Thursday 18 June 2015

KEMANA MENGHILANGNYA PARA PEJUANG REFORMASI KETIKA ANWAR IBRAHIM HADIR DI WISMA MARAN PAGI INI UNTUK BERI KETERANGAN KEPADA LEMBAGA TATATERTIB PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA (ASDB)



Mana perginya suara lantang garang sembang kencang betapa seorang Anwar di penjara ratusan ribu Anwar akan bangkit????? ... MANA PERGINYA????

Akhirnya secara realiti dan hakikat apabila Anwar disumbat kedalam penjara, yang betul-betul ambil berat dan bersusah payah ialah kaum keluarga dan anak bini juga... Inilah yang terjadi pagi ini  .. hanya Kak Wan anak beranak sahaja selain barisan peguam yang sambut kemunculan Anwar Ibrahim di Wisma Maran.

Suara-suara garang yang dikatakan mampu goncang Gunung Kinabalu itu hanya retorik sembang kencang tapi habuk pun tak lekat.

Nak bergantung harap dengan anggota AMK sudah tidak boleh lagi kerana AMK sekarang bukannya seperti yang dulu.

Tahun 1998 dulu apabila mendapat khabar yang Anwar Ibrahim akan berada di Mahkamah atau Hospital atau dimana jua pasti para pendokong dan penyokong terutamanya dari kelompok AMK akan turun beramai-ramai memberikan sokongan moral.

Kini suasana dan pemandangan itu sudah lesap .. semangat juang sudah dilihat sebagai kendur dan luntur walaupun belum berkubur.


Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan memberi keterangan kepada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara (ASDB) hari ini terhadap peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah atas dakwaan salah laku.

Peguam Anwar Sivarasa Rasiah mengesahkan bahawa Ketua Umum PKR itu dijadual memberi keterangan hari ini, tetapi bantahan awal yang dibuat oleh Shafee terhadap salah seorang ahli panel ASDB, perlu didengar terlebih dahulu.

"Isu itu perlu diselesaikan sebelum Anwar boleh memberi keterangan di prosiding itu, di mana kita mungkin membantah terhadap bantahan awal Shafee itu," kata Sivarasa.

Beliau berkata aduan terhadap Shafee ialah bertindak dalam konflik kepentingan dan pelanggaran peraturan etika dalam menerima pelantikan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menjadi timbalan pendakwa raya dan menjalankan pendakwaan dalam perbicaraan Liwat II bagi pihak pendakwa di Mahkamah Rayuan dan di Mahkamah Persekutuan.

"Aduan itu difailkan oleh Anwar tahun lepas," kata Sivarasa

Shafee juga bertindak bagi beberapa ahli politik yang berkaitan dengan Umno dan BN dalam saman yang difailkan oleh Anwar dan antara mereka ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin; Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S Nallakaruppan.

Prosiding ASDB, seperti yang dijalan terhadap peguam kanan Datuk Cecil Abraham dan anaknya Sunil Abraham, akan dijalankan secara tertutup, di hadapan panel tiga anggota lembaga.

Shafee, 63, yang juga pengerusi suruhanjaya antara kerajaan Asean mengenai hak asasi Manusia, menjadi tumpuan sekali lagi selepas peguam kanan Tommy Thomas dan Mahkamah bekas Hakim Mahkmah Rayuan, VC George, membentangkan usul terhadapnya kerana perilakunya semasa melakukan jelajah selepas keputusan kes Liwat II.

Usul itu dijadual didengar sebelum mesyuarat agung tahunan (AGM)  Badan Peguam Malaysia, tetapi Shafee memfailkan saman terhadap Tommy, George dan Bar Malaysia dan memperolehi injunksi sehari sebelum AGM, untuk menghalang usul itu dibentangkan dan dibincangkan.

Kes itu kini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan Hakim Datuk Asmabi Mohamad akan membuat keputusan pada 23 Jun ini sama ada untuk membenarkan permohonan Majlis Peguam dan Tommy dan George untuk membatalkan saman Shafee itu atau memberikan injunksi inter-parte terhadap pihak-pihak yang dinamakan oleh Shafee.

13 comments:

  1. Setiap perjuangan yang di wujudkan oleh manusia tidak akan kekal kerana manusia kepenatan juga akhirnya. Komunis, socialist, perjuangan bangsa dan bermacam2 lagi dalam dunia ini juga luntur. Tapi percaya lah bahawa hanya satu perjuangan yang akan kekal selamanya selagi ada langit dan bumi. Perjuangan untuk Islam. Will be here forever

    ReplyDelete
  2. itu menunjukkan kote bengkok anwar sudah tidak berharga lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kalau jual satu sen pun tak laku.

      Delete
  3. bagus la ...tidakkah kamu dikhabarkan kisah kaum Nabi Luth a.s...biarkan anwar menanggung atas apa yg telah dikerjakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut puasa.
      tangan sambung fitnah.

      Delete
  4. Kipidap OmakUmno....

    ReplyDelete
  5. Gara2 kajang move. PR hancur....anwar orang buat2 tak kenal.

    ReplyDelete
  6. Kitika anuar dibebaskan walau pun bergelar bekas banduan dia tetap ada pendirian biar dimata manusia dihina tapi siapa tahu disisi Allah dia adalah manusia yang mulia dengan perjuangan membasmi rasuah dan kezaliman pemerentah yang diluar fitrah hidup seorang muslim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap montot jer tulis pemerintah diluar fitrah hidup....yg main montot sedang lepaj kat sg buloh tu dijalan fitrah ke.....montot tu la ko nih.....montot..oo montot...

      Delete
  7. AMK tengah syok main "dam aji" kat selangor sambil menghirup white coffee.....Anwar????
    Siapa tu Anwar???? Pegi mampos la itu orang..

    ReplyDelete
  8. OMAKKAU tak payahlah anda menjadi batu api kepada Keadilan Rakyat...setiap kali isue yg boleh menjatuhkan PKR kamulah championnya.....kami tahu sangat kamu sudah jatuh cinta dengan TSKI yg Pro UMNO tu sekarang pun UMNO sudah dapat menarik PAS menjadi sekutu....
    Apa guna rakyat yg bersimpati dgn DSAI datang berhimpun beramai-ramai kemahkamah yang keputusannya sudah lama diputuskan ...anda melihat anda mendengar akan kebenaran ini tak payahlah anda meletakan garam lagi diluka yg telah parah...
    Kami sedang menunggu PRU14 untuk kami kuburkan semua manusia, muka2 berpura2 menyokong......sedangkan hati rindukan belaian harimau, belaian projek, belaian kereta mewah...............ingat ALLAH SWT MAHA MENGETAHUI...

    ReplyDelete
  9. Apa guna keluarga nepotisma itu lagi dalam malaysia ini, rakyat sudah menbenci nya perbuatanya, malah ahli parti menbenci nya, sudah tibi masa kita tukar presiden pkr, jom kita tukar


    Yg benar juctice for papa

    ReplyDelete
  10. 1998, yang berarak kami iaitu ahli pas yang digembelingkan oleh presiden kami.
    AMK belum wujud pkr belum wujud dap tidak ikut Sama. Balasanya pkr kv dgn dap belasah presiden, msu day akar umbi pas.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...