Thursday 13 August 2015

INGATKAN APABILA AZMIN JADI MB SELANGOR DENGAN SLOGAN PEMBANGUNAN BERKUALITI RAKYAT DI PEDULI MAKA MASALAH AIR MENJADI SEJARAH ... RUPA-RUPANYA HARAPAN BAHARU ITU MELESET SAMA SEKALI.



Beberapa kawasan di sekitar wilayah Klang/Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air bermula 9 malam 24 Ogos ini.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Priscilla Alfred berkata gangguan sehingga 1 tengah hari keesokannya
bertujuan membolehkan penukaran injap kupu-kupu baharu dilakukan bagi menaik taraf sistem bekalan air.

Antara kawasan di wilayah Klang/Shah Alam yang terbabit dengan gangguan bekalan air itu ialah Persiaran Raja Muda Musa, Kampung Delek Baru, Kampung Sungai Udang, Jalan Sungai Bertik dan Jalan Teluk Pulai.

Di wilayah Kuala Langat pula, kawasan terlibat ialah di Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang, Batu 9 Kampung Medan, Taman Desa Sijangkang, Taman Riveria Perdana dan Taman Permai Sijangkang, katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya gangguan itu turut melibatkan kawasan Hospital Kesihatan Bandar Botanik, Hospital Arunamari Taman Bayu Perdana, Hospital Pantai Persiaran Raja Muda Musa, Sentosa Specialist Medical Centre dan Pusat Dialisis Jalan Sri Sarawak, Taman Andalas.

Justeru itu, Priscilla menasihati pengguna di kawasan terlibat supaya membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan.

7 comments:

  1. TSKI dipecat menngunakan alasan air. Beliau dipecat kerana

    a. Difitnah oleh Gang Kajang Move
    b. Ditikam oleh Roket kerana janji2 Kajang move
    c.Dibelasah oleh sekarang ni GHB. Dijanjikan pangkat oleh Roket

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Dengar kata roket tengah baik punya nak sabotage PKR, selepas merosakkan PAS. Wang boleh membeli segalanya Ha Ha Ha. Kalau tak percaya wang boleh beli segalanya, kasi tanya sama Abang Lim Mat.

      Kah Kah Kah

      Delete
    2. Abang2 PKR, cuba check Abang Saifuddin Nasution tu, apaaaa dia buat lama2 dgn GHB. Ranting PKR pun Abang Nasution tak lepak lama?????

      Adakah ini satu lagi sesi sabotage roekt. Kali ni mangsanya adalah PKR

      Delete
    3. Dah berbondong bondong dah geng pkr masuk Dap....hehehe
      pkr gigit jari je la nengok..

      Delete
  2. KLANG: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini mengkritik pentadbiran Mohamed Azmin Ali selepas menteri besar itu gagal menangani beberapa isu penting di Selangor.

    Ini termasuklah pengendalian masalah denggi yang mencatatkan sebanyak 89 kematian sehingga Julai ini, paling tinggi dalam rekod di negeri ini. Selain menyelar prestasi Azmin, pemimpin DAP itu juga 'pelik' dengan cara kerja exco-exco kerajaan negeri.

    "Kerajaan negeri dan PBT tidak bekerja sebagai satu sistem. Lucu apabila masing-masing tidak tahu apa yang terjadi. Pergi mesyuarat, tetapi bila ditanya, ahli Majlis (Mesyuarat Kerajaan Negeri) pun tidak tahu apa yang kerajaan negeri lakukan," katanya pada sidang media di pejabatnya di Klang, hari ini.

    Charles turut merujuk kepada kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal menyelesaikan isu denggi dan menyebut Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi seolah 'terbeban' dengan rekod kira-kira 40,000 kes gigitan aedes dicatatkan dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

    "Isu ini bukan lagi masalah kesihatan saja tetapi melibatkan alam sekitar, PBT dan perumahan. Mereka tidak boleh lagi tuding jari kepada kesihatan. Sebab itu Azmin mesti bertanggungjawab mempengerusikan satu jawatankuasa dan bukan hanya seorang exco saja perlu bekerja membunuh setiap pembiakan lava aedes.


    "Azmin perlu mengumumkan hasil pemantauan setiap satu atau dua minggu dalam perkembangan mereka membanteras denggi. Dia perlu bertanggungjawab sebab dia ada kuasa atas PBT," katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa PKR sedang disabotage oleh Gang Bukit Bendera. Jahat mereka ni. Lepas pecahkan PAS, PKR wajib dipecahkan

      Delete
    2. BEKAS KP PAS MELAKA JAUH LEBIH BERMARUAH DARI GENG MAT SABU!!!

      At least dia sebut pasal air, Geng Mat Sabu diam membisu. Ialah, orang GHB tak minum air paip. Mereka minum air hujan dan beristiqamah mengikut Morisodoll Ong mereka, Lee Bai Bukit Bendera.

      Kah Kah Kah

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...