Wednesday 11 February 2015

BETUL KE AKAN KATA-KATA INI???? ... AZMIN TOLAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG?????




Masih segar bugar dalam ingatan semasa kecuh dengan kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor, Hj Azmin Hj Ali pernah berkata, dia tiada hasrat nak pegang jawatan MB Selangor pun .. jika di calonkan dia akan tolak .. punyalah sedap ayat dia susun dan cakap .. habis tangkap lentuk leher dibuatnya .. burung dihutan sedang terbang boleh berhenti hinggap dibahu lagaknya.

Itu hal rakyat bukan sahaja tidak mudah lupa tetapi tidak akan lupa sampai bila-bila.

Akhirnya apa yang berlaku????? .. Sendiri fikirlah .. malas nak ulas .. nanti ada yang bingkas mengamuk memaki hamun Omak Kau dengan kata-kata nista lagi kesat .. maklumlah .. para juak Azmin sudah pun terkenal seantaro dunia sebagai pembela yang panas baran, kaki hamput dan pakar carut.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak untuk dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara selama lima tahun.

Kata Azmin, Pakatan Rakyat mempunyai banyak lagi pemimpin yang berwibawa untuk menerajui pembangkang di Parlimen.

“Tidak, tidak, tidak. Kita punya puluhan pemimpin yang layak untuk pegang jawatan itu.

“Yang penting ia dipersetujui semua pihak secara konsensus,” katanya selepas hadir mesyuarat Biro Politik PKR, di ibu pejabat PKR, malam tadi.

Mahkamah Persekutuan semalam menolak rayuan sabitan kes liwat II Anwar berdasarkan bukti ‘jelas’ bahawa Saiful telah diliwat oleh tertuduh.

Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan selepas mahkamah mendapatinya bersalah meliwat Saiful, tujuh tahun lalu.

Susulan daripada itu, Anwar lucut kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh mengikut Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa seorang ahli Parlimen akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000.



KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

16 comments:

  1. Diharap Azmin boleh Jadi ketua pembangkang yg baik. Dirikanlah jembatan dgn PAS yg musnah sebab Insan bernama Anuar Beraheem.

    Jeff Ulu Yam
    Reformist Originel

    ReplyDelete
  2. Kita mula dgn desakan PR untuk PASMA dibubarkan. Lepas tu kita panggil balik TSKI untuk Jadi De facto.

    Yg benerrrrrr

    Jeff Ulu Yam
    Reformist Originel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff@jefri ulu yam ni orang buangan umno totok muka hodoh kerut seribu tak boleh cari makan dgn umno lagi...species pemakan bangkai....lembu utk korban pun dia p jual..hati2 dgn jeff@jefri ulu yam ni.

      Delete
  3. Kpd yg mulia YB Azmin.

    Kami yakin kamulah kunci perpaduan PR. Nama kamu masih bersih dari kezaliman nepotism. Biarlah benda yg lepas berlalu. Generasi kemudian hari akan lupa akan Mat Matang

    ReplyDelete
  4. Diharap nak kutuk clan segambut boleh. Tapi jgn pakai modal fitnah. Nak maki Dia zalim, nepotism, kaki goreng semua tu okey, tuduhan moral jgn sekali okey.

    We all pray for u.,haji anuar


    Jeff Ulu Yam
    Reformist Original
    (Hanya cap ayam kaki bodek)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeff Ulu Yam...Usah bodek Azmin lerrr....Cermin diri dulu...Tak mudah untuk Azmin nak percaya kooo...

      Delete
  5. Greenboc, apasal kau filter komen Aku!!!!

    Aku mengakulah Aku kurang fulus nak blanja korang bihun sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Greenboc x layan komen tahap longkang.

      Delete
    2. tak greenboc dah jadi greenboar sbb frust menonggeng ! fitnah & spin depa menyebabkan rakyat semakin jauh dpd anwar maka bermula karier yg kelam dan suram bg anwar ! sama la dgn abuya albuaya alhusyeen, tulang bab!, yong budaya kuning, Lubang Bebulu, mabuk tapai x telur & bodoh tahap cipan serta Rottweiler

      Delete
  6. Azmin dpt durian runtuh oo!!, jwtn mb, ketua pembangkang, ketua umum, president, oo!! loaded masyuuuk...tanggungjwb kpd rakyat tu no. 2 ..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi jawatan yang Azmin dapat cuci longkang cuci Kain cat RUMAH sembur racun sembur nyamuk Mandi baby...Tukang RUMAH dll...

      Delete
  7. Assmin Aiskerim nak jadi ketua pembangkang???.....kahkahkah...memang konfirm PKR ni parti Pakatan Kencing Rakyat....kahkahkah....setahu aku, Assmin ni bukannya ahli parlimen, dia tu ADUN saja. Macam mana dia nak ketuai pasukan PR (Pakatan Rapoh) kat sidang parlimen nanti???? Tapi dalam PR ni anything goes kan. Bagilah kat Hadi ke cina DAPpigs tu ke.....udah-udah lah P'Gay'R nak sapu semua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin tu ahli parlimen gombak la...ape2 ntah.

      Delete
  8. Hahaha......
    Pada omak kau.....adakah bila ada pihak bersuara mahu melantik omak kau sebagai pemimpin bahagian terus omak kau setuju???? Jgn berfikir mcm budak2 malah bukan senang pegang jawatan perlu ada kemampuan dan sokongan dari pihak majoriti, kalau sokong tak ada boleh lama ke duduk pegang jawatan itu!!!! Kalau semua boleh jadi pemimpin apasal org bising pasal anwar???? Kan byk lg org bijak pandai dlm pr!!! Maka lihat secara menyeluruh bukan hanya pandang sebelah mata dan maka sebab itu omak kau hanyalah selamanya omak kau . Byk juga org marah dan benci anwar tetapi senang ke dpt kuasa majoriti dan sokongan kuat dari perbagai rakyat???? Tanpa pengaruh dan keberani mampu ke bertahan!!! kalau semua faham dan bijak tak akan ada perbagai pihak memberi komen sesukahati tanpa berfikir secara rasianol.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...