Monday, 1 June 2015
ISU MAT SABU SINDIR HADI ... MAT SABU MAU SAMAN MALU BERNAMA, UTUSAN DAN SINAR HARIAN KERANA PUTAR BELITKAN UCAPANNYA.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedang mempertimbangkan menyaman agensi berita nasional Bernama, akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian kerana memutar belit ucapannya di Tumpat, Kelantan Jumaat lalu.
Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata, laporan Bernama dengan tajuk asal "Mat Sabu sindir Abdul Hadi kononnnya hebat tapi gagal tawan Terengganu", yang disiarkan Utusan Malaysia dan Sinar Harian, adalah berniat jahat dan bertujuan memburukkan imejnya serta memecahbelahkan PAS menjelang muktamar pada minggu ini.
“Saya cabar mereka keluarkan transkrip penuh ucapan saya.
“Apa yang saya maksudkan adalah betapa pentingnya PAS untuk berada dalam gabungan politik untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN),” kata Mat Sabu dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini.
Semalam, kedua-dua Utusan Malaysia dan Sinar Harian menyiarkan berita tersebut di muka hadapan akhbar mereka.
Laporan tersebut mengatakan krisis dua pucuk pimpinan utama PAS dilihat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu awal Jun ini, dan Mat Sabu semakin lantang mengkritik kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mat Sabu berkata beliau tidak pernah menyindir Hadi dan kedudukan PAS pada hari ini adalah hasil daripada “ijtihad” politik yang dilakukan bekas presiden Datuk Fadzil Noor untuk membela Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat pada 1998.
“Sekuat-kuat PAS yang ceramahnya mendapat sambutan begitu hebat, pernah berlaku di Jerai pada 1986 selepas berlakunya tragedi berdarah Memali, kehadiran ceramah puluhan ribu hadirin, tapi bila datang pilihan raya, hanya menang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Ini kerana orang Cina dan India masih belum sudi mengundi PAS,” katanya.
Sebaliknya, Mat Sabu berkata pada pilihan raya umum 1990, PAS berjaya menawan Kelantan apabila berpakat dengan Parti Melayu Semangat 46.
“Pada 2008, apabila PAS berpakat dengan PKR, DAP dan disokong badan bukan kerajaan (NGO), negeri Kedah dapat ditawan di bawah pimpinan Tan Sri Azizan Razak.
“Maksudnya, sehebat-sehebat orang seperti Fadzil Noor, jika PAS bergerak sendirian, negeri Kedah masih belum dapat ditawan,” kata Mat Sabu yang bakal dicabar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam muktamar PAS minggu ini.
Mat Sabu berkata, beliau seringkali bercakap mengenai isu ini dalam ucapannya secara terbuka dan tertutup, dan kebanyakan pemimpin dan ahli PAS sudah mengetahui pendiriannya tentang pentingnya hubungan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Pemilihan PAS dalam muktamar minggu ini bakal menentukan sama ada parti Islam itu akan terus bersama PR atau tidak.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini berkata, tiada seorang pun perwakilan membawa usul keluar PR.
Mustafa berkata ia sekaligus menamatkan spekulasi mengatakan parti Islam itu akan keluar daripada PR.
"Muktamar itu sendiri dari segi prosesnya tidak mungkin akan mengambil keputusan keluar PR sebab tidak ada usul yang kita terima meminta PAS keluar daripada PR.
"Tidak ada yang menyebut PAS keluar dari PR dan tidak ada ruang menyebut bahawa PR akan pecah dengan apa yang berlaku pada muktamar ini," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur, hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
Mat sabu ni sengaja cari alasan kekalahan pemilihan nanti..kalau org tanya nape kalah, ckp je akhbar fitnah. Taktik cari simpati..hatta ramli dah bakar kereta sendiri. Yg lain sekadar ckp ucapan diputar belit. Tak berani nak bakar kereta & rumah sendiri.
