KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 1 February 2015

HARAM BUAT BINAAN KEKAL DI KUBUR KATA MUFTI PAHANG.




ROMPIN
– "Hukum membina binaan kekal di tanah perkuburan, hukumnya haram," tegas Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman ketika diminta mengulas mengenai tindakan sebahagian masyarakat Islam kini yang gemar membuat binaan konkrit kekal pada pusara ahli keluarga mereka.

Beliau berkata, tanah perkuburan adalah tanah wakaf dan ia tidak boleh menjadi hak milik.

“Sekarang ni, ramai waris kepada pusara-pusara Islam buat binaan kekal seperti memasang konkrit yang siap dipasang batu marmar, kadang-kala siap dipasang pagar... itu tidak boleh.

Jika berlaku sedemikian, itu bermakna hak bahagian orang lain telah kita ambil. Sedangkan, tanah kubur adalah tanah wakaf. Maka, haram hukumnya di dalam Islam.

"Tetapi, jika waris hendak buat binaan kekal sedemikian ia boleh dilakukan, dengan syarat jenazah berkenaan dikebumikan di tanah milik sendiri.

Tetapi, jenazah umat Islam lebih baik dikebumikan di tanah perkuburan iaitu di tempat yang ramai," jelasnya ketika ditemui di majlis meletakkan papan tanda petunjuk arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puteri, di sini yang turut dihadiri Adun Tioman, Datuk Mohd Johari Hussain dan Kadi Daerah Rompin, Adnan Mamat.

Menyentuh mengenai keadaan beberapa pusara di tanah perkuburan tersebut yang dilihat turut dibina binaan kekal oleh pihak waris, Abdul Rahman berkata, pusara-pusara lama sedemikian tidak perlu dipecahkan untuk diganti semula dengan yang baharu.

“Pusara-pusara lama di sini yang telah dibuat binaan kekal tidak mengapa... cuma kini kita akan fokus pada kubur-kubur baharu supaya pihak waris tidak membuat binaan kekal. Waris kepada pusara lama di sini mungkin tidak tahu mengenai hal ini sebelum ini. Sehubungan itu, ia tidak mengapa..." jelasnya.

5 comments:

  1. Tuan Mufti yang dihormati hanya mengulangi apa yang telah disampaikan oleh ulamak-ulamak terdahulu. Bagi yang tak mengaji dan bingai ini adalah perkara baru. Zaman ini ramai orang Melayu yang mengaku Islam terserlah kebingaian mereka!!

    ReplyDelete
  2. Berilah peringatan melalui khutbah jumaat JAKIM..Nescaya seluruh penduduk lslam Malaysia memahaminya.Jangan nanti Anda-anda yg berilmu dipersalah...Seringlah memberi peringatan sesungguhnya manusia ini sering dlm lalai dan memandaiii..W'aklam.

    ReplyDelete
  3. Nabi saw dah larang 1400th dulu lagi,skrg baru sedar,dah lilitan di songkok tu masa berkabung ,tak nak keluar fatwa ke,atau akan keluar fatwa 50th lagi..

    ReplyDelete
  4. Di Tanah Saud segala binaan bedaah pada kuboran disamaratakan dengan tanah oleh muncong meriam askar Saud hatta di medan Uhud juga ada papan tanda dalam bahasa Melayu yang melarang berbuat bedaah atawa memohon hajat pada kuboran Saidina Hamzah

    Elok juga segala kuboran di alam Melayu meletak papan tanda berkaitan larangan larangan bedaah itu
    DAN larangan bedaah juga meliputi segala tanah perkuboran, bukan saja khas untok tanah kuboran Melayu sahaja..Sayang seribu kali sayang, kalam mufti tak sampai ke situ

    Di Tanah Melayu ada kuboran yang di dalamnya HANYA ada satu jasad SAHAJA tetapi telah mengambil ruang permukaan bersaiz muat untok sepuloh jasad dan dibuat BINAAN KEKAL di atasnya

    Kalau dihitong lamanya masa .. sekonyong habislah bomi Tanah Melayu ini menjadi kubor BINAAN KEKAL beberapa jasad kaum itu, sedangkan jasad orang Melayu bersesak sesak dalam ruang kubor yang disempitkan berbanding kuboran mereka itu

    Sayang seribu kali sayang, kalam mufti tak sampai ke situ
    Oh Malaysia tanah airku
    Yang dahulunya TANAH MELAYU

    ReplyDelete