, Si Ketua Penipu tu yang perlu memikul seluruh tanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka terhadap Si Khalid Ibrahim tu kerana telah menabur fitnah. Ini tidak, dia yang buat taik, Si Siputdin tu pulak yang kena cuci!!!

      Delete
  3. Berita benar yg takkan disiarkan secara tulus dan betul di mana2 portal berita pro liberal dan pluralist

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi GHB keluar PAS berdasarkan siri fitnah kkepada TSKI. Mak Woiiii. GHB menegakkan fitnah rupanya

      Delete
  4. Setelah siarkan kenyataan khalid kesayangan apakata omak siarkan juga kenyataan daripada saifudin nasution...kita pakat2 baca dan nilai...mentang2 khalid adalah buah hati diangkatnya tinggi mcm galah...hati2 omak kalau jatuh sakit tuh di sini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sah bodoh, sudah buat pengakuan bersalah mohon Maaf secara rasmi di mahkamah nak buat kenyataan apa lagi.

      Kantoi sudah tahun lepas berapi kalau berani Saman PKR Dap benar TSKI bersalah.

      Alih2 melutut tarik balik siap mengaku palsu.

      Gebang je benar Walhal palsu bawak mahkamah mula la jawap hanya bergurau, tarik balik lawan tak berani.

      Dasar Penipu

      Delete
    2. Sah bodoh, sudah buat pengakuan bersalah mohon Maaf secara rasmi di mahkamah nak buat kenyataan apa lagi.

      Kantoi sudah tahun lepas berapi kalau berani Saman PKR Dap benar TSKI bersalah.

      Alih2 melutut tarik balik siap mengaku palsu.

      Gebang je benar Walhal palsu bawak mahkamah mula la jawap hanya bergurau, tarik balik lawan tak berani.

      Dasar Penipu

      Delete
    3. sapo bodoh? kao ke yg bodoh tu?...sila baca kenyataan saifudin, jgn jadi budak dungu yg hanya dgr sebelah pihak

      Delete
    4. so what..? ape yg bagus sgt dgn statement sipudin tuh..? xperlu la omak kau tayang kat cni.. menyemak jer.. boleh bace kat wassup pun.. keluar lah statement spin bagai, yg salah tetap salah.. fitnah tetap fitnah.. kipidap TSKI..!!

      Delete
  5. https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t1.0-9/11866287_10206411981490736_91510022306071166_n.jpg?oh=740f987642209ffc219d9ce983df5d86&oe=56475083&__gda__=1450739945_337c280d427a3df8f215087f7691e94b

    ReplyDelete
  6. Biasa la berketuakan kepala jubo brother anwar bin ibrahim....fitnah sesama sendiri jadi asam jubo bang non......macai bang non sampai la di jubo baka baka bang non......puiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. jubo, jubo, jubo...ratib lagi...jubo, jubo, jubo....indahnya akhlak pendokong dan dan pencacai tuang jepong. ajak jeff sama omak sekali tau...ratib lagi jubo, jubo...ju....ptui

      Delete
    2. Kah kah kah meroyan sunggoh macai kepala jubo bila bertuankan kepala dan baka baka jubo...kah kah...mme fakta pun ....kah kah kah juboo fakta tu anon 16.42 macai miang badan bertuankan kepala jubo..kah kah..kah...dek pasal 1 lubang jubo ni lah 20 tahun mesia huru hara pasal kepala jubo nih... kah kah kah

      Delete
    3. Kena terima fakta....fakta tetap fakta....

      Delete
  7. Saifuddin/Rafizi Mr Spin macam Otosan Malaysia. Masuk politik kalau bukan dasar ugama itulah jadinya. Yang penting perrrut. kuuuuasa. Jenis manusia tak sador diri.
    Mulai skrg 1 sen pun aku tak percaya dengan PKR termasuk nenek dan anak jandanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pigi mampus lah kao...sapo suruh kao percaya. percayalah pada tuang jepong sama aaron jean levis tuh...2.6 billion masuk akaun nak 4 saksi. masuk akaun sendiri tak logik...najib dan ngaku tapi mangkuk hayun 2 tuh senyap bagai digam mulutnya...mengaku ularmak tapi cinta dunia lebih drp daripada ugama, ptuih...

      Delete
  8. TGHH, ANDA BENAR. Maaf kerana sebelum ini mendustaimu

    ReplyDelete
  9. Omak kau gigi mancung

    ReplyDelete
  10. Sahak ni masih lagi fikir dia boleh jadi MB. Jawatan MB adalah keputusan parti, jawatan itu bukan hak muklak hang seorang. Kalau parti membuat keputusan nak tukar kenapa keras kepala nak bikin hal. Orang lain juga layak mejawat kerusi MB jika dapat kepercayaan penuh parti.

    Banyak hal berlaku belakang tabir ramai rakyat tak tahu. Ianya rundingan khas Sahak , Umno dan Hadi Octopus?

    ReplyDelete
  11. Sbb tu pas dan hj hadi tidak setuju dan tidak mahu terjebak dlm permuafakatan penipu oleh dap dan pkr...tetapi mereka pas dan hj. Hadi telah diserang dilabel dgn gelaran2 yg amat buruk bagai...bila para2 pemfitnah dan pengkritik2 dlm blog ni dan kesemua pembangkang nak minta ampun kpd hj hadi dan pas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai pkr dan dap tak reti minta maaf sebab bodoh teramat sangat. Kes terang dan nyata pun mereka tak boleh nilai. Tahunya mencerca org tanpa tengok kiri kanan. Mata buta telinga pulak pekak.

      Delete
  12. Akhirnya KEBENARAN akn TERSERLAH.

    Skg kita tunggu pula apa akn jadi pada GHB. Wujud atas KEBEBALAN krn kalah. Baca temuramah Mat Sabu jelas GHB tak ada dasar. Nama hebah "Parti AMANAH Rakyat". Tapi bukan nama yg penting; yg penting adalah amalan. Jgn hanya nama saja AMANAH tapi orgnya TAK AMANAH.

    Syabas Omak Kau krn istaqomah mempertahankn TSKI & akhirnya KEBENARAN terserlah. Geng Kajang Move hanya boleh mengeluarkan kata2 bebal & tak rasional. . . Kepala otk dah jadi celaru.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...