Wednesday, 4 February 2015
NELAYAN PULAU PINANG MENGELUH DIRI MEREKA DI DISKRIMINASI.
Nelayan di Pulau Pinang mendakwa mereka didiskriminasi oleh golongan tertentu dan juga turut menjadi mangsa kepada pemaju yang membangunkan projek pembangunan kondominium mewah di kawasan pantai di perkampungan nelayan Jelutong.
Menurut Ketua Unit Persatuan Nelayan Jelutong yang mewakili Persatuan Nelayan Pulau Pinang Selatan, Badrul Hisham Hashim, pihaknya sudah bertemu Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Datuk Mohd Rashid Hasnon bagi mendapat jaminan berkenaan nasib mereka yang masih belum dapat dipastikan.
“Apa yang kami perlukan ialah campur tangan dan bantuan daripada pihak berkuasa berkenaan nasib kami. Kami tidak menentang pembangunan tetapi jika ia melibatkan ekosistem dan juga sumber pendapatan kami, maka campur tangan dari pihak yang berkenaan adalah diperlukan untuk menyelesaikan isu ini.
“Inilah yang diinginkan oleh pelancong yang datang ke Pulau Pinang (untuk melihat keindahan pantai dan aktiviti nelayan), bukanlah bangunan pencakar langit yang mereka sendiri sudah ada di negara mereka.
“Kebajikan kami sebagai rakyat harus diberi perhatian,” katanya.
Pertemuan bersama Rashid tidak membuahkan sebarang hasil apabila pihaknya tidak mendapat sebarang jaminan yang menjanjikan nasib para nelayan ini terjamin.
Malah, apa yang mereka harapkan adalah adanya berita baik yang akan disampaikan berhubung keadaan dan kehidupan mereka sebagai nelayan yang menyambung legasi keluarga sejak dari generasi yang sebelum ini.
Badrul juga melahirkan kebimbangan berkenaan pembangunan yang tidak terkawal yang mana ia dilihat bagai menjejaskan dan melenyapkan kawasan laut dan pesisiran pantai.
“Apakah yang akan berlaku kepada kami yang mewarisi kehidupan menangkap ikan secara tradisional? Ke mana kami harus pergi?
“Hasil tangkapan kami juga telah berkurangan sejak beberapa tahun ini, tambah-tambah lagi dengan kerja-kerja yang dijalankan untuk projek membina kondominium,” katanya.
Bagi Jamil Abdul Aziz, 62 yang juga seorang nelayan, pihak mereka tidak dimaklumkan berkenaan projek ini yang ternyata memberi impak langsung kepada pendapatan mereka.
“Sudah tiba masanya untuk kementerian yang berkaitan beri perhatian kepada kami kerana kami telah menderita akibat aktiviti penamabakan laut yang telah berjalan lama dulu.
“Kalau dulu, dalam masa sebulan, pendapatan harian kami boleh mencecah RM100 ke RM300, tapi sekarang untuk dapat RM5 pun boleh dikatakan mustahil,” luahnya.
Sementara itu, bagi Jumaat Omar, 53 yang telah menjadi nelayan sejak zaman remajanya, terdapat usaha yang dilakukan untuk membantu nelayan di sana namun usaha itu tidak dilakukan dengan sepenuh hati.
“Ada yang datang bagi bantuan kewangan RM200 sebulan yang mana itu lebih elok daripada tidak dapat apa-apa langsung, tapi kami inginkan penyelesaian jangka panjang.
“Kami bukan anti pembangunan tetapi perlu ada keseimbangan kerana seluruh tempat ini akan dibangunkan, segala-galanya akan berubah dan pada masa itu sudah tidak ada lagi nelayan yang menangkap ikan dengan cara tradisonal dengan gaya kampung.
“Jadi kita perlu pelihara warisan kita. Jika ini bukan satu warisan, maka bagitahu kami apa itu warisan?” katanya.
Kira-kira 300 nelayan yang hidup di sana masih berada dalam keadaan tidak pasti berkenaan status mereka ditambah pula dengan kegusaran kehilangan mata pencarian mereka selama ini.
Masalah hampir serupa turut dihadapi oleh 500 orang nelayan di Kuala Sungai Pinang di kawasan Barat Daya, Balik Pulau.
Bagaimanapun, mereka tidak terdedah dengan masalah pembangunan sebaliknya pencerobohan pukat tunda ke kawasan zon penangkapan menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Kerugian yang dihadapi adalah apabila pukat tunda memasuki zon penangkapan ikan ialah menyebabkan kerosakan kepada peralatan penangkapan ikan.
“Kami telah berhadapan dengan masalah ini agak lama, dan kami sudah adakan mesyuarat untuk mencari penyelesaian kepada masalah ini termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan unti peronda laut untuk memantau, namun ia masih berterusan sehingga ke hari ini.
“Kami nelayan tradisional bergantung semata-mata kepada pendapatan harian kita untuk menampung keluarga tetapi bila aduan dipanjangkan, tiada tindakan yang diambil.
“Setiap malam apabila kami turun ke laut, kami akan nampak pukat tunda besar dan mereka memukat sehingga satu tan metrik ikan di dalam zon kami.
“Apa yang kami boleh buat hanya lihat sahaja, sedang mereka dah memukat ikan yang lebih mahal, dan kami hanya akan dapat ikan yang lebih kecil dan murah.
“Dan kadang-kadang kami pulang ke rumah dengan tangan kosong,” luah Ketua Unit Persatuan Nelayan Kuala Sungai Pinang, Sazali Abdul Rahman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Bukan Nelayan Pineng je di diskriminasi tapi nelayan kat Perak pun sama. Omak kau datang tengok sendiri lah kat kawasan Manjong Perak habis laut kena tambak dimana nelayan pantai mencari rezki dah terkambus. Di tambah pula dengan operasi kilang wally memyebabkan pantai Telok Batik dah tidak jadi tempat untuk memdi dan bersantai air laut jadi gatal kalau kita mandi. Dengar cerita nak ubah kawasan santai di Telok Senangin tapi kawasan iti bahaya ada pasir jerlus. Pantai landai memang cantik sebab dia telok air berputar. Pendapatan nelayan dulu cecah RM1,000/- ke RM1,500/- sebulan sekarang nak dapatkan RM700/ pun susah ikan dan lain lain kehidupan laut dah pupus. Itu yg aku tahu sebab aku orang Manjong Perak. Kawasan nelayan lain dalam perak serupa lah susah nak dapatkan tangkapan spt dulu. Kalau kat Telok Nipah masa dulu musim anak kerang naik jenuh duit tapi skrg mana ada lagi anak kerang kalau ada pun terlalu sesikit. Macam macam projek ujud di persisiran pantai yg di laksanakan oleh kerajaan negeri mahu pun sewasta mana nak ada lagi kehidupan laut untuk nelayan. Elok sangat kerajaan bagi antara RM250/- ke RM300/- sebulan untuk nelayan bagi menampong kos sara hidup. Dapat RM300/- rugi RM3,000/- kata sesetengah nelayan. Tak ambil duit sekurang kurang lepas juga beli beras gula.
ReplyDeleteNegara ni sedang menuju kepada industri kunon. Tangkap ikan tak mainlah. itulah polisi ameno sejak 30 tahun dolu. Yang si bangang buat polisi dah kaya ghaye. Nelayan jadi pape. Nasib koranglah!!
ReplyDelete