Monday 15 June 2015

NAJIB DAN ROSMAH SAMAN NGA KOR MING KERANA MEMFITNAH



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman terhadap Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming atas dakwaan memuat naik gambar berunsur fitnah mengenai mereka berdua dalam akaun Facebook Nga pada Mac lepas.

Najib, atas kapasiti peribadi memfailkan saman fitnah itu bersama isterinya menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi pada 11 Jun lepas.

Media memperoleh writ saman itu pada Isnin dan pengurusan kes berkenaan ditetapkan pada 10 Julai di hadapan Timbalan Pendaftar Anisah Normah Muhammad Nor.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib dan Rosmah selaku plaintif mendakwa Nga selaku defendan telah memuat naik gambar Najib dan Rosmah berserta status dalam akaun Facebook atas nama Nga Kor Ming, pada 29 Mac lepas.

Pasangan itu mendakwa dalam status bergambar itu terpampang gambar mereka bersama dengan beberapa orang Menteri Kabinet Malaysia dan pegawai tertinggi Wisma Putra di dalam sebuah bilik hotel di China.

Kedua-dua plaintif mendakwa Nga telah menerbitkan perkataan-perkataan fitnah dalam akaun Facebooknya dengan memuat naik status menfitnah yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Najib mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu antara lain membawa maksud bahawa beliau telah menyalahguna kuasa dan mandat sebagai Perdana Menteri untuk kepentingan sendiri atau kepentingan isterinya dengan membenarkan Rosmah mencampuri urusan dan hal ehwal kerajaan.

Rosmah pula mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau adalah seorang yang mementingkan diri sendiri kerana mempengaruhi suaminya selaku Perdana Menteri dan telah menyalahguna kuasa selain mempunyai kepentingan dalam sistem pentadbiran negara.

Kedua-dua plaintif mendakwa defendan tidak mengambil sebarang langkah untuk menghubungi mereka bagi mengesahkan kebenaran mengenai perkataan-perkataan fitnah itu sebelum ia diterbitkan.

Kata mereka, satu notis tuntutan bertarikh 10 April lepas telah dihantar kepada Nga, antaranya menuntut supaya beliau mengeluarkan permohonan maaf secara bertulis untuk menarik balik perkataan-perkataan fitnah tersebut tetapi Nga dalam surat balasan bertarikh 24 April menafikan telah memfitnah plaintif.

Kedua-dua plaintif berkata walaupun defendan telah mengambil tindakan untuk membuang status bergambar itu, namun status bergambar itu masih tersebar dengan meluas di dua buah blog yang masih boleh diakses di seluruh dunia dan mempunyai 'page view', masing-masing seramai 25,360,055 dan 6,626,986 sehingga tarikh writ saman tersebut difailkan.

Oleh itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan teladan, faedah, kos dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Turut dituntut satu perintah injunksi untuk menahan defendan atau pembantunya atau ejennya daripada menerbitkan semula perkataan-perkataan berunsur fitnah itu dan memohon supaya defendan mengemukakan permohonan maaf secara bertulis yang diterbitkan di surat khabar dan majalah.


Harap-harap jangan pula nanti cakap saya hanya bergurau sahaja.

11 comments:

  1. Siapa tak kenal dengan Nga Kor Ming AKA tauke balak di Gua Musang yang menyebabkan banjir lumpur di Kelantan tahun lalu. Poket sudah kembang tetapi mulut masih bercelupar. Biasalah, pemimpin-pemimpin daripada PR kebanyakannya suka BERGURAU. Jangan pula berasa takut apabila disaman kelak.

    ReplyDelete
  2. Haaaa haaa haaaaa

    Bagus omakkau..

    Macai Dapigs, Red Bean Army dah panas, tak kepala otak lagi, komen berbagai bahasa...

    Kesian..kesian...kesian..

