Sunday 14 June 2015

LAGI BERITA GEMBIRA SEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN ... PTPTN AKAN SENARAIKAN LEBIH 130,000 PEMINJAM KEDALAM SISTEM MAKLUMAT RUJUKAN KREDIT (CCIS) MULAI LUSA.




Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyenaraikan lebih 130,000 peminjam yang gagal menjelaskan pinjaman ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) mulai Selasa, lapor akhbar Berita Harian.

Akhbar itu mendakwa, nama semua peminjam berkenaan sudah dihantar ke Bank Negara sehingga 26 Mei lalu dan akan dimasukkan dalam CCRIS pada 16 Jun ini.

“Peminjam culas yang namanya disenaraikan dalam CCRIS akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan negara ini.

“Ini termasuk pinjaman sewa beli kenderaan, perumahan pembiayaan peribadi dan kad kredit,” lapor akhbar itu hari ini.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah pada Mac berkata jumlah kutipan bayaran balik agensi itu mencecah RM5 juta sehari.

Katanya, peningkatan itu hasil beberapa tindakan yang dilakukan PTPTN bagi memastikan peminjam tegar membuat bayaran balik.

"Kita sedang mengkaji untuk melakukan beberapa penambahbaikan terhadap pendekatan yang dilaksanakan kerana kutipan yang kita peroleh meningkat dengan begitu ketara sekali.

“Sebelum ini, jumlah kutipan ialah RM800,000 sehari dan selepas tindakan, terdapat lonjakan yang tinggi dalam jumlah kutipan sehingga mencecah RM5 juta sehari, iaitu peningkatan lebih RM4 juta," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Selain menyenaraikan nama peminjam ingkar ke dalam CCRIS, PTPTN juga menyalurkan nama peminjam yang berkenaan kepada Jabatan Imigresen untuk dihalang ke luar negara. -TMI.

17 comments:

  1. Kalau hutang kena lah bayar. Di penang guan eng pun buat cam tu jugak.
    Dia mula dengan pamerkan nama peminjam dalam akhbar.
    Walau pun pr memperjuangkan tak usah bayar pinjaman ptptn. Tapi hutang dengan kerajaan dap tetap kena bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila masa pulak dap blak list peminjam?
      ada bukti?
      bak sini kalu ada.
      Aku nak bagi kat amat maslan.

      Delete
    2. bukan mereka tak nak bayar...tapi bayangkanlah kalu kerja kilang gaji RM700 sebulan, nak bayar macam mana? Ko ingat peminjam ptptn tu kaya raya macam bapak ko?

      Delete
    3. Jangan menipu kalau kau bayar 50rm pun tak apa jika kau berbicang dengan ptptn itu, kawan aku kerja dekat kilang ada lulusan univesiti mampu banyar ptptn dengan 50rm,

      Delete
    4. Hahaha....
      Memang perangai melayu ada hutang tak nak bayar.... ckp duit tak ada tak kaya mcm2 kalau dah tahu miskin buat mcm org miskin jgn berlagak kaya bila dpt ptptn belanja ikut suka mak bapa pula susah payah tlg tambah kut tak cukup tapi bila dah berkerja buat dek je hutang ptptn beli kereta bila rumah kahwin ada duitnya .tapi hutang tak nak byr apa guna kerajaan bantu pendidikan tetapi tak kenang budi lepas tu susahkan pelajar lain yg nak lanjutkan pendidikkan.
      Jgn senangkan diri susahkan org lain hanya tahu org lain kesian org susah miskin perbagai tetapi adakah org mcm ini kesiankan org lain yg juga memerlukan perhatian.
      Manusia kalau hati busuk tak kenang budi miskin kaya tetap shj tiada perbezaan antara miskin dan kaya hanya hati budi org itu membezakan bukan hanya simpati semata2.

      Delete
  2. Sial betul umno ni...kalau menteri2 buat hutang rakyat pula yg kena gst,..duit rakyat nk pergi haji pun di ambik ...curi duit lembu pun masih boleh buat muka selamba.haramjadah punya umno!!

