Wednesday 26 August 2015

ORANG RAMAI DISARAN TIDAK SERTAI PERHIMPUNAN BERSIH 4.0


Kuala Lumpur, 26 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar tidak menyertai perhimpunan Bersih 4.0 kerana perhimpunan itu menyalahi undang-undang.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata mana-mana orang yang terlibat dalam perhimpunan yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) boleh diambil tindakan serta-merta yang berkuat kuasa mengikut keadaan.
"Ini kerana perhimpunan berkenaan tidak memenuhi syarat di bawah Seksyen 11 APA (Akta 736) kerana tidak mendapat kebenaran daripada tuan punya pemilik tempat.
"Berikutan itu, polis juga ingin mengingatkan ibu bapa atau penjaga supaya tidak membawa kanak-kanak dalam perhimpunan itu kerana ia menjadi kesalahan di bawah Seksyen 20 (1)(c) APA, Akta 736," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini.
Selain itu, perjumpaan antara polis dan penganjur perhimpunan di IPD Dang Wangi hari ini, gagal mencapai kata sepakat.
Zainol berkata penganjur tetap berdegil dan mahu meneruskan perhimpunan itu.
"Polis telah menasihatkan penganjur Bersih 4.0 agar perhimpunan itu tidak dibuat di Dataran Merdeka kerana sebelum ini penganjur majlis sambutan Hari Kebangsaan 2015 telah memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum mereka.
"Menurut Sekyen 17(2)(a) APA, Akta 736 tidak boleh diadakan dua perhimpunan di tempat sama, pada tarikh yang sama secara serentak," katanya.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai perhimpunan oleh Gabungan NGO-NGO Malaysia yang bercadang melakukan perhimpunan Bersih 4 Keamanan bagi menentang Bersih 4.0 pada Sabtu ini di Plaza Low Yat, Zainol berkata pihaknya akan menyiasat perkembangan terbaru itu.
Sementara itu, penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah berkata perhimpunan Bersih 4.0 akan tetap berlangsung selama 34 jam dan memberi jaminan akan bersurai sebelum malam ambang Merdeka pada Ahad ini.
BERNAMA

46 comments:

  1. Kapalterbang maswing tu terbabas. Mujur tak sa kemalangan jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pernah tengok C70 kapcai terbabas langgar pokok bemban

      Delete
    2. Aku dah tau mat shampoo terbabaa sebab ada member dia nak jawatan DLM GHB

      Delete
    3. FATWA PERTAMA DARI "MURSYIDUL AM" GHB!!!

      Ya!!! Jangan terperanjat sangat bila kita kata yang Geng Haprak Baru tu pun ada jugak 'Mursyidul Am' diorang sendiri. Cuma diorang je yang tak punyai kemaluan nak guna gelaran tu.

      Disebabkan Geng Haprak Baru tu merupakan gabungan Barua yang sanggup tunduk dan akur kepada semua kehendak PKR serta DAPigs, maka diorang gugurkan gelaran 'Mursyidul Am'.

      Sebaliknya, Geng Haprak Baru tu menggabungkan kedudukan 'Tuan Besar' diorang untuk dijadikan satu jawatan yang memang sama dan serupa dengan gelaran Mursyidul Am PAS tu sendiri.

      Kalau DAPigs gunakan Penasihat, manakala PKR pulak menggunakan gelaran Ketua Umum. Jadi, Geng Haprak Baru tu gabungkan kedua - duanya dan mewujudkan jawatan Penasihat Umum.

      Jangan silap! Walaupun namanya lain, tapi tugasnya tetap sama iaitu mengeluarkan 'Fatwa Songsang' supaya semua orang tunduk dan akur dengan segala kehendak serta kemahuan mereka.

      Maka hari ini, Si Punah-Sihat Geng Haprak Baru tu telah memulakan tugas dia dengan memberikan 'Fatwa' baru kepada semua Wakil Rakyat dari kalangan PAS yang mahu menjadi Pengkhianat.

