Wednesday 10 June 2015

PAC DAPATI TIADA PENGARUH ANAK NAJIB DALAM AUDIT 1MDB



Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada pengaruh politik yang membabitkan peranan anak lelaki perdana menteri, Mohd Nizar Najib dalam syarikat Deloitte & Co, firma audit bagi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerja dalam bahagian perkhidmatan kewangan syarikat antarabangsa itu.

Deloitte sebuah firma audit antarabangsa, dipanggil PAC dalam sebahagian daripada siasatan syarikat sarat hutang itu dan Nizar sudah bekerja sejak 2004.

"Beliau bukan berada dalam bahagian audit, tetapi berada dalam perkhidmatan kewangan. Beliau tidak terlibat dalam audit 1MDB. Tidak ada campur tangan politik," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

11 comments:

  1. BANYAK NYA HELIKOPTER YANG ENTAH PI MANE SEMASA KECEMASAN

    http://3.bp.blogspot.com/-n7VoXtO-oUs/VXfa3dMjd6I/AAAAAAAAUgQ/2_Qws_Y6QWc/s640/UMNO%2BYTLee.jpg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anuar hidup lagi ka dah arwah. Kalau Dah arwah tolong update blog. Boleh kami baca tahlil.

      Jesse Labu
      N9ers

      Delete
    2. Xbaik mcm tu bro.biasa kalau org yg doakan org lain arwah,dia yg dulu arwah dlm keadaan ngeri.bwk bertaubat ye.tahu mu macai sejati tp xkanla nk bwk smpi mati

      Delete
    3. Anon 18.58 nih bukan ada agama. Dari keturunan Batak.

      Delete
  2. KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali tidak dapat memberi jawapan sama ada memilih DAP atau Pas untuk meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

    Sebaliknya, Menteri Besar Selangor itu memberi amaran kepada dua parti itu supaya tidak mengheretnya ke dalam krisis yang sedang melanda DAP dan Pas.

    “Jangan desak saya untuk libatkan diri dalam permainan kebudak-kebudakan ini. PKR berdiri teguh pada Pakatan Rakyat.

    “Kita mesti penuhi permintaan rakyat termasuk pentadbiran di negeri Selangor,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Rabu.

    Tony Pua telah memberi kata dua kepada Azmin sama ada memilih DAP atau Pas untuk meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

    Azmin berkata, beliau akan meneruskan tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh rakyat.

    ReplyDelete
  3. Jika sebelum ini, PAS menyatakan bahawa kedudukan mereka akan terjamin sekiranya Si Menteri Besar Selangor tu memilih mereka untuk kekal menjadi rakan sekutu dalam Rejim Selangor tu.

    Tambahan pulak, yang memberikan sokongan penuh supaya Si Menteri Besar Selangor tu dapat merampas jawatan daripada Khalid sebelum ini adalah dari kalangan puak - puak PAS tu sendiri.

    Jadi, memang logik la kalau PAS membuat tuntutan supaya Si Menteri Besar Selangor tu memilih mereka jika nak dibandingkan dengan DAPigs yang sebelum ini tidak akur dengan pilihan yang dibuat.

    Tapi dalam masa yang sama, puak - puak DAPigs tu juga turut membuat desakan dan mencabar Si Menteri Besar Selangor tu agar membuat pilihan dengan memberikan kata dua kepadanya.
    "Saya setuju. PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan.

    "DAP akan bercakap dengan Azmin untuk melihat kedudukannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
    Nah! Sekarang Si Menteri Besar Selangor tu memang sedang berada dalam keadaan tersepit. Pihak mana yang harus dipilih untuk menjadi rakan sekutunya untuk memerintah Selangor?

    Adakah dia akan memilih atas dasar untuk memelihara Kebajikan Rakyat atau sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri? Kalau dia setakat nak buat pilihan berdasarkan kepada kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je, baik tak payah jadi pemimpin!!!

    ReplyDelete
  4. Byk kopipes.blogger umno mmg pemalas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bloger umno ni menyamar jadi Jeff tauke babi. Niat utk penjara Anuar sudah tercapai. Niat untuk lihat PAS porak peranda pun sudah tercapai.

      Delete
  5. Memang tak boleh percaya laporan odit Deloitte.
    Kerajaan akan pressure untuk Deloitte menipu.
    Kalau tidak, mengapa dah dua syarikat odit tarik diri.
    Tak sanggup menipu lah tu.

    ReplyDelete
  6. kalo mohd nizar ni jadi despatch atau guard sekalipun orang akan tahu dia anak sipolan-sipolan yang paling berkuasa di mesia tak kan pihak management nak pejam mata....cable kan ada depan mata

    ReplyDelete
  7. tak pasti samada ulasan / statement si Nur Jazlan ni nak membela Najib @ Keluarga atau saja nak buat orang tambah marah ?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...