Wednesday, 11 February 2015

DIHUKUM PENJARA 12 BULAN KERANA MENCURI RM43 DARI TABUNG MASJID.



KOTA BHARU - Pengajaran buat seorang lelaki kerana perbuatan mencuri dengan mengail duit tabung sebuah masjid berjumlah RM43, dia dihukum penjara 12 bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Muhammad Shahrul Izwan Suhaime, 22, mengaku salah didakwa dengan niat mencuri wang kertas bercampur-campur berjumlah RM43 itu di Masjid Mukim Pulau Belanga, Jalan Pengkalan Datu, Binjai, di sini, pada jam 3.30 pagi, 2 Februari lalu.

Sebelum itu, pengadu yang sedang berbual dengan rakannya di hadapan rumah yang tidak jauh dari masjid tersebut terdengar bunyi motosikal berhenti di hadapan masjid.

Curiga dengan kehadiran motosikal tersebut, mereka mengintip dan mendapati seorang lelaki sedang mencuri duit tabung masjid di bahagian luar dengan cara mengail. Menyedari kehadiran pengadu, tertuduh cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

Pada prosiding semalam, tertuduh merayu hukuman diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri memohon hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Hukuman diputuskan Majistret, Mohd Firdaus Zainal Abidin berkuat kuasa tarikh tertuduh ditangkap.

16 comments:

  1. Tak taulah Zaman modern ni. Kalau susah tak cukup makan jgn curi. Pi hadir majlis PASMA. ITU Hari PASMA ada buat pelancaran kat Shah Malam. Ada bihun sup wa cakap Lu.

    Your Friendly Reformist,
    Jeff Ulu Yam

    ReplyDelete
  2. Buat pe nk mencuri...duit BRIM kan ada...cukup makan utk 1 thn.

    ReplyDelete
  3. So sapa sapa nak tau pasal PASMA ( Aku panggil PASemboq) boleh Tanya Greenboc. Sana ada ramai orang sasau yg boleh bagi tau macam mana boleh Jadi ahli

    ReplyDelete
  4. Dasar bangsat ko ni Jeff nak cari makan percuma dan menipu aja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dajal akan turun utk menyesatkan manusia...ank2 buah dajal telahpun mengorak langkah..amalkan surah al kahfi utk mengelakkan dari fitnah dajal.

      Delete
  5. Jeff..Jeff...mentedarah jer kau tau..dasar b*b@ hutan..kah..kah..

    ReplyDelete
  6. Kalau nak curi jangan sikit-sikit. Ambil RM4.3 juta baru berbaloi. Paling tinggi kena pun 6 bulan je. Kalau kroni BN memang memang tak kena apa pun. Yang menangkap tu mungkin kena.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takbpun gaji 1 hinggit claim15 juta

      Delete
  7. Hahaha......
    Pencuri memang tak guna menyusahkan hidup org tak kira sekecil mana sekalipun kalau mencuri patut dihukum berat. Kenapa tak rompak bank negara???? Bukan lagi byk guna lori angkat sampai penuh rumah. Kalau penjenayah tak dihukum berat pasti mrk akan buat lg sebab dah kerjanya cari mkn tak payah kerja susah2 dpt gaji sikit je.....inilah pemalas pemuda rakyat malaysia Semua nak senang mudah dapat lebih dan byk.
    Rakyat malaysia br 3 juta org kalau berlipat ganda apa jadi???? Maka malaysia tak aman lg seperti dulu malah keselamatan negara lemah dan tak ketat hanya wang jadi rebutan bukan nabi sebagai pedoman.

    ReplyDelete
  8. Jeff UluYam...dapat makan free pun dah bangga...Tabur lah fitnah dan umpatan...bodeklah saper yg ko suker...Jahanam negara ko apa peduli...tlg guna akal untuk memikir sesuatu....

    ReplyDelete
  9. Hebat budak tu selambe je x pyh nk suruk2 muka, tp nape pencuri juta2 tutup muka ...ape curi juta2 tu lebih besar malunye ke?...tp ade gak yg curi lembu ratusan juta buat selambe je x suruk muka pun, lg disua tersengih sengih kt org lg...ish! confius lh pulak ...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dunia akhir zaman..berbuat jahat d bangga banggakan.

      Delete
    2. Sebab dia ada lesen mencuri lambang Keri's bogel...tu sbb muka selamba aja...

      Delete
  10. kalau betul pun dia bersalah mencuri. Berilah keadilan kepada pencuri ini.
    bayangkan kos untuk dia hidup di dalam penajara selama setahun.
    Kos makanan, gaji warder penjara, kos letrik dan air, kos pengurusan lain termasuk sampah dan Indah Water. Alangkah baik hukum Islam yang memberi ruang dia bertaubat dan membayar ganti rugi dan dibebaskan dengan amaran dan iklan sebagai bekas pencuri. Sekurang-kurangnya dia akan bekerja dengan pekerjaan halal dan membantu keluarganya kelak.
    Apa faedah kita letak dia dalam penjara selama 12 bulan? Sedangkan dia boleh berubah dan menjadi salah seorang pembayar cukai (termasuk GST).
    Paling banyak pun 15 hari.
    Bukankah magistrate ada kuasa guna budibicara?

    ReplyDelete
  11. pemimpin curi billion x kena ape ye...rakyat susah curi rm43 kena jel..hebat sgguh mesia boleh.ikut islam kalau org susah mncuri kjaan kn byr balik 2 kali gnda kpd org yg dicuri..sb dia trdesak..hmm pmimpin mesia mcmn yea..relax je..tam takut ke perutt tu kat akhirat..
    tp kesian kan..masih ramai rakyat mesia yg otak selut kot..x fhm2..bg brim senyap..yg nkkena byr lgi byk dr brim..yg deme amik lagi bbilion dr brim
    cukai dlm islam x boleh dikutip dr rakyat selagi mn pemimpin tu kaya..raya.kalau pmimpin dah miskin..br boleh kutip cukai..tp mesia..beratus ribu jenia cukai ada..i-allah.mg brbahagia di dunia..di akhirt belum tentu..

    ReplyDelete
  12. nasib ko la bilis ooiii... lain kali kalau nak curi tu kena pi belajar ngan jerung2 tu dulu , nanti diorang akan ajor ko, curi juta2 pun tak pe , tak kena tangkap pun.... alaaa tak kan tak kenal jerung kut.... ramai sangat la... yang nama yb2 dan seri2 tu... dan jugak yg nama .... tan , tin, tun , .... kalo ko nak tau , mereka lah pakar , lebih hebat dari.... abu hasan pencuri...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...