Friday 5 June 2015

INI APA KES!!!!! ... INGATKAN ISU INI SUDAH MENJADI SEJARAH APABILA AZMIN ALI MENJADI MB SELANGOR???????



PETALING JAYA: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) memaklumkan bekalan air di Lembah Klang kembali kritikal.

Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat SYABAS, Priscilla Alfred berkata, rizab air bersih sehingga bulan ini, berada di bawah paras satu peratus.


Jelasnya, rizab air bersih itu menjadi negatif semasa permintaan pada waktu puncak.


Disebabkan masalah itu, banyak kawasan terutama di Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air sama ada terputus bekalan dan tekanan rendah.


Katanya, keadaan kritikal itu disebabkan pembinaan Loji Rawatan Langat 2 belum siap (belum bermula) manakala pembesaran loji rawatan air dan lain-lain program dilaksanakan pada skala kecil sahaja.


“Banyak cadangan SYABAS tidak diluluskan kerana ‘tunggu penstrukturan semula’ selesai,” katanya menerusi iklan dua muka surat di akhbar Utusan Malaysia pada Jumaat.


Advertorial bertajuk Kemelut Air Selangor: Bilakah Akan Berakhir menerangkan secara terperinci masalah air di Lembah Klang.


Artikel berkenaan meletakkan kesalahan di atas bahu Kerajaan Selangor kerana sehingga kini masih gagal menyelesaikan penstrukturan semula air yang diusahakan mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak lapan tahun lalu.


Priscilla berkata, gangguan bekalan air dijangka lebih kerap berlaku dan lebih buruk berbanding 2014 yang mana catuan air telah dilakukan.


Pada masa sekarang, kapasiti air bersih yang mampu dibekalkan sebanyak 4,686 juta liter sehari (JLH) dan permintaan pula 4,640 JLH.


Baru-baru ini, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali memberi jaminan penstrukturan semula air akan selesai sebelum sambutan Ramadan.


Bagaimanapun ia dijangka akan tertangguh lagi kerana kerajaan Selangor dan Persekutuan masih gagal mencapai kata sepakat dalam menyelesai isu-isu tertangguh.


Katanya, selagi penjanjian pengambil alihan industri air oleh kerajaan Selangor belum selesai, projek-projek seperti penggantian paip lama, naik taraf kemudahan sistem bekalan air terawat dan program mengurangkan air tidak berhasil (NRW) tidak dapat dilaksanakan.


Ia akan memberi impak sekaligus mengancam pembangunan ekonomi kerana 1,038 pembangunan baharu (setakat April 2015) seperti perumahan, industri perkilangan dan projek-projek mega tidak dapat dilaksanakan.

8 comments:

  1. ingatkan OK ni cerdik sangat rupanya lebih kurang spiceis umno gak, itu pun tak faham yang ianya permainan kotor umno... bangang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sapa-sapa nak berak rumah takda air pegi tumpang rumah azmin.

      Delete
  2. Omak kau jangan jadi munafik la,ang dok selangor gak kan?berapa kali setahun air xde kat umah.kt phg nun berpuluh tahun kes air x pernah selesai..ngeh3

    ReplyDelete
  3. Saya duk kat Selangor dan dekat gan hulu langat. kalau terpaksa guna air longkang pun akan terus sokong PAKATAN. isu air hanya permainan politik polemik kerajaan pusat rakus yang tak mendahulukan kehidupan rakyat. pi mampus dengan BeNd.

    ReplyDelete
    Replies
    1. korang minum air longkang itu ia pkr, jika tak air aku akan pergi kerumah azmin itu mandi kolam renang dia ia dan suruh orang gaji mb buat air oren dekat aku ini ia, buat apa aku bayar bil jika tak ada air jadi azmin kena sedia apa di minta ia.

      Delete
  4. ini blogger masih lagi berhayal dengan ts khalid ibrahim tu, bodoh punya omak kau

    ReplyDelete
  5. rumah aazmin kan ada, jika tak ada air minta je mandi di kolam renang rumah mb itu

    ReplyDelete
  6. Jgn gelabah Omak, tak lama lagi TSKI akan kembali jadi MB bersama Faekah dan Omak. UMNO dan PAS sedia mendokong....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...