Wednesday 24 June 2015

APA PERANAN SEBENAR G18 DAN PARTI BARU SERTA KESANNYA DALAM PAKATAN RAKYAT BARU?????



Satu dunia tahu betapa DAP bergaduh dengan PAS dan PAS juga tidak selesa dan serasi dengan DAP.

Tetapi apa yang kita tahu tentang matlamat dan tujuan sebenar G18 dan projek parti baru?????

Parti baru dalam gagasan baru (gagasan ini tajaan DAP), apa maknanya?????

Parti baru, yang dijangka muncul daripada G18 atau PasMa atau pemimpin-pemimpin PAS yang kecewa, matlamat dan bertujuan utamanya tidak lain tidak bukan mau menyingkirkan PAS daripada gagasan Pakatan Rakyat (PR) sedia ada.

Menyingkirkan PAS itu memang asas dan tujuan utama permainan politik DAP. Sebab ia yang tidak selesa dan serasi dengan PAS atas macam-macam sebab dan alasan.

PKR berada berada dalam posisi berbeza. Sebab ia tidak bergaduh dengan PAS dan ia juga tidak bertengkar dengan DAP.

Tetapi DAP kini sedang dilihat sedang ghairah dan rancak meluaskan empayar politiknya, termasuklah sandiwara tinggi menarik orang Melayu. Pelakuan ini tidak salah, itu memang hak dan kebijaksanaan semula jadi DAP.

Mungkin ia akan mengemukakan calon Melayu yang lebih ramai dalam pilihan raya umum ke- 14 nanti.

Tetapi calon Melayu DAP sahaja tidak cukup. Mereka perlukan calon-calon berpengalaman, ada nama dan terkenal sedia ada, khususnya G18 (atau parti baru).

Malah, DAP perlukan satu gabungan sebab semua orang tahu politik negara ditentukan oleh gabungan, misalnya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Sebab itulah DAP bertindak terlajak mengumumkan gagasan baru. PKR dan PAS tidak terlibat. PKR diundang tetapi PAS tidak dipelawa dan dijemput.

Gagasan baru tajaan DAP termasuklah parti-parti lain, mungkin G18 yang berjaya membentuk parti baru (jika ditakdirkan berlaku) beberapa bulan dari sekarang.

Seperti mana DAP berulang-ulang mengumumkan pembubaran dan kematian Pakatan Rakyat. Sekali lagi PKR dan PAS tidak ghairah dengan soal ini.

Mengumumkan gagasan baru ini diperlihatkan sebagai reaksi DAP atas usul Dewan Ulama PAS pada Muktamar ke-61 baru-baru ini.

Tetapi DAP sendiri sudah memutuskan hubungan dengan presiden PAS terlebih awal. Apa makna keputusan jawatankuasa pusat DAP ini?

Memutuskan hubungan DAP dengan presiden PAS samalah dengan memutuskan hubungan parti.

Sekali gus, oleh kerana ia dibuat menjelang pemilihan PAS, ia juga dianggap usaha menekan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dan campur tangan dalam politik PAS yang ketika itu sedang berdepan dengan Pemilihan Muktamar PAS ke-61.

TGHA dan kumpulannya, yang mahukan hudud dan bengang dengan sikap pemimpin-pemimpin lain PAS dalam krisis Selangor, berasa tidak selamat dalam kerjasama politik ini.

Abdul Hadi berasa konsep "tahalluf siyasi" PAS telah dinodai oleh pemimpin-pemimpin atasan parti sendiri.

Sedangkan tahalluf siyasi itu menuntut kesetiaan kepada parti dan kecenderungan kepemimpinan parti.

Maka, mereka yang tidak disenangi Abdul Hadi disingkirkan dalam "serangan hendap" pada pemilihan parti awal Jun di Kuala Selangor.

Mereka yang tewas, kecewa dan kebingungan ini membentuk G18 dan nampak mereka boleh meninggalkan PAS dengan kerjasama DAP dan PKR.

