Sunday 6 September 2015

BEGINILAH SUASANA DAN SAMBUTAN CERAMAH PKR JIKA DIANJURKAN TANPA PENGLIBATAN DAP DAN PAS


Malam tadi suatu ceramah #Kita Lawan anjuran KeADILan Cabang Indera Mahkota telah diadakan di Perkarangan Pusat DUN Semambu dengan membariskan para penceramah seperti Naib Presiden/Setiausaha Agung PKR YB Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuantan YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Indera Mahkota merangkap Pengerusi MPN Pahang YB Dato' Fauzi Rahman, Ahli Parlimen Kapar YB Manivanan Gowin  serta ADUN Teruntum dan ADUN Semambu.

Amat jelas tanpa menyembunyikan fakta dan kenyataan betapa tanpa penglibatan sekutu dalam Pakatan Rakyat DAP dan PAS teramat nyata ceramah anjuran PKR secara solo dan bersendirian kurang mendapat sambutan walaupun negara dilanda dengan pelbai isu raksasa lagi hypermega.

Apakah ini memberi suatu gambaran betapa kekuatan PKR selama ini banyak berpaut dan bersandar kepada pengaruh dan kekuatan dari para penyokong dan pendokong DAP dan PAS?????

Dari maklum balas diperolehi ternyata kedua-dua ahli parlimen PKR iaitu YB Fuziah Salleh dan YB Dato' Fauzi Rahman amat disenangi dan selesa dengan khidmat bakti mereka selama ini, tetapi mengapakah sambutan diberikan warga tempatan agak suam-suam kuku???? .. Dimanakah silap dan salahnya????

23 comments:

  1. Lain Kali ajak cangkul. Ahli cangkul ada seramai penduduk.Asia tengggara

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAP dan cangkul wajar diboikot kerana Rejim Pulau Pinang menindas orang kampung melayu Dan India.

      Rocket adalah lambang racist yg melampu


      Orang melayu ditekan Dan ditindas di Pulau Pinang. Malangnya puak2 Kajang Move Dan GHB tidal pedulikan nasib mereka. Mat Sabu Dan Mujahid adalah kelahiran PPinang. Demi pangkat Dan fulus, kesusahan mereka diabaikan


      Kampung Melayu Menjadi Mangsa di Pulau Pinang

      Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang berkumpul secara aman pagi tadi sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan.

      Mereka yang berkumpul sejak malam tadi sehingga awal pagi ini, turut menutup laluan masuk ke kampung itu menggunakan bas, kereta dan tiang konkrit bagi menghalang kemungkinan kereta jentolak masuk dan merobohkan rumah mereka

      Tindakan itu terpaksa diambil selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir hari ini.

      Walau bagaimanapun, penduduk yang sudah mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju.

      Sementara itu, blog penang-kini menyenaraikan 26 kampung Melayu yang sudah dilenyapkan di Pulau Pinang.

      1. Kg Permatang Tok Subuh
      2. Kg Buah Pala
      3. Kg Pokok Assam,Jelutong
      4. Kg Dodol
      5. Kg Binjal
      6. Kg Batu Uban
      7. Kg Tanjung Tokong
      8. Kg Bagan Dalam
      9. Kg Permatang Tepi Laut
      10.Batu Maung
      11.Kg Pulau Jelutong
      12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
      13. Kg Teluk Kumbar
      14.Kg Dalca
      15.Kg Sungai Nibong Kechil
      16.Kg Tengah Jelutong
      17.Kg Terang Balik Pulau
      18.Kg Genting,Balik Pulau
      19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
      20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
      21.Teluk Air Tawar
      22.Kg Gagah, Bagan
      23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
      24.Kg Selut Sg Pinang
      25.Kg Siam, Pulau Tikus.
      26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

      Delete
    2. emahan Akhbar Cina : DAP Akan Buang Kakitangan Kerajaan Jika Berkuasa

      .Entri kali ini khas untuk kakitangan Kerajaan yang masih tidak bersyukur Dan mahu bersama2 GHB yg menjadi hamba kepada DAP

      Jika mereka merasakan GHB dan DAP dapat membela nasib mereka, ternyata mereka silap. Belum berkuasa, DAP telah berani mengisytiharkan untuk mengecilkan saiz jabatan Kerajaan. Ini bermakna, makin ramai yang bekerja dengan Kerajaan akan hilang pekerjaan.


