Monday, 8 June 2015

MAHATHIR SEMASA MENJADI PERDANA MENTERI SELAMA 22 TAHUN PUN TIDAK PERNAH MENGADAKAN DEBAT TERBUKA.



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mengadakan debat terbuka sepanjang 22 tahun berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Dr Mahathir tidak pernah memberi ruang perdebatan terbuka walaupun dikritik Tunku Abdul Rahman dan pembangkang.

“Semasa Dr Mahathir memerintah dulu pun, beliau tidak pernah berdebat dengan pembangkang atau bekas Perdana Menteri. Saya masih ingat ketika itu, Dr Mahathir sendiri dapat banyak kritikan daripada bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.

“Tetapi bukan secara tradisinya untuk kita buat debat terbuka,” katanya dalam sidang media di Parlimen, pada Isnin.

Shabery berkata, tiada keperluan untuk menyiarkan secara langsung di televisyen debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Dr Mahathir.

Jumaat lalu, forum ‘Nothing 2 Hide’ yang sepatutnya dihadiri oleh Najib dan Dr Mahathir bagi menjawab isu 1MDB terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Shabery berkata, masih ada cara lain yang lebih baik boleh digunakan untuk memberi penjelasan isu berkenaan.

“Kalau saya ada berbeza pendapat dengan ayah saya misalnya, saya tidak akan bahas secara terbuka.

“Kita ada cara sebaik-sebaiknya iaitu cara anak beranak,” katanya.

9 comments:

  1. Mehhhh mai sini debate, nepotism keluarga Segam-Boot ITU bathil. Mai sini saya cabar gang lilin PKR.

    Tulang Badak
    Murtabakwaves

    ReplyDelete
  2. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  3. Tak leh debat nanti mulut bebuih penuh dengan air liur menyebabkan para penonton geli geleman bermingu-mingu lamanya jiwa terseksa time nak makan...heiii meremang bulu tengkok aku......

    Cukuplah kita ada Hassan Malik dan Ahmad Maslan ...dua dah cukup...you Ahmad Shaberi agak tinggi sikit lah dari taraf mereka. Tapi kalau u terus juga bercakap....maka tidak dapat tidak anugerah ini akan jadi milik kamu bertiga.

    Setiap kali pemilihan Presiden di Amerika diadakan perbahasan terbuka antara calon Presiden supaya rakyat boleh menilai. Bila ada sesuatu isu contohnya sewaktu saya bertugas di New York dulu timbul suatu isu panas kerana calon untuk Jawatan Peguam Negara dituduh oleh Minah bekas secretary beliau pernah di raba bontot oleh beliau. Satu dunia Amerika membincangkan tajuk "sexual harassment". Kesian Mamat Hitam tu walaupun akhirnya dia didapati tidak bersalah dan dilantik ke jawatan berkenaan. Setahun komdian dia berhenti.

    Jadi perdebatan terbuka boleh merungkai segala masalah dan menghuraikan segala rahsia serta menjelaskan kedudukan sesuatu perkara. Apa salahnya jika Che Det dan Najib berdebat? Yang hang beriya-riya takut benar berlaku perdebatan kenapa mangkok? Hanya penipu dan pengampu saja yang tidak mahu mendengar dan melihat kebenaran. Kita belum tahu lagi Che Det ke yang betul atau Che JIB Pahlawan Bugis ka yang betul. Tak debat mana nak tahu kan...kan....

    ReplyDelete
  4. Itu kehebatan Tun M. Tiada isu kredibiliti. Tiada isu bini. Tiร da isu cincin.. Attitude Tun M hebat. Yg bising PAS jer... Najib... TPM pun pening. Kesimpulan.. PM najib tiada kredibiliti... terikut rentak org demi populariti. Tun M ada kisah nk jadi popular?.... itu beza Tun M dgn Najib.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.ha.ha.
      Lupa kau pun baru masuk politik sebab tak tahu apa
      Macai baru mana tahu apa tentang tun m itu aku tahu apa tentang tun m itu
      Pas penah fitnah tun m konon ada bini cina pada hal tak pun ia
      Pkr penah cakap tun m jual syarikat kapal anak nya
      Kes pewaja sampai sekarang rugi dan terpaksa syarikat dari china tolong
      Kes bank bumiputera rugi
      Banyak lagi aku kau tanya orang lama dia cerita macam pasal tun m itu buat silap
      Kalau serang bini perkara paling bodoh didunia ini ia, orang tak kerja lain itu mereka lakukan dulu masa pak lah pun macai pkr dan orang tun m serang bini pak lah, berubah jadi matang sikit. tak tak boleh serang pm serang bini itu bodoh nama nya. ada ke bini pm itu buat rakyat malaysia tak makan macam bini marcos itu berfikir sikit. Bini pm buat progaram untuk kanak2 belajar. itu kebaikan untuk rakyat malaysia ini

      Banyak lagi cerita tentang tun m itu tanya pada veteran pas, umno, semangat 46, mereka cerita keburukan tun m dan kebaikan .manusia mesti ada buat silap mana ada tak silap ia

      Delete
  5. Tun xla smpai bom org

    ReplyDelete
  6. Omakkau beriya2 mempertahankan Najib. Beriya mempertahan Hj. Hadi. Ada apa2 ke Omakkau?

    ReplyDelete
  7. semua mereka tu main wayang... nak tunjuk hebat.
    yg jadi mangsa melayu sama melayu... cina dok tengok mana lubang nak masuk..
    satu demi satu kawasan cina masuk...melayu bersorak sakan akhirnya kampung tergadai kat mata sepet... yg lebei2 pas dok syok sendiri rasa hebat..gila ceramah tak mahu lepas mikrofon tapi kerja habok....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...