    ReplyDelete
  3. Hahaha......
    Bagus saman sana sini tunggu disaman balik br hangat panas pembangkang lawan kerajaan najib duduk berdiri pun terasa bahangnya sakit kepala pusing tak tentu arah, negara pula kelamkabut pelabur tarik balik pelaburan melabur di negara china yg pesat membangun dimana dulu rakyat malaysia mengata rakyat china hidup susah miskin teruk kini.....mana kedudukan rakyat malaysia dibandingkan dgn rakyat china????sejauh Mana kemajuan malaysia ??? Malulah jgn terus berlagak pandai boros tak pandai cari duit berkerja lambat gaji nak tinggi mana kemajuan???? Hanya kemunduran di tinggalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman ada perkara biarsa je, kalau kebenaran salah ke? jika rosmah saman ahli dap itu, ahli dap itu boleh pulak saman media jika tak mereka lakukan perkara tak betul, rosmah bukan ahli politik jadi dia ada hak saman dap itu ia, serupa raja saman artis malaysia ini adik pada azmin itu ia. Rakyat cina banyak miskin sebab itu anwar sukakan china doll itu, tapi mereka ada kekayaan, kalau nak semua orang kaya susuh macam itu siapa jadi kuli buat barang ia. Sebab mesti ada yg kaya dan miskin jika tak sampai tak makan, di china ada orang tak makan tapi miskin masih ada, serupa macan malaysia ada kaya dan miskin tak ada orang tak makan ia

      Delete
  4. Itu macai dap cuba serang bini lepas tak dapat serang najib. Macai dap biarsa lah , rosmah di persalah akan
    Lupa pesan, jijah makan bersama2 dun dan ahli palimen pr boleh
    Kalau rosmah tak boleh di suruh makan di tepi lantai
    Ahli umno ada kereta mewah tak boleh disuruhnya pakai kereta kancil
    Ahli pr boleh ada kereta ferfari
    Ahli palimen pr boleh berpakai mewah
    Ahli palimen umno di suruh pakai pakai pasar malam
    Ahli umno melancong cakap menbazir
    Dap melacong ke euro tak seorang cakap menbazir
    Bila rosmah melancong ke amerika tengok anak dia cakap menbazir


    Itu pemikiran macai pr sekarang.
    Apa jadi politik malaysia ini hanya perjuang seorang bernama anwar itu bukan nya berjuang untuk rakyat,
    Apa nak jadi politik malaysia ini bukan nya simpati pada rakyat, malah peminpim pulak minta simpati pada rakyat

    Itu yg aku lihat pada politik pada pr itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon at 14:11

      Kamu adalah pencacai UMNO Baru.... yang disebut oleh Zam keling sebagai penyokong sampah... he...he..he..

      Delete
    2. errrr...dia tu wakil rakyat mane? jelebu?

      Delete
  5. Saya adalah insan paling gembira jika saman tersebut dapat membawa kembali RM 42 BILLION yang telah lesap melalui skim tipu cepat kaya 1MDB. Saya juga tumpang gembira jika wang yang hilang tersebut apabila diperolehi kembali kelak dengan terhukumnya NGEH kerana menghina kesucian serta ketulusan hati dan peribadi mulia Perdana Menteri dan isteri tercinta, Datin Rosmah Mansor dihadiahkan pula kepada Jeff Ulu Yam, ANON 12:39 , ANON 13:19 dan pengomen-pengomen lain yang sewaktu dengan mereka di atas kecerdasan minda serta kebijaksanaan mereka yang tidak tolok banding ibarat pendita semesta alam semasa memberi komen-komen di blok ini. Kepada merekalah kita sandarkan harapan untuk membawa negara ini ke mercu kecemerlangan. Semoga Ngeh dan China DAP yang lain yang cuba menodai kesucian Najib dan Rosmah dipenjarakan seumur hidup. Akhir kata sambutlah laungan saya ini bersama-sama Hidup Melayu Bodoh! Hidup Melayu Bodoh!

    ReplyDelete
  6. syiok oooo dapat tengok pm naik turun mahkamah.....

    ReplyDelete
  7. Saman jgn tak saman kalau boleh saman 90 Billion terus boleh langsai hutang IMDB kahkahkah......baki tu buat amal jariah buat masjid lawan DAP kat Gua Musang.....DAP banyak duit tuh

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...