      Sinchew Daily News m/s 9
      1 November 2011 (Selasa)


      Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
      Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

      ‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

      31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

      Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

      “Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

      Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

      Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji

      Delete
    3. Hahaha......dasar penakut suka protes kutuk hina memburukkan party lain. Kalah menang byk kurang rakyat yg tentukan bukan hanya melihat secara luaran semata2. Selagi belum bertanding belum tahu perubahan bakal berlaku.

      Delete
  2. takpe...cangkul pun cangkul janji ada perinsip......takde la mcm yg bukan cangkul tu, dulu bukan main dgn amanatnya, meninggal je TGNA terus bersekongkol dgn UMNO...takde perinsip!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cap cangkul sanggub Jadi balaci racist Penang kerana untuk sedikit pangkat Dan fulus

      Delete
    2. DITULIS OLEH TAY TIAN YAN TIMBALAN KETUA PENGARANG SIN CHEW DAILY..

      1. Najib dan UMNO jelas tidak goyah dan terjejas oleh BERSIH 4. Sokongan untuk Najib bersandar kepada sokongan akar umbi UMNO. Majoritinya adalah Melayu yang menebal dgn semangat kebangsaan dan tetap kekal menyokong beliau.

      2. MCA dan GERAKAN menanggung rugi besar. Kaum Cina tidak percaya mereka dan UMNO pula semakin mencurigai pendirian MCA yg kelihatan bersimpati dengan BERSIH 4. UMNO melihat MCA dan Gerakan sebagai parti yg lemah dan tidak lagi mampu menarik sokongan orang Cina.

      3. Kehadiran Tun M ke Dataran Merdeka gagal memenangi hati kedua dua belah pihak. Dia dianggap diktator yg sering menindas sebarang perhimpunan awam. Dia tidak ada tempat di kalangan para demonstran pada hari tersebut di mana 80% daripadanya adalah kaum Cina. Dia juga dikecam hebat oleh ahli UMNO dan majoriti orang Melayu kerana menghadiri BERSIH

      4. Imej Tun M sebenarnya terjejas teruk. 4. Malang untuk Anwar dan keluarganya kerana laungan BEBASKAN ANWAR tidak kedengaran sama sekali dan ditenggelami oleh tiupan hingar bingar vuvuzela.

      5. Gerakan Harapan Baru diaibkan kerana gagal membawa penyokong yang ramai. GHB boleh diramalkan bungkus awal selepas PRU ke 14.

      6. Ustaz Hadi Awang tentu ketawa besar kerana keputusannya memulaukan BERSIH 4 telah memalukan DAP. Dia melakukan perjudian politik yang mahal tetapi menang besar kerana menumpaskan sekaligus GHB, PKR dan DAP.

      7. Kegagalan BERSIH bukan sahaja dari segi jumlah kehadiran yang tidak seimbang antara kaum tetapi dicemari oleh berbagai insiden biadap seperti memijak potret DS Najib dan DS Hadi Awang. Tindakan mereka membawa penyapu dan menyapu potret Rosmah membangkitkan lagi kemarahan rakyat yang bertamaddun dan mengukuhkan lagi PERPADUAN MELAYU.

      Delete
    3. Hang kebun tak boleh pakai keris. Hang Kebun kena pakai cangkul.
      Cangkul pun cangkullah.

      Delete
  3. Kikiki....klu jemput aljuboori kuar jap 3 jam dari sg bloh mau melimpah org dtg sampai ke laut cina selatan....meh ratib 129.56kali dulu....bagi miang satu badan

    ReplyDelete
  4. Maklumat yang saya diterima dari Dato Saifuddin Nasution menyatakan PAS melalui TITM, SU Tuang Presideng dan beberapa orang lagi macai Tuang Presideng terhegeh-hegeh datang ke RUMAH Presiden PKR merayu agar PKR jangan berkawan dan menolak Harapan Baru.

    HODOH dan BURUK sungguh pimpinan PAS setelah DSWA dijaja, dikritik dan diaibkan secara terbuka tidak layak jadi MB Selangor, kemudian pula DSAI diherdik di Rusila, kini mereka merayu dan melutut pula dengan PKR minta nyawa dan talian hayat hahahahahahahahaha.

    Selama ini mereka sungguh angkuh dan bongkak merasakan diri mereka hebat, kebal, sempurna, pejuang Islam sejati, tidak pernah silap dan tidak memerlukan lagi orang lain.

    Kini rasakan, hukum kebenaran tetap berjalan dan kini giliran PAS pula jadi peminta sedekah mohon rayu dan simpati setelah PAS merasa teramat-amat cemas kerana banyak kawasan dan cawangan meletak jawatan secara berjemaah meninggalkan PAS yang sudah tidak ketahuan lagi hala tujunya.

