KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 7 June 2015

AHLI PAS JANGAN BERTINDAK GOPOH DAN GELOJOH MENDAHULUI KEPIMPINAN.



Kenyataan Media
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

Ahli PAS Tindak Perlu Gopoh Bertindak Mendahului Kepimpinan

1. Antara ciri wacana fiqh Islam ialah memahami secara cermat, halus dan teliti setiap teks yang terpapar pada pemilihan kata dan susunan ayat sebelum membuat sebarang ulasan dan kesimpulan. Ketelitian ini gagal dipraktikkan oleh sebilangan kecil yang gopoh lalu bertindak pula secara kurang cermat dalam memahami Usul Dewan Ulamak PAS Pusat.

2. Usul tergempar yang diluluskan sebulat suara oleh Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat  ialah "mencadangkan kepada Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat." Usul itu merujuk kepada pelbagai tindak-tanduk menjolok mata oleh DAP terhadap PAS dan Presiden PAS.

3. Usul ini dipinda oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat dengan gaya bahasa lain yang memberi maksud "menggesa Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP".

4. Apabila Usul tersebut diputuskan untuk diterima tanpa bahas dalam Muktamar PAS Pusat oleh Jawatankuasa Usul PAS Pusat ia bermaksud; MELULUSKAN Usul itu untuk DIPUTUSKAN oleh Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat. Ia bukan bermaksud meluluskan Usul untuk terus sahaja Muktamar membuat kepuusan memutuskan hubungan dengan DAP.

5. Persoalannya ialah kenapa usul itu diluluskan untuk diputuskan oleh dua badan tersebut? Kenapa tidak muktamar sahaja membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP?
Jawapannya ialah kerana keputusan memutuskan Tahaaluf Siyaasi dengan DAP adalah melibatkan hukum syarak. Badan yang akan bersidang untuk memutuskan hukum syarak itu ialah Majlis Syura Ulamak.

6. Sebagaimana Tahaaluf Siyaasi dengan DAP sebelum ini diputuskan hukum keharusannya oleh Majlis Syura Ulamak dengan 6 syarat maka begitulah untuk membatalkannya perlu dilihat hukum syarak sejauh mana syarat-syarat keharusan Tahaaluf Siyaasi telah dilanggar oleh DAP.

7. Seterusnya, setelah diputuskan hukumnya oleh Majlis Syura Ulamak maka terserahlah pula kepada Jawatankuasa PAS Pusat sebagai badan pelaksana untuk melihat dan mengkaji serta meneliti kebijaksanaan politik dalam pelaksanaannya menurut kesesuaian masa dan keadaan.

8. Maka sehingga MSU bersidang untuk membuat keputusan menerima atau menolak cadangan dan Usul tersebut berdasarkan perkiraan Syarak kerana melibatkan hukum Tahaaluf Siyaasi;

Dan sehinggalah setelah itu Jawatankuasa PAS Pusat melaksanakan mana-mana keputusan MSU menerusi arahan-arahan yang perlu dan tuntas kepada ahli;

Maka tidak perlu mana-mana ahli dan pimpinan PAS mendahului Majlis Syura Ulamak dan mendahului Jawatankuasa PAS Pusat dengan mengambil tindakan sendiri meletakkan jawatan dalam kerajaan di Pulau Pinang meskipun diminta oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

9. Begitu juga, pimpinan PAS Selangor yang sama-sama membentuk kerajaan Selangor menerusi 15 kerusi Dun dan juga menerusi persetujuan bersama kepada Tuanku Sultan Selangor untuk membentuk kerajaan, tidak perlu keluar daripada kerajaan Selangor sekarang. Sementelah lagi kerajaan Selangor bukan milik bersendiri DAP tapi milik bersama 3 parti yang menyumbang kemenangan pilihanraya pada PRU ke 13.

10. Tambahan pula Usul DUPP juga dalam masa yang sama menegaskan "kekal dalam Pakatan Rakyat" dan bukannya keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Rakyat.

11. Sebagaimana juga penjelasan Dato Mustafa Ali selaku SU Agong di muktamar petang tadi ketika penggulungan; "kita masuk Tahaaluf Siyaasi dengan hukum maka keputusan keluar juga mesti berdasarkan hukum. Dan hukum itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak bukannya oleh muktamar".

12. Maka, saya menyeru pimpinan PAS di Pulau Pinang dan Selangor agar tidak terpengaruh dengan provokasi Lim Guang Eng supaya pimpinan PAS di Pulau Pinang meletakkan perjawatan mereka dalam kerajaan Pulau Pinang. Biarkanlah Lim Guang Eng dengan segala keangkuhannya bertindak menurut apa yang dikehendaki oleh partinya.

Sekian.

Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
7hb Jun 2015
jam 7 pg Kota Kinabalu

20 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. Anuar memang suka jika orang Malaysia penyokong nepotism ala keluarga segam-boot. Sapa layak Jadi mp, Adun,.mb, president parti, posmen, tukang kipas satay, ketua RnD remote control. Semua Bini Dan Anak Sulong yg layak. Orang lain ada PhD, ada experience semua take kayak.

    Aku rasa Abang non ni gila oangkat extreme. Patut hangar tg rambutan sajaaaaaaaaa



    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  3. Guling TSKI Halal. Guling De Facto Haram

    Kurang setahun lebih selepas keputusan PRU13, Anuar Beraheem dan Gang lilin telah berjaya mengerah kesemua orang2 PKR untuk memilih jijah kipas sebagai MB.

    TSKI yang ketika itu berada di Shah Alam tidak tahu menahu lantas kerusi MB mahu dicabut dari beliau

    Alasan yg diberika TSKI membelakangi parti.

