Wednesday, 4 February 2015

ALASAN KENAPA TARIF ELEKTRIK TIDAK TURUN.



“SEBELUM ini tarif elektrik naik kerana kenaikan harga minyak dunia. Sekarang harga minyak dunia sudah turun, tentu tarif elektrik juga turun!”

Demikian luahan hati sebilangan besar pengguna dan harapan sesetengah pihak sebelum penstrukturan semula Bajet 2015 baru-baru ini. Namun, pengumuman  yang dibuat mengenai tarif elektrik hanyalah ia tidak dinaikkan.

Tidak hairanlah perasaan tidak puas hati itu diluahkan dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya dengan pelbagai tohmahan dan bahasa yang kurang enak didengar, dilemparkan kepada kerajaan dan TNB.

Hakikatnya tidak ramai yang memahami bahawa penurunan harga minyak dunia sebenarnya tidak memberi kesan secara langsung kepada tarif elektrik semasa.

Ini kerana bagi penjanaan tenaga elektrik, bahan api utama yang digunakan adalah gas asli berpaip dan gas asli cecair atau LNG (pada kadar sekitar 55 peratus campuran bahan api). Selebihnya arang batu, hidro dan tenaga diperbaharui (Renewable Energy (RE)).

Ramai yang tidak tahu bahawa menurut Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), penetapan harga  LNG adalah berasaskan kepada nilai eksport dari Bintulu dan harga Japan Customs-Cleared Crude (JCC) di mana berlaku kesan jeda masa, masing-masing antara dua hingga empat bulan dan lima hingga tujuh bulan.

Ramai juga yang tidak sedar, ketika semakan terakhir tarif dibuat pada 1 Januari 2014 harga pasaran LNG adalah ditanda aras (benchmarked) pada RM41.68/mmBtu tetapi dalam tempoh Oktober hingga Disember 2014, harganya telah meningkat kepada RM46.04/mmBtu.

Satu lagi fakta yang ramai tidak tahu ialah harga gas asli berpaip, ketika penetapan tarif pada 1 Januari 2014 telah ditetapkan pada harga subsidi RM15.20/mmBtu (juta metrik unit termal British) jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga LNG RM46.04/mmBTU (untuk tempoh Oktober hingga Disember 2014).

Jelas secara amnya, sudah tentu tidak munasabah harga elektrik di Semenanjung turun ketika ini.

Menurut KeTTHA, sebarang pergerakan naik atau turun pada harga minyak mentah dunia akan hanya memberi kesan kepada harga LNG selepas lima hingga tujuh bulan.

Bagi pihak yang merasakan kejatuhan harga arang batu ketika ini (sekitar AS$70 setan) pula sepatutnya memberi kesan penurunan tarif elektrik, mereka perlu faham bahawa harga arang batu yang rendah ini tidak dapat menampung harga LNG yang telah naik.

Penyusutan nilai ringgit berbanding US dolar ada impaknya kepada kos pembelian arang batu. Penurunan nilai ringgit ini juga menjejaskan faedah penjimatan yang diperolehi TNB daripada kejatuhan harga arang batu.

Seperkara lagi yang perlu difahami, tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (Incentive Based Regulation (IBR)) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (Imbalanced Cost pass-Through (ICPT)) yang dilaksanakan pada Januari 2014.

Mekanisme ICPT tersebut membolehkan kerajaan untuk menyemak kadar tarif setiap enam bulan berdasarkan perubahan dalam harga bahan api dan penjanaan.

Malah, sistem yang serupa juga telah diamalkan di kebanyakan negara maju seperti Australia dan negara-negara jiran Asia Tenggara seperti Australia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Susulan keputusan kerajaan pada 5 November 2014 lepas, kerajaan akan menyerap kos ICPT yang dianggarkan untuk tempoh Januari hingga Disember 2014, berjumlah RM847.96 juta menerusi penjimatan daripada rundingan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan penjana tenaga bebas (IPP) generasi pertama.

Namun demikian, wang terkumpul melalui penjimatan rundingan semula PPA tersebut adalah terhad dan tidak akan mencukupi untuk menampung kenaikan harga bahan api di masa-masa yang akan datang.

KeTTHA sebelum ini telah menjelaskan semakan tarif akan dibuat untuk mencerminkan perubahan dalam harga bahan api dan penjanaan berdasarkan mekanisme ICPT tersebut.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga (AWER), S Piarapakaran dipetik sebagai berkata, beliau tidak menjangkakan sebarang semakan akan dibuat untuk semakan tariff yang dijadualkan Julai tahun ini.

