Friday 12 June 2015

KES SEPASANG SUAMI ISTERI BUNUH DAN SIMEN ANAK .... SUSPEK DIKATAKAN MENGHIDAP "SINDROM DIDERA SUAMI"



Mahkamah Majistret Jenayah Selayang hari ini mengarahkan wanita yang terlibat dalam kes penemuan mayat seorang budak lelaki yang ditanam di sebuah dapur rumah di Tamah Usaha Jaya, Kepong untuk menjalani pemeriksaan psikiatri sebelum prosiding mahkamah diteruskan.

Tan Boa Jia, 33, dituduh atas kesalahan melupuskan barang kes dengan cara menanam mayat mangsa bagi melindungi suaminya Loo Chon Weng, juga 33, daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Jika disabitkan kesalahan, Boa Jia boleh dihukum di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan iaitu hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Sebelum prosiding mahkamah bermula, peguam bela bagi pihak Boa Jia, Kitson Foong menyatakan beliau akan menghantar dokumen kepada pihak mahkamah bagi membenarkan anak guamnya menjalani pemeriksaan psikiatri bagi membuktikan dia mengalami "battered wife syndrom" (sindrom didera suami).

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri membenarkan sebutan semula kes Boa Jia dan akan dibicarakan pada 10 Julai.

Manakala bagi si suami, Chon Weng dituduh membunuh anaknya, Evan Loo Yong Shen, 9, pada kira-kira jam 2 petang di rumahnya pada 29 Mei lalu.

Jika Chon Weng disabitkan kesalahan membunuh anak ketiganya itu, dia boleh dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nurul Izzah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy untuk membuat sebutan semula perbicaraan Chon Weng diadakan pada 6 Ogos atas sebab pengumpulan maklumat daripada pihak forensik.

Pada 30 Mei lalu, polis telah memberkas Chon Weng di sebuah restoran di Keningau, Sabah sementara isterinya diberkas keesokan harinya di Penampang.

Penahanan tersebut dibuat berikutan penemuan mayat yang dibungkus dengan plastik putih dan ditanam di bawah lantai dapur sebuah rumah teres di taman perumahan tersebut yang disimen.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak lelaki tersebut berusia sekitar lapan hingga 10 tahun dan sudah meninggal dunia kira-kira dua bulan.

Kanak-kanak tersebut dipercayai merupakan anak kepada pasangan suami isteri itu.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...