      Antara lain, fatwa pertama yang dikeluarkan ialah supaya golongan Pengkhianat tu tidak mempedulikan arahan serta desakan yang dibuat agar mereka melepaskan jawatan yang disandang pada ketika ini.
      "Rakyat memilih kerana mereka mewakili Pakatan Rakyat yang menjanjikan agenda untuk membuat perubahan politik dalam negara dengan matlamat menjatuhkan rejim pemerintahan Umno dan BN.


      "Selagi wakil rakyat yang dipilih kekal memperjuangkan matlamat ini, maka mereka layak untuk terus menggalas amanah rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
      Secara tidak lansung, nampak sangat 'Fatwa Songsang' yang dikeluarkan oleh Si Punah-Sihat Geng Haprak Baru tu hanya sekadar mahu pemimpinnya mengutamakan jawatan semata - mata.

      Sekiranya pemimpin dikalangan Geng Haprak Baru tu jenis yang tidak mementingkan jawatan dan mengutamakan rakyat, kenapa pulak susah sangat diorang nak lepaskan jawatan?

      Dalam erti kata mudahnya, fatwa Si Punah-Sihat GHB tu hanya sekadar 'Matlamat Menghalalkan Cara' je sebab dia sendiri pun takde maruah! Semuanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri je. Bukannya untuk memperjuangkan rakyat sangat pun!!!

      Delete
    4. Ceramah GHB waktu bersih. Walaupun kami kalah pemilihan PAs, walaupun 80% ahli PAs tolak kami, tapi DAP tetap menjadi pujaan.

      Kami bukan Proxy DAP, kami macai DAP

      Delete
    5. Kami pulak macai tuan guru pil kuda

      Delete
    6. maswing tu nak terbang gi jepun ker?
      saja tanya..
      tak kan tanya pun marah

      Delete
    7. negara dah tak selamat pihak berkuasa ugut rakyat yg tak ikut perintah pihak berkuasa pula kalau tak ikut perintah akan dibuang kerja atau pindah . jadi siapa yg berkuasa siapa yg salah guna kuasa adakah rakyat hanyalah boneka perhiasan cukup sarat utk mrk yg berkuasa selamanya . adakah negara ini masih ada undang2 yg boleh diguna pakai oleh rakyat utk kebenaran hak rakyat atau undang2 hanya utk mrk yg berkuasa. adakah mrk berkuasa jadi boleh melawan perintah raja dan seterusnya agama iaitu tuhan mrk!!! inilah manusia bila dan senang kaya berkuasa lupa diri mana arah tuju yg mrk laung2kan demi itu demi ini tetapi akhirnya demi mrk sdr. manusia fikir mrk bijak tetapi tak tahu bila manusia semakin bijak berfikir manusia sebenarnya semakin bodoh dgn nafsu keinginan kemahuan tamak sehinggakan mrk lupa apakah arah tuju sebenar yg harus mrk tujui.

      Delete
  2. Ah being 2 dan Ah Moy2, Jgn pi ITU bersih 4./ITU nombor suweiiii. Lagi teruk nombir suweiii otang loser GHB datang.

    May buanh itu suweii, you kena bagi fulus sama loawe Mat Shampoo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti roket buat Oktoberfest sambil bershit 4, Mariah kari, Qoles Smart, Mat shampoo nak buat apa

      Delete
    2. Jadi tak payahlah ikut mat shampoo pi Bershit. Nanti master Penang minum atout atas jalan, GHB sedut asap roket

      Delete
    3. Baik sedut asap roket drp bawak "pahala" fitnah pil kuda masuk dalam kubor atau bawak akaun sendiri masuk "syurga"

      Delete
    4. sapa tak nak gi bersih boleh duduk umah tengok upin ipin
      yg muda2 tu boleh tembak cicak kat dinding

      Delete
    5. Rekod baru Malaysia

      2juta org hadir di bersih !!!!

