Thursday 27 August 2015

VIDEO WARTAWAN DAN JURUKAMERA DITEMBAK MATI KETIKA SEDANG TEMURAMAH SECARA LANGSUNG



VIRGINIA:
Seorang wartawan dan seorang jurukamera yang sedang bersiaran secara langsung terbunuh apabila mereka diserang dalam satu insiden tembakan di Roanoke, Virginia, Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, mereka sedang bersiaran secara langsung dalam sebuah program pagi bersama seorang tetamu yang sedang ditemu bual.

Serangan yang mengorbankan wartawan Alison Parker, 24, dan jurukamera Adam Ward, 27, itu membuatkan rakan wartawan yang berada di studio berita dan penonton program itu terkejut.

Ketika temu bual itu berlangsung, tiba-tiba kedengaran lebih daripada enam das tembakan dilepaskan dan Parker dan tetamunya menjerit ketakutan.

Satu tangkapan imej dari video menunjukkan suspek mengacukan pistol kepada jurukamera sebelum penonton menyaksikan sudut rakaman kamera itu terjatuh ke tanah.

Pihak polis segera memburu suspek di keseluruhan kawasan tersebut sementara sekolah-sekolah di sekitar kawasan itu juga telah ditutup berikutan ancaman berkenaan.

Pengurus besar stesen WDBJ Channel 7 telah ke udara kemudiannya untuk mengesahkan kematian kedua-dua pekerjanya.

Tetamu yang sedang ditemu bual ketika insiden itu berlaku kini sedang menerima rawatan di hospital kerana terkena tembakan di bahagian belakang tubuhnya.

Sementara itu, kenalan dan teman sekerja Parker dan Ward menggunakan platform media sosial untuk menyatakan rasa sedih serta memberi penghormatan terakhir.

Suspek kejadian tersebut, Vester Lee Flanagan II, 42, dilaporkan sebagai bekas wartawan multimedia stesen televisyen yang sama dan mengenali kedua-dua mangsanya.

Lebih aneh, Flanagan juga membuat rakaman sendiri sewaktu melepaskan tembakan itu dan video versinya yang mengerikan itu telah dengan sengaja dimuat naik ke media sosial menggunakan nama 'Bryce Williams'.

Dalam perkembangan berkaitan, Flanagan dilaporkan telah menembak dirinya sendiri selepas berdepan dengan pihak berkuasa selepas kejadian itu.


11 comments:

  1. Nasib baik ianya tak berlaku di Jepong.

    Kalau tak siapa yang nak bentang Ruu Hdud nanti.

    Kita tunggu sehingga Oktober ni betul ke PAS nak bentang Hudud kat Parlimen.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PETALING JAYA: Belumpun tubuh parti baru bagi menggantikan Pas dalam Pakatan 2.0, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dan kumpulan G18 (liberal Pas) sudah tidak sefahaman.
      “Pergaduhan’ mula tercetus apabila Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mendakwa PasMa tidak mempunyai daya tarikan yang cukup dengan akar umbi untuk memimpin sebuah parti baru.
      Berang dengan kenyataan itu, Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, sikap G18 yang memandang remeh terhadap orang lain menjadi punca kumpulan itu kalah dalam Pemilihan Pas baru-baru ini.
      “Kalau beginilah sikap mereka, patutlah mereka kalah kepada ustaz-ustaz muda dengan ustaz pondok dalam Pemilihan Pas.
      “Mereka mengambil remeh tentang keupayaan orang lain sebab itu mereka kalah dengan kumpulan yang tidak berpengalaman.
      “Tengoklah natijahnya mereka dah kalah. Mereka kalah sedangkan kumpulan ini orang hebat.
      “Bagaimana mereka kata cukup berpengaruh tetapi tetap kalah? Sepatutnya mereka mengambil pengajaran dengan apa yang berlaku,” katanya kepada FMT.
      Kumpulan G18 dikenali dengan pelbagai gelaran seperti golongan profesional dan sekarang dilabel golongan progresif dalam Pas.
      Phahrolrazi berkata, kumpulan G18 tidak menghormati orang lain seperti mana mereka tidak menghormati keupayaan ustaz-ustaz muda dan akhirnya menyebabkan mereka kecundang.
      Katanya, beliau menyokong penubuhan Pakatan 2.0 tetapi tidak kepada parti yang ditubuhkan kumpulan G18.
      “PasMa menyokong penubuhan gabungan baru tetapi tidak kepada parti itu jika mereka bergerak sendirian kerana objektif kita melawan UMNO,” katanya.
      Beliau mengakui PasMA tidak mempunyai kekuatan jika bergerak sendirian tetapi mampu memberi impak yang besar kepada landskap politik tempatan jia bergabung dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
      Sementara itu, bekas Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat yang juga salah seorang ahli kumpulan G18 berkata, mereka akan mengumumkan sama ada menubuhkan parti baru atau tidak, dalam waktu terdekat.
      “Kita tidak putuskan lagi dan perkara itu akan dimaklumkan dalam pengumuman khas nanti, bila nak umum kita tidak tahu lagi tunggu pengumuman daripada team G18,” katanya ketika dihubungi.