    Dulu pun lepas 2008, TSKI dijualang. Tapi Anuar Berahim tetap mau TSKI sebagai calon MB dlm sekelip mata.

    Dia tunggu sat dekat seminggu sampailah TSKI dilantik.

    Lepas tu PRU 13 cukup haul baru Anuar bagi surat sokongan kepada Bini dia dapat jadi MB.

    Ni semua bukti Anuar dan bini bersubahat menggulingkan TSKI.

    Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk bini Anuar tak jadi MB.

    Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

    Inilah wajah "kepimpinan liberal-nepotism, pluralism dan despotism". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

    Ada hati nak cerita pasal keadilan den reformasi konon.


    SELANGOR HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA bn

    Rahsia kekuatan PKR di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli2 dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.

    Perpaduan ini hancur luluh apabila TSKI digulingkan oleh geng2 Kajang Move, Gang lilin serta keluarga Segam-Boot.

    Sedangkan TSKI berpengaruh besar di kalangan PKR Selangor serta pengundi2 Selangor.

    Bukan stkt dgulingkan, mereka yang amanah menyokong TSKI juga dibuang, digantung da nada dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Gu Bard

    Sedangkan orang2 yang dikatakan rapat dgn TSKI ini banyak berjasa kepada PKR Selangor.

    Makanya, kalau Selangor jatuh adalah kerana hasil kerja tangan gang2 lilin pimpinan clan segam-boot dan Gang Kajang Move yang berjasa memecah belahkan PKR Selangor.

    Syabas kerana Gang Lilin dah buat kerja untuk musuh.

    Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak2 nepotism pkSahakal menumbanngkan kerajaan Selangor dan menyerahkannya kepada musuh
    Gang2 yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Justice.

    Cakap tak serupa bikin

    TULANG BADAK @ MURATABAKWAVES

    ReplyDelete
  4. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

    Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

    Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

    Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

    Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

    Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

    Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

    Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

    Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

    Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

    Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

    De Facto PKR harus memilih samada:

    1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
    2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

    Jangan jadi kuih talam

    Jangan mungkir janji.

    Jangan malukan parti

    TULANG BADAK
    Murtabak Waves

    ReplyDelete
  5. depa tak mau letak jawatan pecat..tang cari makan nak kaji pulak ...poodah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari topic. Orang cerita Anuar
      Bodos betul

      Delete
  6. Mai tengok lidah tu ..... berbelit2 ....
    Inilah ulama PAS yang disegani ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lari topic. Orang cerita Anuar
      Bodos betul

      Delete
    2. org tolol mmg camtu...bila pemimpin kata ketetapan...dia kata peribadi...tapi bila org kata usul dia buat2 cam ketetapan plak...bahasa pun x fhm...lepas ni suruh ulamak buat statement kot bahasa england la plak...tapi...jenis tolol ttp tolol ikut bahsa mana pun

      Delete
  7. Lari topic. Orang cerita Anuar
    Bodos betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuar dah disg buloh nak crite ape lg?sanggup ke nak mintak maaf dgn dia sbb burokkan dia?

      Delete
    2. Nuar dah disg buloh nak crite ape lg?sanggup ke nak mintak maaf dgn dia sbb burokkan dia?

      Delete
    3. Nuar dah disg buloh nak crite ape lg?sanggup ke nak mintak maaf dgn dia sbb burokkan dia?

      Delete
  8. Omak kau tapislah komen kebanyakan oarng gila ni,otak kt lutut,meroyan je,kesian ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. apo pulok nak tapis2 kau ingat omak kau jual santan. dia janda tau...susupun boleh thn besarnya. tak tau khalid gagap dah nyoyot ke belum. kalau najid mau kasi sama dia la to aku ingat kak roselle punye lg besar. ulamak tersohor serba maksum gi sabah ganti sbg wakil peribadi pok jid, ug le katakan. mohidin bengang lalu lari keluar...kah3

      Delete
  9. Bila terancam periuk nasi mulalah mengelabah. Semua yang berjawatan nak bercakap. Jangan kata ulamak tak buat silap, jangan kata ustaz tak terlepas cakap. Sekarang macam-macam statement timbul. Lantak kelianlah. Sekarang dah ada kuasa lu bikinlah apa lu suka.

    ReplyDelete
  10. woi pak lebai lebih baik lu keluar dari pakatan buat menyusah kan sahaja.lu orang sudah kuat sekarang buat apa duduk dalam pakatan lu lone ranger pun boleh menang apa.hidup pak lebai hidup pak lebai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangla kuat. Sebab tu tak nak pakai otak orang profesional. Sekarang pun dah banyak duit. Kereta pun dah besar dan yang penting batu penghalang dah meninggal dunia. Lagi lah senang nak bergerak. Kita tengoklah PRU akan datang sama ada benar-benar kuat atau pun jadi parti kampung. Memandangkan mereka hendak sangat bergabung dengan UMNo jadi kita jangan buang masa. Terus aje undi UMNO sebab undi UMNO juga sama seperti undi PAS

      Delete
  11. Hello doktor ayam, yang gopoh dan yang gelojoh tu geng 'chai' dan pengampu mereka. Ampu punya pasal heboh satu dunia. Lepas tu dah putus hubungan banyak pulak cerita!! Agaknye inilah sebabnye tak lama memerintah Terengganu dan Kedah!! Kalau lama lagi punah ranah!!

    ReplyDelete
  12. Kl dah Gian eng dh jadi km...dia kn berkhidmat utk rakyat negeri pp tanpa mengira parti . .ini dh lebih . .

    ReplyDelete