Monday 2 February 2015

MASJID KHUSUS UNTUK KAUM HAWA YANG PERTAMA DI AMERIKA SYARIKAT



Sekumpulan wanita berkumpul di sebuah masjid yang dikhaskan untuk golongan hawa di pusat bandar Los Angeles, untuk menunaikan solat Jumaat buat julung kalinya.

Edina Lekovic berdiri di hadapan kira-kira 150 wanita yang duduk bersila di lantai pusat antara agama di Los Angeles dan menyampaikan khutbah, peranan yang secara tradisinya dikhaskan untuk lelaki Muslim.

Selesai memberi khutbah dan mengerjakan solat Jumaat berjemaah, jemaah mengadakan perbincangan dan menyuarakan pendapat serta pengalaman mereka.

“Kami ada hak dan tanggungjawab terhadap agama dan kepercayaan kami,” kata aktivis Majlis Hal Ehwal Muslim California itu yang dipetik Reuters.

Masjid sedemikian mungkin sudah wujud di China, Chile dan India, namun ini adalah masjid pertama yang dikhaskan untuk jemaah wanita sahaja di Amerika Syarikat.

Solat Jumaat yang pertama kali diadakan di masjid itu, adalah simbolik pelancaran Women’s Mosque of America, sebuah badan bukan kerajaan yang berharap dapat memberi ruang kepada wanita Islam untuk mendalami Islam, di samping mengeratkan hubungan sesama wanita, selain dapat menggalakkan penyertaan sepenuhnya wanita dalam solat.

M. Hasna Maznavi, 29, berharap kewujudan masjid itu dapat menyatukan wanita Islam daripada pelbagai latar belakang.

“Saya mahu setiap wanita mengalami pengalaman untuk belajar daripada seorang pemimpin agama wanita di masjid,” kata Maznavi yang mengasaskan Women’s Mosque of America bersama Sana Muttalib, 31.

Bagi Muttalib pula, wanita selalunya terpaksa memasuki ruangan yang dikhaskan untuk golongan hawa di kebanyakan masjid melalui pintu tepi atau belakang.

Tambahan, di kebanyakan masjid, wanita sukar mendapat peluang untuk bertanyakan soalan kepada imam, selepas menunaikan solat.

Namun, di masjid berkenaan, seorang khatib wanita akan memberi khutbah kepada jemaah mengenai isu-isu wanita, selain mengadakan perbincangan dengan mereka, selepas mengerjakan solat Jumaat.

Ramai wanita bersyukur dan berterima kasih, kerana diberi peluang untuk berkongsi pendapat dan pengalaman mereka.

“Wanita Muslim tidak ada forum. Apabila kami pergi ke masjid, kami perlu duduk di ruangan lain.

“Bukannya kami tidak sama rata, namun ini memberi kami kebebasan untuk berbual, kerana semua adalah wanita dan mampu memainkan peranan tersendiri,” kata Yasmeen Ruhge, seorang pakar kardiologi dari Pasadena yang dipetik Los Angeles Times.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Majlis Hubungan Islam-Amerika, Hussam Ayloush berkata, sesetengah umat Islam mungkin lebih gemar penyepaduan berbanding pengasingan, sebagai satu daripada cara untuk menarik minat wanita terhadap Islam.

“Masjid adalah tempat beribadat, di mana semua masyarakat Muslim, lelaki dan wanita patut berasa selesa seperti di rumah,” katanya.

Bagi Ani Zonneveld, Ketua Nilai-nilai Progresif untuk Muslim, masjid baru itu memberi peluang dan ruang lebih selesa kepada wanita untuk mengerjakan solat berjemaah serta menjadi teladan kepada generasi akan datang.

Menurut kajian mengenai masjid-masjid Amerika yang ditaja bersama Persatuan Islam Amerika Utara pada 2011, kira-kira dua pertiga daripada masjid di Amerika menggunakan konsep pengasingan jemaah lelaki serta wanita ketika bersolat dan angka itu lebih tinggi untuk solat Jumaat.

6 comments:

  1. Kalau tanya anwar ibrahim mesti dua sokong masjid utk perempuan saja...yg ini pun nsk dibawa ke mesia...arab spring...snwar bawa...lgbt...anwar yg bawa...pluralisma pun anwar yg bawa...kes masjid pempuan pun dia sokong utk bawa ke mesia..lambang dinding masjid tu pun ada kambang yahudi zionis.. nama mazna maznavi tu pun orang syiah iran....ingat syiah musuh yg lebih bahaya dari yahudi zionis.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni ank haram mana yg merepek mcm lps togok samsu je bercakap..

      Delete
  2. awas agenda syiah...!!! mana ada pompuan wajib jumaat hatta ada ke ajaran nabi saw yg bg pompuan jd imam, khatib dsb......kerja gila nak porak peranda Islam..

    ReplyDelete
  3. Sekiranya sukar bertanya soalan kepada imam tanyalah kepada suami, ayah, abang @ muhrim yang ada.. jika perlu juga untuk bertanya pada imam, wakilkan kepada mereka sahaja.. apa yang berat sangat sehingga diperlukan masjid khas utk wanita..? Pelik..

    ReplyDelete
  4. Tak ade yg pelik ini agenda pluralisme dan libral dari syiah didalangi zionis yahudi....

    ReplyDelete
  5. Asyik nk menyalahkan syiah je... Korang semua tahu ke ibadat syiah??

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...