KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 9 June 2015

AHLI MAJLIS MBPJ DIDAKWA SELEWENG KAMBING KORBAN



Seorang penduduk di Ara Damansara mendakwa Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyeleweng agihan kambing untuk Hari Raya Korban pada tahun lepas.

Abdullah Aziz berkata, surau di kawasannya telah dijanjikan seekor kambing oleh Ahli Majlis itu tetapi sehingga ke hari ini, kambing itu tidak pernah diterima.

Katanya, semakan di surau-surau lain yang telah dijanjikan juga mendapati perkara sama berlaku.

“Yang lebih mengejutkan, MBPJ mengesahkan surau kami tersenarai untuk agihan itu dan bayaran telah pun dibuat,” katanya yang telah menghantar surat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan salinannya dihantar kepada FMT.

Abdullah berkata, pihaknya menghubungi syarikat yang diberi tanggung jawab membekalkan kambing itu tetapi mendapati syarikat itu tidak wujud.

“Kami berasa amat terkejut kerana jika pembayaran telah dibuat walhal kami tidak menerima kambing seperti yang dijanjikan. Kami merasakan telah berlakunya penyelewengan oleh Ahli Majlis tersebut,” katanya.

Dia berkata, amat mendukacitakan perkara itu boleh berlaku di bawah pentadbiran kerajaan yang melaungkan keadilan dan menentang rasuah.

“Saya sebagai penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Selangor khususnya merasa terkesan atas perbuatan tidak bermoral ini dan lebih menyedihkan ia berlaku di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Dan beliau (Ahli Majlis) telah diberi mandat kepercayaan oleh parti dan juga Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali untuk berbakti kepada rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, Abdullah meminta SPRM membuat semakan terperinci bayaran yang telah dibuat oleh MBPJ kepada Ahli Majlis pada 2014 dan 2015.

“Saya merasakan penyelewengan ini telah berleluasa dan tiada pemantauan,” katanya.

6 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. Ahli PASMA boleh pi haji naik rocket penang.

    Neil Armstrong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba perhatikan berapa culas wan jijah dalam hal gempa disabah ini, betapa kejamnya Anwar memperlakukan CheGu Bard danTSKI dan paling akhir adalah menjadikan PKR sebagai hak mutlak dia. PKR hak ahli bukan hak keluarga dia. Siapa lagi tak nampak macam mana dia menjatuhkan TSKI untuk diberi jawatan kepada Bini dia. Hoiiiiiii Anwar, jangan sangka akar umbi buta hati.

      Jeff Ulu Bernam
      Keadilan Since Year 2000

      Delete
  3. Adakah Nurul izzah hadir sesi touch d dog 2014 untuk membodek DAP. Mari kita Tanya ITU Anak mat matang.

    Omak kau tanyakan okey. Please

    ReplyDelete
  4. dulu cakap umno selewangkan lembu sekarang pkr selewang kambing, MBPJ itu bawah azmin ketika bawa pentakbiran kahlid itu, omak kau pergi tanya azmin itu mana kambing itu ia

    ReplyDelete
  5. Rm500 lebih penting dari 250 juta.rela jadi munafik demi khalid gagap..ngeh3

    ReplyDelete