Tetapi rupa-rupanya PKR belum tentu setuju dengan pakej "gabungan baru" DAP.

PKR tidak mudah patahkan hubungan PAS, bukan sebab ia parti Melayu/Islam, tetapi PKR tidak bergaduh dengan PAS.

DAP boleh bergaduh dengan PAS ... PAS juga boleh bergaduh dengan DAP ... Tetapi PKR tidak mampu bergaduh dengan PAS atau DAP. Kenapa?

Sebab PKR bertanding di kerusi-kerusi yang memerlukan sokongan PAS dan DAP.

PKR tidak mahu pertengkaran DAP dan PAS menggugat peluangnya, dan sekali gus menggugat peluang pembangkang.

PAS tidak mampu sabotaj DAP di kerusi-kerusinya. DAP juga tidak mampu sabotaj PAS. Kedua-dua parti ini saling ekslusif

Tetapi PKR mungkin bakal terdedah kepada sabotaj-sabotaj PAS dan DAP. Persaingan tiga penjuru PAS, PKR dan BN kemungkinan besar menguntungkan BN dan merugikan semua pembangkang.

Tetapi jika PAS sertai BN, perkiraan politik ini akan berbeza. Setakat berunding, semua parti dalam Pakatan Rakyat termasuk DAP berunding dengan UMNO dan Dr Mahathir Mohamad.

Selagi PAS berdiri sendiri, PKR tidak berupaya meninggalkan parti ini. Risiko politiknya sangat besar.

Namun DAP dan G18 (PasMa) juga sedang ghairah untuk tinggalkan PAS. Mereka semuanya seolah-olah berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.

Mereka difahamkan sedang melobi dan memaksa secara halus agar PKR menyertai PAKATAN BARU ini.

Untuk menjayakan PAKATAN BARU, lobi sedang dibuat melalui dalam dan luar PKR untuk meyakinkan Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin kanan.

Tetapi apa makna PAKATAN BARU, G18 dan parti baru kepada PKR????

(1) Meninggalkan PAS dan membuka sabotaj dan persaingan tiga penjuru yang merugikan pembangkang, termasuk PKR.

Dan, jika ini terjadi, sekali gus melemahkan PKR yang selama ini, sejak 1998, menjadi inspirasi kumpulan pelbagai kaum, kecenderungan dan ideologi.

(2) Menerima "parti baru" (jika ada) mungkin satu proses subversif DAP melalui G18 terhadap pangkalan sokongan PKR.

Yakni, apabila PKR memberi konsesi besar kepada parti baru memandangkan majoriti calonnya Melayu dan pangkalan sokongannya juga Melayu, sedangkan DAP yang beriya-iya menaja PAKATAN BARU tidak mahu membuka konsesi yang lebih besar.

Secara logik dan ikut hukum akal tidak fikir PKR, termasuk pemimpin bukan Melayu, boleh selesa dengan taktik seumpama ini.

(3) Mengiya atau mengesahkan tanggapan umum bahawa DAP lah tunjang, kepala dan taiko baru pembangkang.

Sedangkan tunjangnya selama ini Anwar Ibrahim dan PKR, yang diimbangi oleh DAP dan PAS.

Apabila DAP dilihat mencuak ke depan, maka rasa tidak selamat pengundi Melayu akan dieksploitasi semaksimumkan mungkin.

Bagaimanapun jika DAP dapat mengilap imejnya dengan memberi konsesi besar kepada "parti baru", "calon Melayu" dalam DAP atau G18, maka konsep "Malaysian Malaysia" parti itu akan dipuji.

Malah projeknya untuk menarik Melayu akan kelihatan masih relevan.

DAP kena tunaikan slogannya "Malaysian Malaysia" dengan tambahkan ramai Melayu  di posisi utama lagi strategik kerana selama ini ia jadi parti kaum Cina.

Setakat hari ini, dalam DAP Melayu dilihat umpama melukut di tepi gantang, Melayu hanya sebagai perlengkap syarat dalam DAP; bukannya posisi utama lagi strategik.

