Monday 15 June 2015

CERAMAH OTAI REFORMIS TETAP BERSAMA MU GAGAL MENCAPAI MATLAMAT NIAT PENGANJUR.

Kehadiran lebih kurang 120 ke 130 orang malam tadi di Restoran Pak Amjal, Jalan Pantai Bahru, Kuala Lumpur ... majoritinya adalah anggota PKR.

Walaupun dijaja dan dicangkan kononnya yang bakal mengisi program ini terdiri dari Ustaz Ahmad Awang, Mat Sabu, Husam Musa, Dr Dzulkefli, Hanipa Maidin, Dr Hatta, DS Nizar Jamaluddin, Dr Mujahid, Salahuddin Ayub dan YB Dato' Mahfuz Omar namun yang kelihatan ialah Mat Sabu, Dr Hatta, Khalid Samad selain Dr Mariah Mahmud, Saari Sungib, ADUN Morib YB Hasnul dan anak Almarhum Ustaz Fadhil Noor.

Nampak sangat penganjur ceramah malam tadi dilihat cuba mengambil kesempatan dengan menangguk di air yang keruh untuk mengwujudkan suatu suasana kononnya PAS kini sedang menuju perpecahan dan mereka yang dipaparkan pada iklan untuk mengamit rakyat hadir sebagai bakal meninggalkan perjuangan PAS yang sudah sekian lama mereka dakapi.

Tidak dinafikan para bekas pemimpin tertinggi PAS yang tewas itu ada sedikit rasa hampa dan kecewa dengan keputusan Pemilihan Muktamar ke-61 yang lalu apabila kes Pro Hadi Awang sapu bersih semua jawatan, namun tidak pula kedengaran yang mereka sepakat seiya sekata mau meninggalkan PAS.

Dari ucapan-ucapan yang disampaikan bolehlah ditafsirkan matlamat dan tujuan mereka kekal berpolitik hanya satu iaitu untuk menumbangkan UMNO/BN ... langsung tidak menyerang atau memburuk-burukan pemimpin PAS yang sedia ada terutamanya Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang.

Boleh dikatakan ceramah malam tadi dikatakan gagal .. gagal untuk memikat rakyat datang secara berbondong ... gagal untuk mengamit ahli-ahli PAS hadir walaupun  barisan penceramahnya terdiri dari bekas pemimpin-pemimpin tinggi PAS ... dan paling ulungnya gagal untuk menghasut para bekas pemimpin PAS membuat suatu pengisytihatran akan meninggal PAS untuk masuk atau sama-sama menubuh parti alternatif PAS yang baru selepas Aidil Fitri, seperti dicanangkan PasMa baru-baru ini.

22 comments:

  1. Says hadir. Syoru buat2 basuh tangan blahhh

    Jeff Ulu Bernam

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang... "MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal. "Jika kita tersilap langkah, ia akan memberikan nyawa kepada Umno.

      Delete
    2. kasihan OMAK KAU ,lama2 aku perhatikan blog omak kau ni dh jd mcm bekas timbalan pas si nasa aje.tak terima kekalahan,org yg kalah x berapa kisah,dia sebagai penyokong yg kalah meroyan sampai sekarang.kasihan2.tak dpt perojek ke jd meroyan sampai sekarang.

      Delete
  2. Pilihanraya masih jauh lagi. Dan pengundi tidak pasti sama ada otai itu masih mahu bertanding lagi atau mahu bersara terus.

    Oleh kerana itu hanya orang dekat saja yang datang dengar keluh kesah otai kalah perang.

    Penyokong tidak perlu berduyun hadir dalam suasana yang sempit. Cukup hebahan yang dilakukan oleh Omakkau.....mereka sudah terima maklumat. Sokong dari jauh.

    Tak timbul soal PAS nak pecah berderai... Orang berpolitik akan sentiasa mencari kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan mereka. Pro ulamak juga lakukan pekara sama sebelum menang pemilihan dalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang... "MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal. "Jika kita tersilap langkah, ia akan memberikan nyawa kepada Umno.

      Delete
  3. BUAT SENARAI CAI ADALAH HAK ASASI MANUSIA

    YANG KALAH TU TUBUH PARTI BARU ARRRR

    PARTI BARUA

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  4. Ingat ada makan kot sebab itu diaorang datang perangai sama apek dap, mca dan gerakan sediakan makan dia orang datang tapi kerana makan bukanya kerana sokong mca dan gerakan itu , yg datang tapi tak sokong pun pasma tin biskut itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. APA plakkk. Aku hadir syoru free.

      Jeff Ulu Bernam

      Delete
    2. "Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang... "MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal. "Jika kita tersilap langkah, ia akan memberikan nyawa kepada Umno.

