Monday 10 August 2015

NAJIB DI DAKWA KAPAL TERBANG YANG DINAIKINYA TIDAK DIBENARKAN MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SENAI.




PETALING JAYA:
Datuk Seri Najib Tun Razak difitnah lagi oleh pengguna laman sosial tidak bertanggungjawab apabila melaga-lagakan beliau dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Menerusi Facebook, pengguna itu memuatnaik status mendakwa kapal terbang yang dinaiki Perdana Menteri tidak dibenarkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai atas titah Sultan Johor.

“Laporan dalam sejarah Malaysia kehadiran PM malaysia ke Johor terpaksa melalui Singapura Airport dan naik kereta Singapore kerana tidak dibenarkan landing di Senai aiport. Dan tiada kemudahan dan majlis sambutan disediakan. Oleh kerajaan negeri atas titah Sultan Johor”, tulis status itu.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata, penerbangan Najib memang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Changi atas urusan rasmi sebelum beliau mengikuti program UMNO di Johor Bahru.

“PM (Perdana Menteri) diundang sebagai tetamu kehormat dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan di sana (Singapura). Sebab itu penerbangannya mendarat di Changi.

“Kalau ada orang yang berkata selain itu ia adalah sesuatu yang direka-reka dan tidak benar,” katanya kepada FMT.

Pegawai Khas kepada isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor juga menafikan dakwaan di media sosial itu dan menegaskan dakwaan itu merupakan fitnah untuk mencemarkan imej Perdana Menteri.

“Perdana Menteri sememangnya telah dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur terus ke Lapangan Terbang Changi (Singapura).

“Beliau ke Singapura atas undangan kerajaan negara itu menyertai sambutan Hari Kebangsaan dan kereta yang digunakan Perdana Menteri juga disediakan kerajaan Singapura untuk masuk semula ke Johor bagi merasmikan Persidangan Mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang.

“Beliau kembali ke Singapura untuk acara rasmi di sana,” katanya ketika dihubungi.

Rizal turut menjelaskan hubungan mesra Najib dan Sultan Johor dibuktikan melalui satu gambar yang dimuatnaik dalam akaun Facebook Perdana Menteri itu.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Ahmad Asri Kalbi berkata, dakwaan itu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab tidak akan menyebarkan fitnah seperti itu dan tidak akan melaga-lagakan Sultan Johor dengan pemimpin negara.

“Baginda amat mengambil berat kehadiran Perdana Menteri dalam Majlis Perasmian UMNO Bahagian Pasir Gudang,” katanya.

15 comments:

  1. Nombor peribadi Setiausaha Sulit TMJ.

    Cal/sms/whatsapp dan Tanya ceritar di atas ini benar: 016-2715067

    ReplyDelete
    Replies
    1. omak apa lagi telefon la ... then buat artikel sendiri

      Delete
  2. Johor tolak najib..diorang nak muhyidin jd pm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata? Muhyiddin yang banyak punahkan Johor masa jadi MB. Berapa banyak tanah rizab kerajaan dalam bandar tukar tangan kepada orang Cina dalam dasar pengswastaannya dulu. Almarhum Sultan Iskandar sungguh murka apabila cuti Jumaat ditukar kepada Ahad. Sultan Ibrahim yang tukar kembali kepada Jumaat.. Lain kali tanya orang Johor.

      Yang sokong Muhyiddin adalah pencacainya. Orang Muar lagi menyampah dengan Muhyiddin. Hanya kawasannya sahaja yang sokong dia.

      Tak payahlah orang Johor memang menyampah dengan Muhyiddin.

      Delete
  3. berita tk penting

    yg penting omak cinta khalid belum berbalas lagi

    ReplyDelete
  4. Sokong najib. Umno johor jgn berlagak. Jgn ingat umno kukuh sebab bantuan umno johor. Kalau umno tiada di johor sekalipun umno tetap kuat atas sokongan dr negeri lain. Sedar skit warga umno johor jgn ingkar. Tetap kuat kukuh walau umno terkubur di johor. Muhasabah diri ya.
    dari umno luar johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno parti sial. Tipu melayu.

      Delete
    2. Johor tak sokong Muhyiddon

      Delete
  5. Kami tolak jdt. Kami tolak umno johor
    Umno Pahang menyokong pentadbiran saudara najib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ketua penyamun. Najib samun, rosmah joli

      Delete
  6. Berita Reverse Psikologi...
    Mcm Nak Raih Simpati Rakyat Pada Najib jer..
    Tentang Istana Johor Memang Jelas Ada percangahan dgn dasar2 Negara yang Najib perkenalkan..
    Bukan isu besar..

    Klu melibatkn Agong Sultan Kedah..
    Ya itu isu besar..

    Boleh bergoyang singgahsana Najib nanti....

    ReplyDelete
  7. Tak sia sia Najib dan Hadi ternak Omak Kau. Bila 3 juta + 1 juta bergabung melahir pahlawan pahlawan siber mcm Omak. Yang penting dapat pulus, kesengsaraan rakyat di pedulikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu ujung pangkal sila diam. kami 3 juta ahli umno 101% menyokong kepimpinan YAB DS Najib dan DS Rosmah. Nanti bila kami bergabung dgn PAS pimpinan ulamak sedunia YB DS Tn Guru Hj Abdul Hadi gabungan kami jadi 4 juta orang...terkuat dlm sejarah bro...so korang jangan jaki tau. Harapkan puak Mat Sabun, Nuar dan cina Dap makan babi apa yang korang dapat...silap2 masuk neraka kau nanti

      Jeh Ulu Baram
      s/u penaja PasNo

      Delete
  8. Saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yang dulunya mungkin orang yang paling susah,makan pun harus hutang dulu sama tetangga syukur-syukur kalau ada yang mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan,dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yang membenci saya,karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain,karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yang bisa menembus nomor togel,dan disuatu hari saya bertemu sama teman yang pernah dibantu sama MBAH LIMPAH melalui angka togel,dan dia memberikan nomor MBAH LIMPAH,dia bilan kepada saya kalau MBAH LIMPAH bisa membantu orang yang lagi kesusahan,dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi MBAH LIMPAH...dan dengan senan hati MBAH LIMPAH ingin membantu saya,alhamdulillah saya sudah bisa menang togel 4D bocoran SGP...dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana,yang ingin merubah nasib seperti saya,silahkan hubungi nomor: MBAH LIMPAH {~085~312~407~999~} saya sangat bersyukur kepada ALLAH...karna melalui bantuan MBAH LIMPAH kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tidah akan datang untuk yang kedua kalinya..

    ReplyDelete
  9. Cinta Omakkau dgn Khalid yg blum brpnghujung.. Gigit jari Omakkau.. ,Khalid x main2 la "lalang2 " ni..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...