Posisi utama lagi strategik itu termasuklah kepemimpinan pusat dan bahagian, kerusi-kerusi selamat dan bermajoriti Cina, kedudukan dalam GLC di Pulau Pinang sehingga pengundi Melayu yang progresif yakin ia benar-benar parti "Malaysian Malaysia", bukan parti anak-beranak Lim and Lim.

DAP boleh buktikan sekarang di Pulau Pinang kerana ia masih bergabung dengan PKR. Konsesi itu boleh dibuktikan dalam kerjasama gabungan PKR-DAP.

Jika DAP mendesak dan makin mendesak konsesi di Selangor sahaja, misalnya, orang akan nampak ia tidak jujur.

Orang akan nampak ia mahu dominan dan mendominasi, mahu sapu sorang dan tidak hargai konsep kongsi dalam erti kata luas.

Jangan lupa, pengundi-pengundi Cina meninggalkan MCA (dan pergi kepada DAP) kerana mereka marah Umno tidak memberikan konsesi (kongsi).

Dalam politik gabungan di sebuah negara majmuk, jangan kita lupa politik itu berkenaan "mengurus kepentingan, ketakutan, curiga dan prasangka."

43 comments:

  1. Tujuannya adalah untuk menaikan semula ikon kesayangan OK jadi EMBI.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adauihhh...sekoq lagi pemuja jemaah tuan guru sifu besar insan suci nujum uturn ...hentak islam xpa...hentak dap jgn sekali..marah betuii...sensitif...habis mencarut sana sini klu pekena dap...jiwa.dah sebati dgn dap...apa mkn x taulah...smpi bg fakta pun xbleh terima...xblh lawan dgn fakta pun xpa...mencarut pun jadi no...cubak dok bwk istighfaq skali...kot2 bln puasa tuhan bersihkan sikit hati...dpt nur...jgn dok asyik terima nur dr sifu besaq ja

      Delete
    2. Golongan yg cerdik...tinggi kelulusan...tapi bodo...

      Delete
    3. Dap we luv ua ! Tq kerana membentuk kembali Pakatan Baru

      Seperti yg diinginkan Saudara Anwar Ibrahim

      Sebuah Pakatan Baru Pru14
      Bersama Ngo dan G18

      Kita tawan west coast Malaysia!

      Delete
    4. G18 banyak buat keje bodoh..merusuh, keluar masuk gereja (kononnya toleransi agama), vigil bakar lilin ramai2, sesi pegang hanjing..bila kalah, ungkit kata ahli pas tak kenang budi. Hanipa mamak siap menangis mcm budak kecik. G18 sebenarnya tak bijak..bawa wadah parti islam tapi tunjuk sifat liberal pada semua orang. Terpengaruh dgn pandangan al ustaz, tuan guru anwar bin ibrahim. Kan dah ke parit...kahkahkah

      Delete
  2. Diorang nak apply permit teksi beramai-ramai..hehehe. Kalau 18 ekor kambing ni nak bertanding tanpa tiket pas pru akan dtg, setakat guna nama sendiri...pasti kalah terduduk. Pasti boleh lupakan politik selamanya. Gunaka tiket dap? Mati nanti orang kencing atas kubur geng 18. Kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dok kene lambung dgn blogger2 upahan...pastu dok baca comment2 tapisan...terasa mcm sokongan besaq kt luar...rasa gah...rasa ujub...rasa akula wira..sekali kene pelempang time muktamar...tu yg terkebil2 x masuk.akal...pelik kata mat sabu...hang yg duduk dlm pas tp xnk ikut rental pas...itu yg pelik...

      Delete
    2. ada juga dalam blog ni yang masih telan pil kuda.kesian otak kau masih mengkut pas dengan ulamaknya .