      Delete
  2. Terima kasih Omak Kau,

    Ingatkan video Mat Shampoo berucap, mujur tak buang I Phone dlm longkang. Aku marah betul dekat GHB yg jadi pncacai DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat. Puak2 cari makan dengan menyedut roket. Berbalik ke video atas ni, jangan jadi kecewa bila kalah pemilihan. Nanti orang tak berdosa jadi mangsa

      Delete
    2. Penyedut roket??? igt vapor ker sedut roket heheheh

      Delete
  3. Harap, ada sapa2 nak post video jamuan makan GHB. Lepas makan wajib blahhh

    ReplyDelete
  4. Rahsia Besar Hadi dan konco konco?

    Kenapa Hadi byk U Turn?

    Kenapa Hadi selalu ponteng meeting dan hadir kat Parlimen?

    Kenapa Hadi rela candat sotong dari pergi melawat kawasan di Marang?

    Kenapa Hadi pilih UMNO dan bukan PKR dan DAP?

    Kenapa Hadi nampak ceria sekarang?

    Kenapa Hadi dan konco konco mempunyai budget untuk keluar Negeri?

    Apa perjanjian sulit Hadi dengan Najib?

    Kenapa Hadi rela bela Najib dan bukan Tun Mahathir?

    Siapa Hadi sebenarnya?

    Siapa itu DIn Ayam?

    Apa peranan Din Ayam membolehkan PAS bersekutu dengan UMNO?

    Apa peranan ustaz dan ulama yang lain dalam menjayakan rancangan mereka?

    Apakah habuan yang mereka terima?


    Jangan lupa, telah di ketahui dan akan di bongkar dan diperinci dalam masa terdekat.. Tungggu.....................................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti GHB tak siap2. Fook You

      Delete
    2. GHB lambat siap pasal tak pasang bumbung lagi....itu yg mat Sabu takut hujan tuh ... harap2 dah siap esok bleh lah kuaq secara automatik...tapi kalau bumbung hilang di tiup taufan kalau rasa x malu balik le rumah org lama.... kalau nak jaga maruah sangat teduh kat tiang roket pun tak per hehehehe

      Delete
  5. BELUM TUBUH, DIORANG DAH BEREBUT JAWATAN!!!

    Huh! Kalau dah namanya Geng Haprak Baru tu geng yang Gila Jawatan, memang tak heran la perkara seperti itu boleh berlaku. Diorang keluar PAS pun sebab diorang Gila Jawatan jugak.

    Hari ini, facebooker pro PAS, Tok Usin Ceroii Original mendedahkan perbualan whatsapp dia dengan salah seorang orang kuat GHB yang dilihat kecewa dengan krisis dalaman gerakan itu.

    Sekurang-kurang dua tokoh GHB yang dilihat mampu untuk memberikan saingan sengit kepada kepimpinan Si Mat Sabu tu selaku Pengerusi iaitu Mujahid Yusof Rawa dan Si Husam Musa

    Khabar angin mengenai krisis dalaman GHB mula bertiup sejak 15 Ogos apabila Si Mujahid tu telah dipilih sebagai Pengarah Eksekutif Nadwah Ulama Nadwah Jadidah 2015 atau Nunji’15.

    Gosip perpecahan dalaman GHB itu semakin kencang apabila Mat Sabu sendiri mengeluarkan kenyataan bersedia berundur daripada menjadi ketua kumpulan itu, jika ada calon yang sesuai.
    “Jika ahli-ahli jawatankuasa percaya bahawa terdapat seorang pemimpin yang lebih baik maka saya bersedia untuk berundur.
    “Tidak ada seorang pun yang akan kekal selama-lamanya. Apa yang kita percaya adalah kepimpinan kolektif,” kata Mat Sabu ketika dihubungi Mstar empat hari lalu.
    Sejak Geng Haprak Baru tu ditubuhkan, telah terdapat banyak persoalan yang dibangkitkan dikalangan ahli serta pemimpin terhadap kredibiliti pemimpin-pemimpinnya, terutama Mat Sabu.

    Ramai yang mengkritik dengan menyatakan bahawa Si Mat Sabu tu bukanlah seorang pemimpin yang kuat setelah GAGAL berkali - kali dalam beberapa Pilihan Raya Umum yang diadakan sebelum ini.

    Kesimpulan mudahnya, puak - puak Geng Haprak Baru ni memang terdiri dari kalangan mereka yang Gila Jawatan belaka. Sebab masing - masing hanya sekadar berjuang demi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je!!! Bukannya diorang buat untuk orang

    ReplyDelete
  6. Jangan ikut pas..
    Pas dah kaya-raya
    Dah ada range rover
    Dah ada banglo2 2juta
    Sbb tu tak nak pergi bersih 4.00
    Sbb dah biasa jadi kaki ponteng

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...