      Apa tunggu lagiiii jgn lepaskan peluang ini untuk guling secara demokratik

      Anda sebahagaian dari sejarah yg julung kali berlaku

      Delete
  3. SKANDAL RM 30Bil. MB CAP AYAM TERUS DIHANTUI!!!

    Darul Ehsan Investment Group(DEIG) yang ditubuhkan oleh Si Menteri Besar Selangor, untuk menjaga aset bernilai RM30 bilion hanya mempunyai Modal Berbayar sebanyak RM2.

    Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Permerbadanan Menteri Besar (MBI), Faekah Husin berkata, Modal Berbayar atau Paid Capital menentukan keupayaan dan kekuatan sesebuah syarikat.
    “Jumlah Modal Berbayar DEIG setakat ini hanya RM2. Maka jelas DEIG syarikat bernilai RM2,” katanya bagi menjawab fakta yang diberikan oleh DEIG bagi menafikan pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadap syarikat milik penuh kerajaan Selangor itu.
    DEIG sebelum ini menjelaskan bahawa penubuhan syarikat itu kerana MBI tidak pernah menyumbang dividen kepada kerajaan negeri.

    Walaubagimana pun Faekah berkata, MBI adalah syarikat pemegang/induk atau holdings company dan sememangnya mana‐mana syarikat pemegang adalah ‘cost centre’ bukan ‘profit centre’.

    Katanya, untuk mengurangkan kos operasi 12 anak syarikat MBI yang diuruskan DEIG, proses rasionalisasi dan konsolidasi sepatutnya dilakukan bukan menubuhkan syarikat baharu yang bertindak seperti ‘orang tengah’.
    “Oleh kerana MBI merupakan badan berkanun (statutory body), ia dikecualikan daripada membayar cukai kepada LHDN.
    “Bagaimanakah kerajaan negeri akan mendapat pulangan lebih baik daripada DEIG sekiranya ia wajib membayar cukai bagi transaksi perniagaan sebagai sebuah syarikat yang berdaftar dengan SSM?, tegasnya.
    Faekah berkata, MBI telah menjalankan tugas kepada rakyat Selangor dengan baik di bawah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tanpa perlunya ‘orang tengah’ untuk mentadbir dan menguruskan pelaburan dan aset negeri.

    Katanya, sehingga Disember 2013, MBI telah membelanjakan sejumlah RM1.04 bilion untuk program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) termasuk RM774 juta untuk Skim Air Percuma.
    “Ditambah pula projek‐projek rakyat di bawah insiatif Geran Selangorku apabila lebih RM32 juta dibelanjakan dengan memberi tumpuan kepada menaiktaraf kemudahan infrastruktur,” katanya.
    Dia juga mempertikaikan bagaimana aset bernilai RM30 bilion hanya sekadar dipantau daripada laporan tahunan dan tiada laporan operasi kerana akaun DEIG disatukan dengan laporan tahunan MB

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sindiket apanya...
      Operasi pun baru nak mula tahun 2016...
      Korang aje yg bodo kasi potong stim azmin

      Delete
    2. dia dah rompak ker belom?
      belom kan?
      Tu la...korang cepat sangat pancut...