“Walaupun harga minyak jatuh, masih terdapat kos tetap seperti caj kapasiti, pengedaran dan penghantaran. Oleh itu, jika harga LNG jatuh, kita tidak mungkin dapat melihat kesan dalam semakan semula tarif akan datang pada Julai ini.

“Ini kerana harga gas berpaip yang ditetapkan pada RM 15.2 setiap mmBTU adalah ‘harga subsidi’,” katanya.

Piarapakaran berkata, walaupun pengguna  menjangkakan tarif elektrik jatuh seperti harga minyak, sektor elektrik sebenarnya lebih rumit.

Dianggarkan sebanyak 42 peratus daripada tarif elektrik purata adalah untuk menampung kos bahan api seperti gas dan arang batu.

Selebih 58 peratus lagi adalah untuk caj kapasiti penjanaan, kos penghantaran (transmission) dan kos pembahagian (distribution) elektrik.

18 comments:

  1. Aku tanya pada kenapa harga barang tak turun setelah minyak turun ia aku tanya pada rafizi ini?
    kalau ikut kos elektrik berape sen sangat lah di banding dengan harga minyak hari digunakan, korang pertahankan orang kaya buat apa dia orang bayar elektrik 200rm hingga 300rm sebulah sedangkan orang sedarharna hanya bayar 40rm sebulah , pr tak reti jimat elekrik buka aircond 24 jam siang dan malam. Macam ini tarif turun gaji tmb di turun kan nak kah pekerja tmb lakukan nya
    Lupa pesan ia.tarik elektrik baru naik sekali, tarik air di pinang naik sampai dua kali mana macai pr tak bising ke maharani dap betty sampai kan boleh guna bag mewah itu dan melacong sana sini macai pr tak bising ke?
    Aku tengok rakyat malaysia gemuk Belaka? sekarang aku tanya pada rafizi ahli ekonomi pkr kenapa tarif air p.pining naik dan kenapa lesen perniagaan naik selangor dan pining bukan minyak dah turun, kenapa kerajaan berjaya turun harga ayam dan kenapa harga ayam gorang tak turun, kenapa karipap tak turun bukan alasan rafizi minyak dah turun ,
    aku tanya pada rafizi sebab dia Kan rajin keluarkan teori penipu rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika anda lebeh arif dan boleh memberi input yang baik dari YB Rafizi ajak lah dia berdebat.......pegi dah setakat komen half past 6 sapa pun boleh.

      Delete
    2. Panggi rafizi itu sekarang ia ada soalan aku tanya ini kenapa harga karipap tak turun
      harga ayam dah berjaya kerajaan turunkan kenapa ayam gorang tak turun ia aku rafizi bagi jawapan salah akan peniaga ayam gorang itu
      Hanya aku yakin rafizi tak akan berjaya jawab punya

      Delete
  2. Apa kata Datuk Seri Ismal Sobri??? Ini perniaga cina dapigs yang tamak dan degil pun pasal?? berniaga monopolist beras, gula, tepong, gas, dll tak kasi suruh turun harga???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Bodoh dan bangang lembu bersuara .....turun harga minyak harga brg kena turun... habis rm turun bukan ke harga brg kena naik????? Kalau nak harga turun..... turunkan kroni dulu!!!! Buat apa bising peniaga tak turun harga. Lembu tahu berniaga ke???? Lembu tahu beli nak murah je.....sebab tu selamanya hidup susah kerana tak fikir tingkatkan pendapatan. Kalau gaji seribu selamanya seribu cukup ke utk masa depan???? Maka kena pertingkatkan pendapatan bising pasal pendapatan bukan bising pasal harga brgan sebab tetap akan naik tahun ke tahun tetapi gaji setimpal ke dgn keadaan semasa!!!! Pakai otk berfikir bukan lutut hanya tahu nak murah....sj.....jgn fikir rm kita senilai usd.... kenapa suka diperbodohkan oleh media masa pertingkatkan nilai rm anda!!!! Bodoh bangang.....ingat singapore dollar ke???? Ini malaysialah bukan singapore.

      Delete
  3. Minyak turun tapi nilai rm juga turun...alat ganti naik harga , industri bayar minyak lebih mahal dr harga kat petrol pump, kos sara hidup meningkat mempengaruhi kos buruh,kalau kos buruh turun nak byr sewa pun x mampu sedangkan harga rumah meningkat gila. Banyak lg faktor kenapa harga tak turun....harga kawlan pun tak turun cth gula, tepung apa cerita tu.

    ReplyDelete
  4. Omakkau pertahankan TNB nampak... dasar kapitalis memaksimakan keuntungan korporat tanpa memikirkan kesan kepada rakyat marhaen.

