Awal pagi ini Sabah dikejutkan dengan suatu gegaran berukuran 6.0 skala rikter... tiada lagi amaran tsunami dikeluarkan.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional, gempa bumi sederhana berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan kebanyakan tempat di Ranau, Keningau, Kota Belud, Inanam, Likas, Kinarut, Penampang dan Kota Kinabalu.
Majoriti pengguna media sosial melahirkan rasa terkejut ekoran kejadian tersebut.
Gegaran itu juga mengakibatkan kerosakan pada premis-premis perniagaan, yang dikatakan paling teruk terjejas.
Foto tingkap yang pecah diviralkan melalui Whatsapp, menunjukkan apa yang dikatakan di Bank Simpanan Nasional (BSN) di Ranau.
Sesetengah pengguna sosial menyalahkan tindakan pelancong yang berbogel di Gunung Kinabalu baru-baru ini dengan mendakwa perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan para dewa gunung.
Gunung Kinabalu, sebahagian daripada Tapak Warisan Dunia, dianggap suci oleh penduduk tempatan, sebahagian daripada mereka menganggap ia tempat peristirahatan terakhir nenek moyang mereka.
Masyarakat Dusun tempatan masih mengadakan ritual tahunan untuk menenangkan roh-roh dan meminta kebenaran untuk keselamatan pendaki mereka.
Taklah heran mengenai perkara ini. Bos aku dulu pernah berkata setiap minit gempa bumi berlaku berkali-kali. Itulah yang direkodkan oleh pakar seluruh dunia baik US, UK, China, Jepun mahu pun negara lain seperti Australia. Cuma orang gila je kata negara kita jauh dari bencanaalam. Ini amaran dan kemarahan. Semenanung hanya tunggu masa saja. Kalau boleh biorle kat pantai barat. Baru happening!!!
ReplyDeleteDewa apa,bala dari allah swt.tapi manusia mana pernah berfikir
ReplyDeleteDewa apa,bala dari allah swt.tapi manusia mana pernah berfikir
ReplyDeleteSELAMAT DATANG KIAMAT..... SELAMAT TINGGAL DUNIA......
ReplyDeleteBala dari allah sebab mebenarkan orang putih bogel di gunung itu, bukan sebab dewa gunung itu
ReplyDelete