      Delete
    3. Nasib baik sempat tahan..
      kalu tak jadi cam 1mdbb

      Delete
  4. Yannei dei thamby cit cit poooraaah !........... kami dari parti Ameena Curry son of MIC, anak saudara of PPP and kawan punya kawan punya saudara of IPF sanggup menjadi macai dan balaci Dap. Oleh itu restu dpd tuan guru LKS dan LGE sangat kami cari2 dan kami sanggup membuat fitnah dan tohmahan demi survival politik kami dan sekiranya kami disaman kami akan pohon maaf utk selesaikan masalah sbgmana yg dilakukan oleh mentor kami Saifuddin Nasution.......Dusyum ! Dusyum ! PKR Parti Kelentong Rakyat = GHB Geng Hipokrit Barua = sama2 Kaki Auta !
    Here comes Ameena Curry party's song :
    Kici kici lembu jaga , sudah besar kaki Auta , sudah pencen (kalah pemilihan) jadi Barua , Satu pistol peluru tak da ! ............. kah kah kah puak2 GHB mana ada telur ............... sampai sekarang masih tak nak letak jawatan walaupun jadi pengkhianat dan bencikan PAS !
    Adakah patut blogger Abuya Albuaya AlHusyeen dok heboh satu Malaya video Mat Sabu bagitau DAP tak anti Islam tapi sayang Islam sbb peruntuk wang jutaan ringgit utk Islam di Penang. Awat hang ingat duit mak bapak dia ka atau duit toooookkkmu ka AlHusyeen dan Mat Sabu ooooooiiiiii ! Hanya mat bahlol ukur sayang kpd Islam dgn nilai wang ringgit ! Kalau ikut sumbangan wang .......... negara Amerika banyak sumbang jutaan malah billion dollar kpd negara2 Islam spt Mesir dsbnya. Apakah US sayang kpd Islam ? Tidak ! Tapi kerana negara tersebut sanggup jadi boneka dan Pak Turut US !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu pasal...patutnya duit derma 2600 juta tu bagi kat org islam kan bagus

      Delete
    2. Sumbang bagi kat semua islam tak apa...
      Yang tak betulnya bila sumbang masuk akaun sendri..

      Delete
    3. Tun M pun tak pircaya
      aku 10 kali tak pircaya

      Delete
    4. Tuang presdeng lagi teruk
      Panik memanjang......
      Apa la nak panik plak...relak la..
      bawak la menjala ikang belukang

      Delete
  5. MAT SYABUN KATA, DANA GHB SEMUA TURUN DARI LANGIT!!!

    Haduyai!!! Kenapa la BENGAP sangat puak - puak PAS ni ek. Takkan bab itu pun diorang masih nak tanya lagi? Benda yang remeh macam tu pun diorang nak jadikan persoalan jugak ke?

    Takkan la diorang selama hari ini tak tau yang puak - puak Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu jauh lebih hebat dari kepimpinan PAS Pusat yang ada pada hari ini. Khasyaf diorang tinggi.

    Orang macam Si Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid Rawa, Hatta Ramli, Nizar Lilin, Dr. Dzul dan sebagainya tu semua orang yang hebat - hebat. Diorang tak perlukan bantuan orang lain.

    Sekali diorang baca doa je, berlambak - lambak duit turun dari langit. Tak perlu nak mengharapkan puak - puak DAPigs tu beri bantuan kepada diorang. Kalau ada pun, setakat bantuan dari celah gigi je.

    Paling tidak, Geng Haprak Baru tu boleh bagi alasan, "semua pemimpin dalam GHB mengimfakkan gaji mereka sebagai wakil rakyat untuk menggerakkan aktiviti diseluruh Negara".

    Lagi pun, bukannya seorang dua je yang jadi Pengkhianat dalam PAS tu takde berjawatan. Boleh dikatakan semuanya masih memegang jawatan sebagai Wakil Rakyat sama ada ADUN atau pun Ahli Parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersih 4 tak nampak yg GHB boleh bawa duit syiling jatuh Dari langit.

      Also maklum Penang Bukit layan Stout waktu Bersih nanti

      Delete
    2. 2600 juta tu bukan dari langit
      tu dari timur tengah nun
      timur tengah belah mana pun tak tau la

      Delete
    3. Pas dapat duit turun dari atas tin milo

      Delete
    4. cai dapat duit dari timor tengah tah kat mana tah...

      Delete
    5. Wah!!!! Muhidim ucapkan terima kasih kat KJ la...