      Delete
    3. Nafsu macam kuda, telan pil kuda, ketua dan ahli pkr je

      Delete
  3. tuan tanah da dapat payment blogger untuk bulan ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

      Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

      Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

      Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

      TULANG BADAK (TB)
      MURTABAK WAVES
      SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

      Delete
  4. Dpd tubuh parti baru lebih baik pakat2 masuk MIC dan rampas kuasa dlm MIC sbb parti ni pun sedang bermasalah ...... lagi pun semuanya telah tersedia ........ cerah masa depan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju G18 masuk MIC sbb ramai ada DNA mamak dlm G18 itew.

      Delete
  5. tak rasa berdosa ker membuat fitnah. opps tuan tanah geng ulamak tolol pas. fitnah menipu dapat pahala..

    ReplyDelete
  6. Pakatan yg koyak rabak......tggu pru akan datang atau pilihanraya kecil sambutan pakatan baru booe bernafas atau tak.....penyakit umno berjangkit dlm pas....kalah jer majuk tubuh parti baru....

    ReplyDelete
  7. Antara perjuangan Islam vs solidariti (Nasihat buat Salahudin, Mahfuz)
    Perjuangan menegakkan Islam adalah lebih penting dpd solidarity utk menjaga hati kawan2. Islam mengajar kita utk cinta kpd Allah dan Rasul melebihi cinta kpd diri sendiri, keluarga mahupun kawan2. Contohilah nabi Ibrahim yg sanggup korbankan anaknya yg tercinta nabi Ismail demi mencari cinta Ilahi. Ingatlah apa yg berlaku kpd bapa saudara nabi yg banyak berjasa kepada nabi SAW iaitu Abu Talib. Semasa diakhir hayatnya nabi SAW telah membuat tawaran agar beriman dan bersyahadah kpd Allah namun akibat hasutan dan ancaman rakan2 yg berada disekelilingnya ketika akhir hayatnya maka beliau menolak tawaran nabi SAW dan memilih utk bersolidariti bersama2 rakannya yg berada dlm jalan yg salah dan sesat hingga membawa kpd kerugian selama2nya diakhirat kerana berpegang kepada pegangan yg salah. Adalah tidak bijak kita terlibat dan menceburi sesuatu yg merugikan diri sendiri hanya kerana kita kecewa dgn sesuatu perkara atau semata2 utk bersolidariti untuk mempertahankan setia kawan yg boleh menjerumuskan kepada kebinasaan ! Ingatlah putus asa itu adalah sebahagian dpd sifat keji yg membawa kpd terputusnya rahmat Tuhan lalu menjerumuskan kita ke neraka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa pas nak layan kalau 2 orang ni hatinya berbelah bagi?? Nak lakukan sesuatu, hati kena tekad. Kalau ragu2, suruh 2 orang tu cakap awal2...kan senang. Bagi jawatan kt yg layak...ada ramai lg dlm pas. Kalau mahfuz kuat di pokok sena, pru 14 tanding bebas atau pasma. Salahuddin pegi tanding kt pontian. Habis cerita

      Delete
    2. Kelantan kalah dan jatuh kpd UMNO

      Delete
    3. Islam PAS yg kafirkan semua org kecuali org PAS walau penipu dan ta solat dan pengotor mcm d Kelantan

      Delete
    4. Islam PAS yg kafirkan semua org kecuali org PAS walau penipu dan ta solat dan pengotor mcm d Kelantan

      Delete
    5. Hadi yg penipu,kaki fitnah dan pembohong sama dgn status Nabi Ibrahim?

      Harun Din bomoh air jampi juga sama status dgn Nabi.Harun Din back door riba.

      Kalau air jampi dia betul,Rasulrullah dah jampi telaga zam-zam agar org Qurish sihat dan baik

      Delete
    6. 8.45, 8.48, 8.49, 8.54 kapir dap yang nak komen pasal orang islam. Hinanya perangai bangsa asing, agama lain bila cuba burukkan agama islam. Amat jarang umat islam kutuk kristian sembah tuhan beranak & diperanakkan, kutuk hindu & buddha sembah patung buatan sendiri.

