Sunday, 14 June 2015
KETUA PASUKAN T-TEAM MENINGGAL DUNIA KETIKA PERLAWANAN PERSAHABATAN MENENTANG KELANTAN.
Ketua pasukan T-Team, David Faramola Oniya, 29, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, malam tadi.
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi T-Team, Syahrizan Mohd Zain ketika dihubungi, di sini.
Syahrizan berkata, Oniya meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
“Oniya sebelum itu mengetuai pasukan untuk perlawanan persahabatan menentang Kelantan, di Stadium Sultan Muhammad IV, yang bermula jam 8.45 malam.
"Ketika permainan memasuki minit ketiga, dia tiba-tiba rebah dan terus dibawa ke hospital untuk rawatan kecemasan. Ketika itu, keadaannya 50-50.
"Permainan masih diteruskan sehingga kami menerima panggilan daripada Penolong Ketua Jurulatih Azahari Salim, memaklumkan Oniya sudah tiada, kira-kira 10 malam," katanya.
Beliau berkata, permainan diberhentikan serta merta dan ketika ini pengurusan menunggu sehingga jasad mendiang selesai menjalani bedah siasat sebelum dihantar pulang.
Katanya, Oniya pemain kelahiran Nigeria meninggalkan seorang balu dan anak berusia tiga tahun yang berada di Russia.
"Sebelum ini, dia tidak pernah mengadu apa-apa sakit, melainkan pernah menjalani pembedahan kecil akibat retak tulang pipi kanan ketika perlawanan menentang Pulau Pinang, Februari lalu," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
sebagai peringatan....mati itu suatu kepastian.....walau dimana kita berada....cuma kita kita merasa sedih kerana telah pergi satu nyawa yg kufur...tidak sempat diselamatkan dengan iman.....
ReplyDeletemati tak tutup aurat ..hmmm.
ReplyDeleteMati tak kira tempat dan masa.
ReplyDeleteCuba bayangkan kalu kita mati meninggalkan hutang berbilion2, duit rakyat pulak tu!
Sapa nak tolong bayar?
Mati tak kira tempat dan masa.
ReplyDeleteCuba bayangkan kalu kita mati tapi tak sempat minta maaf kepada orang yang pernah kita fitnah sebagai jibon, pengacau, tokey pil kuda, barua....
Agak2 kita boleh masuk syurga ker?