    Dan maklumat terbaru yang saya terima, selepas 16 September kemungkinan besar PAS akan ditinggalkan dari menyertai PR 2.0.

    Selepas itu PAS boleh berjuang bersendirian atau bergabung dengan UMNO untuk meneruskan agenda Hudud mereka.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak Pas skrg sibuk minta sedekah dan cover malu dari sibuk membantu mangsa banjir.
      Mangsa banjir jita tinggalkan dulu nanti dkt2 pru baru la kita hntr sekampit dua beras tanda kita prihatin dan cakna rakyat.

      Delete
    2. Siapa yg PKR pilih antara GHB atau PAS, mari kita lihat statistik.

      1. Semasa perbicaraan DSAI, Mat Sabu datang bagi sokongan tp Hj Hadi tak pernah datang.
      2. Krisis MB Selangor, Mat Sabu sokong dan tidak hina DSWA tapi Hj Hadi tidak sokong dan hina DSWA.
      3. Pas ugut putus hubungan dengan PKR, GHB tak ugut.
      4 Pas tuduh PKR sekular tp GHB tak tuduh.

      Yg lain awk org tambah la ....

      Delete
    3. Jualan ahkbar rasmi Pas, HARAKAH pernah dijual sehingga 400,000 naskah. Tp sekrg nk jual 30,000 pun susah.
      Persoalannya kemana pergi lagi 370,000 pembeli HARAKAH.
      Kita kata semakin ramai isi borang masuk Pas, betul ke ni.
      Adakah pemutihan ahli sdh dibuat.
      Harap pimpinan kami ambil serius perkara ini.

      Delete
    4. Maklumat drp saiffudin??, bole cayaker, dah la kantoi menipu dan memfitnah TSKI..mamat ni mmg tak leh dipercayai..dah boleh buang ke longkang la dgn mulut dan hati yg busuk tuh

      Delete
  5. PKR sudah dianggap pemitna termasuk le si Anwar .....
    Mat Sabu & the gang dianggap penjilat tahi DAP ....

    ReplyDelete
  6. Rasa nya itu majlis doa selamat hantar sedara mare pergi haji agaknya.

    ReplyDelete
  7. Saifuddin katanya boleh diambil ke. Fitnah TSKI berlori-lori lepas terpaksa minta maaf dalam mahkamah. Keluar dari mahkamah fitnah lagi,,,,,adoi aaa,,

    ReplyDelete
  8. Apa ni omakkau kutuk parti sendiri.semambu tu bkn ramai org cina ke situ.org pas kata pilih la mana nak pilihpun dsai.kami mcm tu juga.selepas apa yg dilakukan pas kepada dsai kita tgok apa yg dsai lakukan setakat ini.setakat ini lah.dia kata kita tak gaduh dgn org biarlah org cari gaduh dgn kita.tgok ini lah ciri ciri seorg pemimpin yg berhati besar.bkn mcm geng kuali kena kutuk aje sudah lari dgn idea hebat mereka.kalau hebat setakat kutuk hadi n pas sbb berpisah dgn dap tu tak tahu nak ckp la.kita tgok aje la.

    ReplyDelete
  9. omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi
    omakkau dah jadi lalang... sama mcm zahid hamidi

    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...

    ReplyDelete
  10. Telanjangkan aper kau rasa nak telanjang terhadap PAS. Sampai puas hati. Mulut Dan jari2 boleh berkata. Tapi kita mesti ada ugama yang cukup untuk ISLAM dari senua sudut. Kan beza pelajar dari mula dah ader asas agama dengan belajar separuh2(1/2). Tahu siapa yg dijadikan mereka.

    ReplyDelete
  11. Aku dah lama tak beli harakah walaupun masa tu Aku penyokong kuat harakah. Tak beli sebab boleh baca harakah daily di internet dan Ada update di Facebook Dan what saps. Nak kata Ahli hilang mungkin tak berapa tepat. Sebab Utama tak sokong pas kerana dia dah keluar PR. Lagi pun dia orang jahat dan sanggup nyahkan professional Melayu islam yang bekerja kuat selama ini bersama pas contoh mat sabu, dr Zul, hatta, husam dan lain2.

    ReplyDelete
  12. omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid
    omakkau dah jadi lalang sama mcm zahid

    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...
    omakkau kencing... sama mcm najib...

    page omak ni letak gambar dacing je la...
    page omak ni letak gambar dacing je la...
    page omak ni letak gambar dacing je la...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...