      Delete
  8. ARKITEK YG MENJAHANAMKAN PAS SEBENARNYA IALAH ANWAR BIN IBRAHIM. DAP PULAK MENANGGUK DI AIR YG KERUH. BEBERAPA PENYOKONG SETIA ANWAR MASUK PAS LEPAS ANWAR DIPECAT. DARI SITULAH SEPARUH DARI PEMIMPIN PAS BERUBAH SEHINGGA MATLAMAT PAS MENUBUHKAN NEGARA ISLAM JADI NEGARA BERKEBAJIKAN. BAIK2 NAK LAKSANAKAN HUDUD, G18 NI SANGGUP KOMPROMI PERMINTAAN DAP. PERBINCANGAN DIADAKAN DI RUMAH KAMARUDDIN JAAFAR..AHLI PARLIMEN PAS TUMPAT, MACAI ANWAR. HALUS PERMAINAN ANWAR..TAKKAN G18 NAK JOIN PASMA? MANA ADA KELAS DUDUK BAWAH PAHROLRAZI. ANWAR HARAPKAN ADA SEGELINTIR YG MASUK PKR. BILA MASUK JE & SELEPAS PILIHANRAYA ADA NAMPAK KESAN KEMENANGAN CALON G18, PKR & DAP DAH TAK PERLUKAN PAS. BUAT MASA SEKARANG TAK TAU KEKUATAN PENGARUH G18...KENA TEST DULU. PANDAI ANWAR GUNA CARA HALUS. SAPA2 KALAH UJIAN PRU 14, SELAMAT TINGGAL. ITU CARA ANWAR..RAMAI PENYOKONG KUAT BLAH DARI PKR, MANA ANWAR AMBIL PEDULI. UCAP TERIMA KASIH PUN TAK. LAIN KALI BERHATI2 BILA BERKAWAN/KERJASAMA DGN ANWAR IBRAHIM.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ni sure ularmak pas atau pun CAI pas atau pun egen pil kuda,atau memang kau ejen umno atau kau ni penjilat atau kau ni kena liwat atau kau ni tukang jual air jampi sebab semua kau tahu,betul tak ,kesian kau dan takut dengan orang nak tubuh parti baru nanti kau tak dapat apa2 sebab Pas tak lama lagi akan terkubur.

      Delete
    2. NAK TAKUT BUAT APA? TAKDE KENA MENGENA. CUMA NAK SEDARKAN BETAPA MAJALNYA PAS SETELAH BERKAWAN DENGAN INDIVIDU BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM. NASIB BAIK HJ HADI SEDAR, WALAUPUN HAMPIR TERLAMBAT. KALAU TAK, HANYUT..LEPAS NI PANDAI-PANDAILAH G18 BAWAK DIRI, SARA ANAK BINI. NAK IKUT BONTOT ANWAR, NAK CIUM TANGAN ANAK BERANAK LIM...SILAKAN. HARAPAN BERTANDING ATAS TIKET PAS DAH LEBUR. TAKDIR DAH TENTUKAN SEGALANYA..

      Delete
    3. Nasib baik hadi ada ilmu pendinding diri dari di jubur oleh anuar aljuburi dari belakang tak mcm mat sabu yg mudah dibodohkan oleh aljuburi.ngeh3

      Delete
  9. Tuan Tanah pejam mata je sikap TGHHadi terhadap PR..mungkir janji, tidak hadir mesy. PR tapi bila di buat keputusan dgn kehadiran wakil PAS keputusan si cantas, bohong, merendah2kn ketua jemaah lain secara terbuka, kuku besi, mengutuk orang serta ahli secara terbuka, membuat tuduhan tanpa bukti @ fitnah.,biar ahli jemaah di tuduh pelbagai gelaran, biar pertanding jawatan parti cara kotor...ini ke Islam yg di bawa..? Tunjuk akhlak begini memang sape pun x hormat bukan DAP je, kecuali bagi yg ada kepentingan atau taat mmbabi buta....Tuan Tanah sebenarnya sikap Haji Hadi sendiri yg buat org Islam dan bukan Islam tak hormat.dan bukan Islam mnjauhkn diri....betulkan akhlak pemimpin dulu baru Tuan Tanah boleh cakap seperti di atas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesyuarat dengan kapir dap tak payah pergi pun takpe