    Lihatlah TNB buat declaration untung berbillion ringgit dan staff TNB dapat bonus berganda-ganda kekadang tu... Apa yang rakyat dapat?... Sepatutnya kemakmuran itu dikongsikan bersama.

    So....turunkan tarif elektrik... TNB akan lebih dihormati. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. macai pr kenapa pebadanan bekal air pulau pinang nak dua kali setahun pada tahun lepas macai bukan kah p.pining itu banyak kilang macai akan meningkat kos barang cai dan kenapa naik lesen peniaga selangor dan pulau pinang naik cai bukan kah itu menaikan kos barang .
      Di selangor boleh bagi air percuma di pining kenapa tak boleh bagi air percuma
      Kalau ikut kan rumah flat dan rumah teres hanya pakai elektrik sekitar 40rm hingga 50rm itu menbebankan ke cai
      Kalau banglo pakai elektrik hanya pakai elektrik sekitar 200Rm hingga 300Rm buat apa kita bela orang kaya cai
      ini yg aku nak tanya pada macai2 rafizi ini?

      Delete
    2. Kenapa pebadanana bekalan air p.pining naik dua kali setahun pada tahun lepas cai sila jawab

      Delete
  5. Memang kerajaan UMNO ni mcm celaka-PM plak penipu dan perompak-UMNO celaka

    ReplyDelete
  6. Mekanisme ICPT diamalkan negara maju dan serantau itu yang kita ikut tetapi tarif elektrik negara2 tersebut jauh lebih murah dari kita...Hapuskan IPP yang menjana keuntungan tetap berbilion setahun...dasar negara kapitalis sekarang menyebabkan rakyat tidak merasai perkhidmatan yang lebih murah

    ReplyDelete
  7. Poooorah fakta2 yang mengelirukan.....kenapa nak kaitkan jepun...jepun bukan pengeluar gas.....nampak sangat BIAS.

    ReplyDelete
  8. Tahun 2013 TNB untong bersih RM4.2 billion tahun 2014 TNB untong RM6.2 billion bukan makin berkurangan tapi makin banyak untung nya. Wahai macai apa kah kamu tahu bahawa billion itu banyak bukan sikit. Tak boleh ke TNB kongsi keuntungan berbillion itu dengan rakyat. Sudah lah rakyat dibebani dengan berbagai bagai kos yg tinggi sampai naik semput dibuatnya. Nsk tanya apa kah geng gemg macai ini kaya kaya semuanya pendapatan melebihi RM5,900/- spt yg di umumkan oleh Ahmad Mazlan. Kalau ya pun kamu kaya sepatutnya kamu kena berfikir untuk rakyat yg berpendapatan RM2,000/- sebulan. Memang dasar macai dan UMNO utamakan diri sendiri tak perihatin kepada yg susah dan miskin. Rata rata pendapatan rakyat Malaysia disekitar RM2,000/- ke RM3,000/- sebulan tapi jgn lupa gaji jaga,gaji pekerja kilang tak sampai pun RM1,800/- sebulan. Yg merungut pasal harga barang mahal takrif letrik naik air naik ini bukan orang kaya tapi orang susah dan miskin. Org kaya peduli apa kerana mereka ada lebihan kewangan untuk berbelanja. Belajar jadi cerdik sikit lah wahai macai macai jangan belajar jadi bodoh. Haramjadah punya macai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.....
      Sebab tu bising pasal pendapatan rakyat malaysia bukan bising pasal harga brgan kerana berapa murah pun harga brgan itu rakyat malaysia tetap tak mampu sebab saraan lain tetap naik. Maka naikkan gred gaji rakyat malaysia dgn keadaan semasa dgn ini mampu menampung harga brgan.

      Delete
  9. Senang cakap la.. BN UMNO parti haram jadah.

    ReplyDelete
  10. kalau tuurun tu banyak alasan daaa... gitu lah, ginilah tapi bila ketika naik nanti , laju selamba je naik... alasan.... minyak naik maaa... alasan komang tahap longkang daaa...

    ReplyDelete
  11. TNB dan UMNO memang celaka sial! Sekejap kata janakuasa guna diesel, sekejap kata guna arang batu dan sekejap kata guna gas pulak. Ding dong ding dong duit rakyat juga yg mereka kebas, haram jadah betul!!!

    ReplyDelete
  12. Patut ada dua pembekal elektrik mcm sykt telekomunikasi ada celcom, maxis, digi dsb...bila ada byk pembekal elektrik maka ada persaingan dan nak rebut pelanggan kena turun harga...ni dah monopoli pastu byr plak kaw2 kat IPP....yg tanggung bayar RAKYAT yg KAYA RAYA IPP.....bodoh piang....
    smoga Tan Sri Ani Arope bersama2 org yg soleh di jannah aminnn.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...