Tuesday 2 June 2015

ISU NAJIB BERI KATA DUA KEPADA ANGGOTA KABINET LETAK JAWATAN JIKA TIDAK SOKONG PLAN PEMULIHAN 1MDB .. IDRIS JUSOH KANTOIKAN NAZRI AZIZ.



Datuk Seri Idris Jusoh mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi kata dua kepada anggota Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletak jawatan.

Menteri Pendidikan II itu berkata, Najib memberi kata dua itu dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu, seperti yang telah dilaporkan media.

Idris berkata, beliau telah menyatakan sokongan terhadap Najib bagi memulihkan 1MDB yang dikecam hebat ekoran masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat pelaburan milik negara.

“Saya hadir pada mesyuarat kabinet itu. Sebagai ahli Kabinet kita akur dengan keputusan yang dibuat,” katanya ringkas selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada Selasa.

Sebelum ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Najib menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Akhbar itu yang memetik sumber berkata, Najib telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB supaya meletak jawatan tetapi tiada seorang pun Menteri Kabinet yang menyatakan tidak bersamanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini lantang mengkritik 1MDB tidak hadir mesyuarat itu kerana berada di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga tidak hadir.

Semalam ini kenyataan Nazri Aziz yang mengaku dirinya sebagai pemimpin yang sombong menmgenai isu ini.

Menteri Kanan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memberi kata dua kepada anggota kabinet berhubung isu 1MDB.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau berkata suasana mesyuarat kabinet itu juga tidak tegang.

Katanya, perdana menteri hanya memberitahu mereka tentang perlunya mereka bersama dan apa juga keputusan mestilah dalam satu suara.

Perdana menteri, katanya, menegaskan sekiranya ada menteri yang tidak selesa dengan isu 1MDB, mereka boleh menghantar surat (peletakan jawatan) dan beliau memahaminya.

Nazri yang juga menteri pelancong dan kebudayaan berkata, tidak ada menteri yang membantah, termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Jadi siapa yang menipu???????

13 comments:

  1. Semua penipu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua geng penyamun tarbus

      Delete
    2. Sana Tipu. Sini Tipu
      1MDB = 1 Menipu Dua Bahlul
      GST = Gumok Sampe Tua
      1 Singapore Dollar = 2.70 Ringgit Malaysia
      PAP- Pandai
      UMNO - Pandir

      Delete
    3. Semua sampah

      Delete
    4. Hahaha......
      Tipu itu benar benar itu tipu jadi tipu benar sama juga satu pembohongan. Rakyat gembira tak????

      Delete
  2. NAJIB SURUH MENTERI LETAK JAWATAN??

    KAH KAH KAH

    NAJIB SENDIRI TAKUT LETAK JAWATAN NAK SURUH ORANG

    KAH KAH KAH

    SEBAGAI KETUA NAJIB LETAK JAWATAN DULU LA

    BARU ANAK BUAH IKUT LETAK JAWATAN

    KAH KAH KAH

    SENDIRI TAKUT MAU SURUH ORANG KA DEY TAMBI

    PORRRAAAAHHHHHHH

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  3. Kah..kah..kah..copy right n control dari tukar tiub..geng liberal..jahil agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul pun najib takut letak jawatan.
      Tak percaya?
      Tanya kat tun madey

      Delete
    2. Sama sja dgn pas ug

      Delete
  4. Semua menteri SAMPAH!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlm satu cerita ingris tajuk apa entah, satu kapal dr nakhoda sampai kelasi dia semua lanun.

      Delete
  5. Najib macam Kim Jong Un
    BN seperti Korea Utara
    Media berita Malaysia kalau berita luar negara gelarkan negara kongres sebagai parlimen seperti Filipina,Mexico,Brazil,Argentina dan negara Amerika Tengah,Latin dan Selatan dan gelarkan negara yang ada Jabatan & Setiausaha sebagai Kementerian & Menteri
    Kita dah kena tipu oleh Najib & BN yang zalim
    Dia ingat media berita Malaysia kalau berita luar negara ni betul sangat ke??!! Tipu belaka!!!!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...