      Delete
    2. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

      Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

      Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

      Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

      TULANG BADAK (TB)
      MURTABAK WAVES
      SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

      Delete
  10. hmm...ini semua gelagat menuju kebinasaan yg nyata, kemungkaran yg jelas dan kekafiran yg mengaibkan melayu! Pasti dan mmg pasti, hanya TSKI dgn Faekah dan Omakkau bersama dokongan UMNO dan PAS akkan kembali ke persada politik Selangor...tambah mulianya apabila istana menyenanginya...takbiiir, idup melayu...hehe

    ReplyDelete
  11. Amanat Haji Hadi itu berbunyi:
    Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
    Percayalah saudara-saudara sekelian,
    Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.

    Diharap omak kau siarkan amanat hadi untuk dikomen pembaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelebihan ayoh adi ping marang hanya kelua fatwa, label melabel (fitnah),dia juga kluk klek dan ponteng mesyuarat dan dengan veto dia ke jepung.

      Delete
  12. G18?? Banyak sangat NGO, persatuan bangang skrg ni. Ahli politik lebih hina dari peminta sedekah. Biar hidup sederhana drpd menipu untuk hidup

    ReplyDelete
  13. Eleeeh ada sekor dua pakai baju pasmacha bihon sop bila bikin komen maki ulamak sebab sore loser. Nepal pun tak lalu nak pakai baju jenama bihon sop

    Drp kao tulus banyak2 baik kao pi tadarus di bulan suci ini. Aku walaupun Keadilan aku tau jugak hukum. Diharap Meloyawaves hentikan fitnah Dan adu domba

    Lebai Jeff Ulu Bernam
    Madrasah Nahi Nepotism
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  14. Blah la jeff.Keadilamln konon.phui....

    ReplyDelete
  15. Apa yg pas takut sgt dgn G18 ni..aku pun hairan...kata pas dah kuat...patut xhairanla penubuhan parti2 jebon mcm ni..ni belum tubuh lg hadi dh bg amaran..ketaq lutut ka siku lutut.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa ni banyakkan zikir. Ini semua dunia. Orang yg baik2 macam TSKi kita boleh cerita. Kutuk2 Dan fitnah jgn sekali. Nak nepotism jgn harta Dan pangkat tapi DLM ilmu yg baik2.

      Diharap G18, hentikan kerja pelik2 Dan tak guna Dan mari kita meramaikan masjid.

      Tazkirah pendek dari rakan hangpa

      Lebai Jeff Ulu Bernam
      Madrasah Nahi Nepotism
      Reformist yg Originel

      Delete
    2. Xda modal lain ke jef...nepotisem nepotisem nepotisem... 1mdb baik la yer.baguih nye otak jef.kahkahkah

      Delete
    3. Eh ... tak kan tergugat kot. Tak kan kalau si juara gelar orang 'tolol, barua, jebon dan si perkasa lutut dan siku' rasa tergugat dengan G18 yang akan muncul.

      PAS kan sudah cukup kuat. Sanggup keseorangan.

      PAS kan tidak kisah kalau tidak menang Putrajaya.

      So ..?

      lu apa kisah ..? Kalau datang G18 ke, parti pundek ke apa ke ...

      Aku harap tak ada pemimpin PAS yang sudah melatah dan kepanasan dengan G18. Janganlah buat komen-komen melucah terlampau di merata-rata media social tentang G18. Jangan risau la .. PAS kan kuat ..?

      lu orang yang chai3 tu kan kuat. Apa la sangat kalau nak banding dengan jebon, barua, parasite dan segala bagai ...

      Tapi aku akan berikan undi aku pada G18 atau apa nama sahaja yang lain. Cuma tidak pada UMNO!!