      Delete
  6. Kah kah kah GHB geng haru biru semakin terdesak setelah gagal dlm pemilihan Pas depa cuba pula nak hijack parti KITA tapi ditolak ahli KITA dan laporan polis telah dibuat ...........oooooiiii muka tak malu pi mana2 pun org reject .......... senang cerita pakat2 masuk DAP lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari Bersih tu betulka GHB nak dapat watikah dari Bukit Penang. Watikah pencacai roket ekzos besar

      Delete
    2. tak de la...dia org bagikan watikah kan pendekar bontot baju merah yg latih parang turrr

      Delete
    3. parti kita tak jadi saman ghb
      apa pasal ha?

      Delete
  7. Kenyataan pihak Polis senada dengan kenyataan Tuang Presideng supaya tidak menyertai perhimpunan BERSIH 4.0.

    Rakyat semestinya hanya datang beramai-ramai dalam perhimpunan Istiqamah PAS walau dengan apa cara sekalipon.

    Mungkin ada amanat atau fatwa baru yang hendak disampaikan disamping aktiviti untuk memenuhkan Tabung Derma.

    Walaupon PAS bertanding bukan untuk menang dan Putrajaya bukan matlamat PAS, tapi perhimpunan ini penting untuk melihat berapa ramai lagi walaun yang masih tinggal.

    Sesiapa yang tidak atau sengaja tidak datang akan dianggap Barua dan Tolol.

    Mari kita walak saja la.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tau la kao jilat GHB. GHB pulak jilat roket. Sumbat rokwt DLM.hidunh baru tao

      Delete
    2. GHB dapat watikah Dari Penang aebagai pencacai roket

      Delete
    3. presdeng tinggal telo kat jepong
      telo dah kecut
      sekang tengah panik

      Delete
    4. UG mana bole jatuhkan najib
      tu dah tak walak namanya tu

      Delete
    5. presdeng tu busuk hati
      tak bole org lain lebih sikit dari dia..
      lebih aje kira barua

      Delete
    6. pas masuk pru/prk bkn utk mng.

      jd utk sia2 sj sokong pas.

      Delete
  8. Yang jadi piem tu laki dia ker bini dia?
    saja nak tanya...
    tak kan tanya pun marah.

    ReplyDelete
  9. aku percaya GHB tidak akan bertahan lama kalu perangai buruk Pas dibawak bersama oleh pemimpinnya atau kalau asyik goyang telor aje. Tapi kalau rajin macam PKR atau DAP serta banyak melaksanakan program, insyaallah GHB akan kekal lama.

    Jadi, jangan bawak perangai buruk Pas tu masuk dalam GHB

    ReplyDelete
  10. sekoq membaruakan org..sekoq lagi membangsatkan org...kena dahhhh

    ReplyDelete
  11. Geng Hadi Barua makin tertekan. Tension. Stress. Sakit hati. Cemburu. Dengki. Busuk hati bila lihat PKR..DAP..AMANAH bergabung. Dulu mesra umno tp bila hudud dipermain umno..dah x tau nak mengadu kat mana. Angkara Hadi PR berpecah. Hasrat nak tawan Putrajaya berkubur. PAS kini masuk bertanding PRU sekadar suka2 sahaja. Waala kpd Hadi mesti di teruskan walau PAS hancur berkecai...

    ReplyDelete
  12. Kah kah kah geng macai terdesak guna gambar arwah tgna pas tu bagitau wajib hadir demo bersih 4 .............. aku risau nanti dia kata wajib pula hadir untuk pesta arak dan langgan pelacur sbg aktiviti sampingan bersih 4 ngeh3 ............tak gitu tuan guru greenboc @ ulamak DAP

    ReplyDelete
  13. 08Rekod baru Malaysia2juta org hadir di bersih !!!!Apa tunggu lagiiii jgn lepaskan peluang ini untuk guling secara demokratikAnda sebahagaian dari sejarah yg julung kali berlaku

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...