      Delete
  5. betul oamak kau kata.tak hebat smbutanya ,tetapi kalau khaldi ibrahim sudah pasti smbutan akan jadi luar biasa.luar biasa yang macaman aku pun tak tahu,yang tahu adalah Oamak kau,.cuba tanya dia,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul pasmacha Jadi bodos sebab overdose bihon sop

      Delete
    2. "Tak kira apa gerakan kita selepas ini, sama ada melalui NGO atau parti politik, jangan biarkan Umno (dan) BN terus memerintah selepas pilihan raya umum akan datang... "MCA hampir terkubur, Gerakan kuburnya tiada bernisan, dan kita tidak tahu ke mana MIC akan pergi; hanya Umno yang tinggal. "Jika kita tersilap langkah, ia akan memberikan nyawa kepada Umno.

      Delete
    3. nak tumbangkan umno konon....kah kah kah ....kelakor betul la....kalo kail panjang sejengkal takyah nak berumah ditepi pantai la woiii... biol...pr sendiri dah nak terkubur... ada hati nak memerintah 1malay...angan2 mat jenin la tu....hampeh, macam pampers...
      p/s: bn bukan kuat tapi pr yg lemah, asyik bercakaran, menjadikan rakyat takut nak beri kepercayaan....

      Delete
  6. PADAN MUKA. DAH KALAH BUAT CARA KALAH. TAK PAYAH MENAGIH SIMPATI OR SENGAJA NK TUNJUK SEBENARNYA SOKONGAN BANYAK. PADAHAL KOSONG!

    http://bankami.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ELOK LA LETAK JAWATAN..
      BUAT HAPA NAK TERUS JADI BARUA ULARMAK

      Delete
  7. Hahaha....
    Omak kau ada gi ke?????
    Sy pun harap omak kau boleh mewakili wanita pd pru 14 nanti sebab nak tahu adakah omak kau berceramah sehebat apa yg di penakan kat blog ni!
    Kalah menang rakyat sdr yg tanggung bukannya umno mahu pun party lain kerana rakyat mengharapkan perubahan demi kebajikan rakyat bukan kebajikan si berkuasa.

    ReplyDelete
  8. Kita akan buktikan dalam pru akan datang.cina india melayu akan angkat otai dan kami warga malaysia akan hambat PAS duduk kampung.pkr dan dap serta komponen parti dalam pakatan sedang hambat PASCHAI keluar dari pakatan.ketua pakatan sudah mula gerak kerja untuk kukuhkan pakatan sebelum pru akan datang.kita tengok siapa yg akan jilat kahak hijau dia balik dan buat muka kasihan melutut dekat BN kahkahkah. Lagi mahu cakap besar tinggi angkuh dan ego puak ularmak.

    ReplyDelete
  9. Mazlan aliman letak jawatan.kahkahkah.memangelok pun dari jadi barua ularmak munafik.orang yg bertungkus lumus perjuangkan hak peneroka dalam felda pun kena label jebon anwarinas dap dan sbg nya kahkahkah.ularmak PASUG ulamak siku lutut bukan ulama.

    ReplyDelete
  10. Lepas ni kalu ada isu felda, panggil ulamak. Ada isu alam sekitar, panggil ulamak. Ada isu setinggan kena roboh, panggil ulamak. Ada isu tol, panggil ulamak. Ada isu rasuah, panggil ulamak. Ada isu tabung haji, kwsp, panggil ulamak. Ada isu minyak naik rega, panggil hadi. Ada isu PTPTN panggil nik abdoh.

    Kita orang ikut belakang aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok je panggil ulamak tiada masalah pun.
      Sebelum anwaris ulamak juga memainkan peranan. Bukan semua golongan professional anwaris.
      Mat sabu n the geng udah lama di nyah pedulikan oleh akar umbi pas. Depa tak pi ceramah atau demo atau apa2 majlis anjuran mat sabun n the geng.
      Tak caya tanya ketum, bertapa sedikitnya orang menghadiri ceramah ketum bila akar umbi pas boikot.
      Pasma nak follow dpd belakang cam abdullah bin ubay di madinah ke?, no problem follow lah dpd belakang.

      Delete
  11. PAS memang sedang huru hara.PJ kedah pun baru tolak pelantikan.tahniah.

    ReplyDelete
  12. hahahaha.....

    yang ni geng sarban lilit ular sawa buat ceramah, lebih 2 juta hadhir...pecah padang dibuatnya:

    "Sementara itu di Seremban malam tadi, ceramah yang disampaikan oleh Naib presiden PAS yang baru, Ustaz Idris Ahmad bersama-sama PJ Negeri Sembilan yang barum begitu lengang dan hanya dihadiri oleh tidak sampai 20 orang pendengar. "



    Demikianlah, bahananya apabila kumpulan profesional "disingkirkan" umpama pembersihan etnik Rohingya oleh golongan ulama yang gila kuasa dan gila jawatan dalam parti.

    Hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Para ulama kini sedang mengkuburkan PAS dari persada pilitik tanahair!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...