KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 2 February 2015

JACKIE CHAN LAYAK DI ANUGERAHKAN DARJAH KEBESARAN DATUK SEBAB DIA BANYAK PEMINAT DAN BOLEH PROMOSI MALAYSIA KATA TENGKU ADNAN TENGKU MANSOR.



“Jacky Chan pelakon yg banyak peminat di Malaysia dan boleh promosi Malaysia khususnya Kuala Lumpur dan memang layak,”

Itulah alasan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Setiausaha Agung UMNO yang juga Ahli Parlimen Putrajaya dan Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, YB Tengku Adnan bin Tengku Mansor.

Kerana Jackie Chan Song Kang mempunyai peminat yang dikatakan ramai maka diberikan anugerah Datuk dengan harapan boleh promosi Malaysia amnya dan Kuala Lumpur khasnya.

Apakah negara kita termasuk Bandaraya Kuala Lumpur kurang dikenali di dunia luar sehingga terpaksa memohon bantuan dari pelakon Hong Kong untuk buat kerja-kerja promosi dengan menganugerahkan dirinya darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk????????

Kalau begitu mengapa tidak anugerahkan kepada pelakon Hollywood yang jauh lebih ramai peminat jika dibandingkan dengan Datuk Jackie Chan Song Kang?????

Paling sedihnya ayat digunakan ialah beri anugerah dulu baru dilakukan tugas mempromosi????

Lainlah kalau cakap Jackie Chan diberikan pingat datuk sebab banyak berjasa untuk memperomosikan negara terutamanya Bandaraya Kuala Lumpur sehingga jumlah pelancong yang datang kenegara ini hasil promosinya terutama dari para peminatnya sudah melebehi dari jangkaan.

Omak Kau sokong akan pandangan peribadi pelakon Afdlin Shauki yang berbunyi ... “Give a datukship to people who risked their lives for others during the banjir la.... Make these datukships mean something again! Just my two cents,”

19 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila todi ke hape? Cakap merapu x tentu hala...Elok pesan kubor mana..nanti senang..

      Delete
    2. Tukar nama Tulang Babi aje la

      Delete
  2. Bangang menteri wilayah ni...nk promo mesia pun nk harap org luar gak ke.....nate sungguh....

    ReplyDelete
  3. Satu perkara yang pasti nak dapat Datuk atau aps saja mesti melalui parti ketuanan - Malaysia dah cukup terkenal didunia sebab promosi terhebat abad ini
    1) Kehilangan MH370
    2) MH17 ditembak jatuh
    3) Terhempasnya Air Asia
    4) Sirul lari ke Australia
    5) Sorang tu suka round dunia shopping
    6) Banyak lagi....korang tambah la

    ReplyDelete
  4. Anugerah gelaran biasanye diberi krn jasa seseorg adakah sekadar utk mengalih perhatian negara china yg terlibat dlm mh370 maka Jackie di beri gelaran penyejuk hati ini ????? sama sama kita fikirkan......

    ReplyDelete
  5. Minta2 jangan jackie chan pejuang melayu campak pingat dalam longkong sudahlah. Pingat tu sangat besar nilainya disisi melayu sebab boleh guna peluang cari makan.

    ReplyDelete
  6. Negara lain pun ada peminatnya...Taklah sampai cam Malaysia.Dah bagi nak buat macam mana,orang dah suka.Nanti ajak Jacky Chan ronda kampung kenalkan ngan orang kampung.Jangan lupa ajar cakap melayu dan makan tempoyak.

    ReplyDelete
  7. Tambah senarai mentri cap ayam ...

    ReplyDelete
  8. Aku pun naik lemah. Negara yg aku junjungan begitu sekali di buat orang kurang mampu berfikir.

    Apo kenonya jang....tabik jang tabik....baaaaris sediap. Prup!!!

    ReplyDelete
  9. Boleh di cadangkan Mr Bean dapat anugerah DATUK

    ReplyDelete
  10. sebab tu la kita jangan rasa heran sangat ngan pangkat datuk sekarang ni yg ada bersepah2 tu. alaaaa..... murah aje... sape2 pun bole kalau nak. dan sesetengah tu, entah apa ke jasa pun tak tau lah, tapi tiba2 dapat pangkat datuk la..... eee jelous nya aku...

    ReplyDelete
  11. ProoooOOootttt kentut smbil tercirit di muka tengku adnan si bibir bengkak..ahhhh lega rasany...

    ReplyDelete
  12. Menteri taraf kaki lima je..

    ReplyDelete
  13. Menteri taraf kaki lima je...

    ReplyDelete
  14. Jakie Chan tu Cina. Bila masa UMNO sayang kat Cina. Heran aku. Hari2 hentam Cina...tup..tup ...

    Jeff Ulu Yam..

    ReplyDelete
  15. betul la yang ku nan cakap tu.. sekejap lagi datuk jaki akan berlakun kungfu kat menara berkembar , lawan silat cekak ngan ..... ngan sape ye... aaaa..ngan mr bean.... tu la maksud ku nan promosi mesia am nya dan kl khas nya... apa la korang itu pun tak tau... ko guano Ku... bijak gitu....

    ReplyDelete
  16. Thailand dan Singapore tidak payah bersusah payah pakai Jackie Chan tetapi berpusu orang dari serata dunia datang melancong ke Thailand dan Singapore tiap2 tahun..Orang China, Hong Kong dan Taiwan lebih ramai datang ke sana dari datang ke Malaysia..Kalau kita singgah di hotel2 4 bintang, majoriti yang datang bersama2 keluarga...
    Berlainan dengan Malaysia, pekerja asing dari Indon, Nepal, Pakistan, Myanmar, Kemboja dan India aja yang memeriahkan KLIA..Pelancong yang datang boleh dikira dengan jari...Airport KLIA lengang macam tanah kubur kalau dibandingkan dengan airport Bangkok dan Singapore
    Yang kesian kenapa tak guna orang Melayu untuk mempromosi Malaysia...Mana ketuanan Melayu yang dibanggakan....Jadi betullah yang yang Malaysia tak ke mana tanpa orang China..

    ReplyDelete
  17. menteri2 bodoh taik lembu..gila nak bagi datuk kat orang luar..sharuk khan lah..jackie chan lah..taik dok dalam otak dia..tu yg x cerdik!!

    ReplyDelete