KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 3 June 2015

ADIK NOH OMAR PENJENAYAH YANG PALING DIKEHENDAKI OLIH POLIS SABAH KINI DITAHAN REMAN 7 HARI KATA PESURUHJAYA POLIS SABAH



Penjenayah yang paling dikehendaki oleh polis Sabah, ‘Mat Malaya’ direman selama seminggu setelah menyembunyikan diri hampir sebulan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek yang juga adik kepada bekas Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan  ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar, yang juga didapati positif dadah.

“Remannya bermula dari 2 hingga 9 Jun untuk membolehkan kami menyiasat kes cubaan membunuh di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan,” kata Jalaluddin dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, permohonan reman untuk isterinya yang berusia 25 tahun ditolak dan dia dibebaskan selepas kenyataannya dirakam.

Isteri Mat Malaya diuji negatif dadah.

‘Mat Malaya’, atau nama sebenarnya Mohd Junaidi Omar, diberkas bersama isterinya berusia 24 tahun dan anak perempuan berusia dua bulan selepas sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah dan Ranau menyerbu sebuah inap desa di Kundasang kira-kira jam 10.50 malam semalam.

Pada 6 Mei lalu, suspek yang beralamat di Shah Alam, Selangor, menghilangkan diri selepas menembak kaki pembantu mekanik berumur 36 tahun di sebuah bengkel membaiki penyaman udara kenderaan di Jalan Tuaran.

Dalam kejadian itu, suspek dipercayai melepaskan tiga das tembakan dan satu daripadanya mengenai serta menembusi kaki kanan mangsa.

Mat Malaya sebelum ini telah dituduh dengan kesalahan mengedar dadah pada tahun 2007 tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

4 comments:

  1. nanti jika didapati bersalah, dan dipenjara, agak-agak nak makan angin cakap je berak taik campur darah.

    kalau berduit, boleh je layan kes-kes mahkamah, sama ada menyaman atau disaman, setiap kali bicara, boleh keluar makan angin tinggalkan penjara. tapi kalau berduitlah, lawyer-lawyer tu bukannya free masa diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TV3 utusan berita harian boleh senyap pulak tak hingin ke nak berdendang setiap hari ulang-ulang lagi baik letak tajuk biar gempak sikit kat muka depan...penjenayah tu...jangan lepas ni dengar berita ketua polis sabah ditukar atas alasan rombakan pengurusan polis

      Delete
  2. Mat! Abang kau orang kuat UMNO Selangor tak boleh tolong ke? Kesian. Patut abang kau dulu masa jadi menteri bagilah kontrak kementerian. Tak patut tak patut adik menteri hidup miskin menderita sampai terlibat dengan urusan dadah.

    ReplyDelete
  3. Rasuah ada di mana2 jerr.......jgn lah kata malaysia jerr ada Rasuah.......negara maju macam Korea pun banyak Rasuah.....siapa masih ingat scandal world cup 2002.......team korea Rasuah pengadil sampai masuk semifinal........Yg jadi mangsa Masa tu Portugal,Italy,Spain.....betapa teruk nye Rasuah korea kalau nak dibandingkan dgn malaysia

    ReplyDelete