      Apa ..? Tak sokong PAS masuk neraka ..? Siapa pula punya fatwa ..?

      Aku pengundi sah. orang muda. Aku akan salahkan UMNO kerana pemrintah yang gagal jalankan hukum hudud. Tapi untuk undi PAS yang sanggup fitnah rakan sendiri dalam parti .. no way!! Kecuali golongan pro ulamak atau chai tahi ayam mengaku keceluparan dan kesalaan mereka selama ini.

      Yup ... apa hal sangatlah dengan satu undi dari aku kan chai .. tapi kita tengoklah nanti kan .... berapa undi PAS akan hilang kerana siku dan lutut .. lalalalalalala

      Delete
  16. Omak kau, peranan G18 adalah memastikan umngok dan pas tak juai sentimeb agama dan bangsa.umngok dengan khalimah allahnya tapi kat borneo kecut teloq, begitu juga pasikulutot juai hudud.2x5 juai agama.

    ReplyDelete
  17. Tuan-tuan dan Puan-puan,

    Bukankah kita tinggal di sebuah negara yang mengamalkan demokrasi walaupun masih banyak mengamalkan dasar-dasar dan strategi komunis dalam amalan seharian..(contohnya media utama hanya menyiarkan berita yang ditokok tambah supaya kelihatan baik seperti keadaan ekonomi serta nilai RM yang merudum dikatakan masih teguh dsbnya, melancarkan propaganda bahawa setiap polisi kerajaan itu baik, contohnya cukai GST adalah baik untuk rakyat, menjalankan kempen supaya rakyat percaya MDB adalah baik untuk kesejahteraan Najib dan Jho Low, mendewa-dewakan pemimpin yang memegang kuasa....macam-macam lagilah jika nak disobut....

    Jadi dalam ruang demokrasi yang masih ada tersebut, apa salahnya jika kumpulan G18 ke atau Geng 08 dari Sentul atau Geng Mamak Tongkang Pecah Penang mari yang mahu menubuhkan parti baru. Jika Rani Kulup Pelir yang bercermin gelap sambil memakai beret merah mahu menubuhkan sebuah parti bagi mengampu telur Najib sekalipun, izinkanlah! Omak Kau tak perlu terclimax di bulan yang mulia ini (boleh batal puasa tau).....

    Dan siapa yang menaja samada China DAP atau pengimpot kurma Yussof Taiyyob bukanlah masalah kepada "Haji Hadi atau "Omak Kau"......tak perlu kecuh kerana itu hak mereka dan lagi mereka bukannya menceroboh kebahagian Tan Sri Khalid Ibrahim atau sesiapa pun.....

    Hormatilah hak orang lain. Ingatlah bahawa tiada mana-mana beruk Taliban atau mana-mana ustaz PAS yang menjadi pemegang kunci syurga.

    ReplyDelete
  18. sebelum pas nk perjuangkn islam..perjuangkn dulu akhlak pemimpin2 muda dlm pas. bersihkn pas dpd agen2 sb umno dulu..bersihkn maruah mereka yg dilabel mcm2... klu tidak maka biarla ģ18 nk baik dgn dap ke sapa ke..biarla nk tubuh parti baru ke. ug pas apa peduli. .

    asal kwn dap je dianggap diperkuda dap. apapun kebaikan dap buat tetap anggap ada agenda jahat. so klu umno pas nk lncar perang perkauman besar2an istihar je lah.

    klu dap bijak patut pas umno mesti 2x bijak. org bodoh je yg perintah sekian lama tp bangsa sendiri masih ketinggalan. masih takut kt cina yg tidak berkuasa.

    mulut ckp bela melayu lwn cina tp kat belakang merekalh yg sekongkol dgn cina jahat india jahat melayu jahat utk menekan rakyat melayu baik cina baik india baik.

    klu lah Nabi saw sgt perkauman smpai hari ini pun melayu masih sembah busut.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...