Monday 1 June 2015

NAZRI AZIZ NAIK ANGIN SATU BADAN GARA-GARA DITEGUR CARA BELIAU BERPAKAIAN DALAM SUATU MAJLIS DIFACEBOOK SAMBIL MENGAKU DIA MEMANG SEORANG YANG SOMBONG.



Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengamuk gara-gara seorang pengguna Facebook mengkritik cara beliau berpakaian ketika menghadiri satu majlis.

Menggunakan laman sosial anaknya, Nedim, Nazri mengherdik pengguna Facebook, Suhairi Sujairi dan mempersoalkan siapa Suhairi untuk mempersoalkan cara beliau berpakaian.

“Sapa dia ni yang comment pasal my dressing? Sapa budak ni ,Aku daripada dulu macam ni pun ,rakyat dah pilih Aku 5 penggal pilihanraya Tak pernah kalah.

“Kalau hamlau ni rasa Dia Bagus sangat ,tak yah cakap banyak, Aku Tunggu Dia di Padang Rengas utk pilihanraya yang ke -14 ni ,kita tgk Padang Rengas nak Dia ke Aku?” soal beliau.

Nazri mengaku beliau sememangnya bersikap sombong terutamanya dengan individu-individu seperti Suhairi.

Malah, Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, semua orang dapat menerima cara beliau berpakaian asalkan tidak telanjang.

“Dan tak payah nak comment Aku sombong,Aku Mmg Sombong dengan orang macam ni ! Peduli apa saya nak Pakai apa , semua orang tau saya sempoi ,jangan telanjang sudah,” katanya.

Gambar yang tersebar di laman sosial menunjukkan Nazri mengenakan baju t-shirt berkolar berwarna hitam dan bertopi di satu majlis yang dihadiri tetamu berketurunan Siam.

16 comments:

  1. Jenis suka jaga tepi kain org ni memang patut dimaki pun.. Kahkahakah.. Padan muka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang tak tengok lagi dia masuk kampung.
      Hanya pakai pakai singlet kolar bulat dan kain pelikat. Kadang singlet dan seluar aje.
      Hanya guna land cruiser lamanya.
      Bukan macam lain pemimpin yang mesti guna merc. Dan pakai baju batek dan kasut kilat.
      Sebab tu orang padang rengas suka.
      Nak jumpapun senang. Hari cuti terus pergi rumah dia. Tak ada masalah.

      Delete
  2. Jangan dia terlanjang macam pengikut pkr sudah, cara pkr hormati perminpim mesti tunjuk bontot.
    Ha.ha ha

    ReplyDelete
  3. Nazri Aziz memang sombong.
    Orang Pdg Rengas memang buta perot. Undi orang macam lanun darat ni.
    Pdg Rengas memang UMNO totok. Kalau berok jantan jadi calon UMNO kat sana pon depa undi jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu sakit kepala, pengundi pdg rengas dah kena beli....hohoho.....


      Jeff Ulu Yam
      (Reformist Original)

      Delete
    2. yg suka beli undi cawangan umno pun anwar dulu, kami tahu siapa itu anwar ia

      Delete
  4. Komen macai umngok mesti mcm sial...dari menteri sampai macai bodoh merangkap sial.sekian

    ReplyDelete
  5. jgn takbur sgt.5 penggal x penah kalah.ingat Allah itu ada dan perancangan Allah sebaik2 perancangan.Harap2 kalah lpas ni.Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lima penggal sebab undi pos...SIOL!!

      Delete
  6. Apa yg dia cakap tu betul. Pada dia, apa yg dia buat org Padang Rengas boleh terima. Kerana yg ada di sana Melayu otak UMNO, mabuk ke, gila ke, lanun ke, dll orang Melayu Padang Rengas dah lima penggal pangkah UMNO sebab asalkan UMNO.
    Jangan main gila dgn Nazri, orang Padang Rengas dah sehati dgnnya sebab orang2 kg nya B_D_H.

    Hidup UMNO mati lu Melayu kerana....

    ReplyDelete
  7. Anwar jubo dah brp penggal pon x kalah.. siap liwat lgi siap ada saksi lgi siap ada video lgi.. org pmtg pauh buta perut.

    ReplyDelete
  8. seketul taik reput yg sombong.

    ReplyDelete
  9. Nazri, hidup kita ni bukan menongkat langit. Usia bukan semakin muda. Perbanyakkan istighfar kerana langkah kita kian hari kian dekat utk disembahyangkan.
    Gaya bercakap seolah2 merasa diri kekal tegak tak akan tumbang sampai bila2. Jgn lupa, contoh yg masih hidup pun ramai, lihat apa jadi setelah turun dari tampuk kuasa.

    ReplyDelete
  10. Dia nie terlalu bongkak dan sombong dgn nada angkuh mengatakan rakyat telah pilih dia 5 penggal. Dengan izin Allah jadikan lah penggal ke5 tu penggal terakhir baginya.

    ReplyDelete
  11. Kesimpulannya memang angkuh sombong, meninggi diri dan bongkak, sebagai menteri ada etika berpakaian ke majlis rasmi tetapi sebab dia vvip di majlis tu agaknya yang lupa diri, merasakan dirinya terlalu besar dan hebat

    ReplyDelete
  12. Nak mampus nanti pun susah sampai main taik.......ingat tu nazri.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...