ReplyDeleteMALAYSIAKINI LIDAH RASMI GOLONGAN LIBERAL PRO DAP PUN LAPORKAN BENDA YG SAMA..MAT SABU PERLI HADI...NAPE TAK SAMAN SEKALI?? TAKUT KE?? TERINGAT MAT SABU SANGGUP BELI BATU BATA HARGA RM1000 SEBIJIK (SIMBOLIK) UTK BIAYAI KOS BINA BANGUNAN MALAYSIAKINI..KONONNYA MALAYSIAKINI BERETIKA, KELUAR BERITA TEPAT SAJE. SKRG DAH KENA BATANG HIDUNG SENDIRI...SAMAN LA MAT SABU OIIII
DeleteKalau dah semua akbar kata macam itu tak ia menipu kot, aku yakin mat sabu salah mat sabu malu sebab dia sendiri tak betul, di makamah nanti dia orang akan keluarkan ucapan rakaman itu yg malu nanti siapa mat sabu juga , bagi aku peguam hanya nak kan duit mat sabu je, kalah menang pun mat sabu kena bayar peguam itu, kalau peguam baik akan nasihat mat sabu di tak menang jika mereka keluarkan rakaman ucapan mat sabu itu, penguam jahat dia akan cakap teruskan saman walau pun dia tahu dia kalah sebab kalah pun dapat duit, yg untung siapa syatikat guaman dap ,dap juga terpaksa negeri pulau penang bayar guna duit rakyat peguam itu
ReplyDeleteTOLONG TANYA MAT SABU SAPE CURI DUIT TABUNG MEMALI??
ReplyDeleteKAH KAH KAH
JANGAN BUAT LUPA PULAK
KAH KAH KAH
Tolong tanya tun keling siapa arahkan pembunuhan beramai-ramai Kat kampung memali..KAH KAH KAH...
ReplyDeleteTerbaik. Macai kena tahu ya
DeleteHoi aku tahulah gelaran Macai tu utk umno tp jgnlah war2 kan. Malu aku
DeleteDia bagi komen, dia jawab komen. Ini standard macai pasma baru nak belajar.
DeleteTak pernah dengar pun ceritayang kena tangkap dalam kes Memali dibicara. Dengan orang kampong guna kereta perisai, dan senjata berat. Kena dengan orang Sulu padan muka lu wa cakap ada yang kena sembelih. Nasib baik ada jet pejuang TUDM, kalau tidak sampai tahun depan pun takleh buat ape!!
DeleteHairan dgn mat sabu ni ................... dolu2 dia selalu 'menjubori' anwar dgn gelaran sheikh anwar aljubori dlm ceramah dia tetapi akhir2 ni dia pulak 'terjubor' dgn pemikiran sheikh anwar aljubori dan macai2 pkr yg lain .............. hati manusia ni sentiasa berbolak balik ............. apabila diuji sikit oleh tuhan dgn peluang keduniaan dan kekuasaan manusia mula gelojoh utk mendapatkannya hingga lupa batasan hala haram dan hukum tuhan diketepikan ............... sesungguhnya ramai manusia mengaku beriman tapi apabila diberi sedikit ujian ternyata manusia bertindak sebaliknya !
ReplyDeleteApa nak di hairankan..kalau nuar tak menjubur tentu mat sabu tak gelar dia sheikh aljuburi.
DeleteMat Sabu mulutnya mengalahkan kaum perempuan,setiap ceramah kalau tak mengumpat tak sah. Rosmah adalah nama yang sering jadi umpatannya.
ReplyDeleteumno tak pernah buat salah di bumi malaysia ni hatta menghilangkan 24 bilion, utusan TV3 dan media yang sewaktu dengannya tetap mempertahankan tuannya walau begitu jengkel hodoh dan buruk sekali perlakuan dan tindakan tuan2nya dalam mengurus negara....
ReplyDelete