    ReplyDelete
  3. Kalu kat 1MDB siap bole bagi tolong bayar hutang bilion2
    kalu kat jolo bole bagi juta2
    Kalu kat budak2 melayu kampung, budak2 melayu miskin, tak sabor2 nak kasi ccris
    Kita bagi dia GST, dia bagi anak kita CCRIS

    Tak ker fukimak namanya turr....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sehingga sekarang aku tunggu biasiwa dari kerajan selangor,selangor hanya manpu sediakan 50orang untuk biasiwa ijazah dan 3 orang untuk phd , azmin pun tak manpu tunai kan janji bagi semua rakyat selangor yuran univesiti percuma dalam buku jingay, suruh bak kata rafizi kita tiru macam finland 10gst dapat jalan percuma, nak yuran univesiti percuma tiru macam brazil gst 17%,. Ia macai pkr ini ia macam rafizi senang je menipu orang ia

      Delete
    2. Lupa cakap ia Rafizi cakap kita tiru finland dapat jalan percuma.
      gst finland 10% dapat jalan percuma
      Gst brazil 17% dapat yuran univesiti percuma ia
      Korang fikirkan ia apa aku cakap ini ia

      Delete
  4. Peminjam tegar tu mungkin:
    1. belum dapat kerja sbb kerajaan tak mampu sediakan kerja.
    2. kerja gaji kecik, nak bagi makan keluarga pun tak cukup

    Yamg pinjam PTPTpu tu bukan nya anak2 menteri atau anak perdana menteri yang banyak duit. Kalu bapak banyak duit juta2 boleh la tolong bayar. Ni anak penoreh getah yang korang nak blacklist buat hapa? Nak aniaya orang ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah bagi peluar tapi masih berdiam diri ia, lupa pesan ada dah jadi dah kerja pun tak nak bayar hutang dan ada bergaji 4k pun tak nak bayar hutang,

      Delete
  5. Gaji aku kecik lebih kurang 800 sebulan. Sewa rumah, makan anak bini, bayor motor. Aku bayor ptptn 50 hinggit sebulan boleh ker? Kang gaji aku naik aku tambah bayor la...buleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata tak boleh banyar 50rm bayar je di bank bsn itu tak jadi masalah punya ,janji bayar

      Delete
  6. Bestnyer!!! Kahkahkah dan 50 x kah.

    ReplyDelete
  7. Salam 1rasuah,

    Firman Allah s.w.t: dalam Surah al-Maidah: 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,

    Sekarang ini banyak ketidakadilan berlaku. PTPTN digunakan untuk mengayakan kroni. Lesen kolej universiti ntahapapa diberi kepada kroni supaya dapat ambil student result ntahapapa. Hire lecturer SPM 3A yang gagal apply kerja gomen. Semata mata mahu duit PTPTN. MO mereka, lesen kolej diberi kepada kroni, student akan berhutang dengan PTPTN, kolej dapat bayaran full, student berhutang dengan kerajaan (duit rakyat ) dan kerajaan tanggung hutang bila student tidak membayar, kolej tetap untung tanpa risiko. Kroni terus mengaut untung.

    Akibatnya, hutang kerajaan meningkat, student pandai terpaksa berebut kerja dengan graduate bodo dan pendatang makin ramai untuk buat kerja yang ditinggalkan graduate bodo...hehehe

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    ReplyDelete
  8. Takde PTPTN Universiti Swasta kroni hancur. Jadi di beri PTPTN. Pemegang ijazah berlambak kerja takde. Kalau kerja gaji ciput. Kena bayar rumah sewa kenderaan, gst, bil bil yang semuanya meningkat sekarang. Dan akhirnya nak paksa bayar PTPTN. Mengapa tak kejar sorang2 yang betul2 mampu bayar tetapi tak mahu bayar. Jangan mangsakan yang betul2 tak boleh bayar. Seperti biasa penguatkuasaan bercelaru dan pemalas. Yang jadi mangsa budak Melayu gak. UMNO ni betui betui kaki tidur le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kaki tidur pkr juga tahu nak percuma je, susuh sangat buat macam brazil yuran univesiti percuma tapi rakyat kena tangung gst 17%

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...