KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 4 June 2015

BERITA BURUK UNTUK PEMBENCI PAS ... PAS AKAN KEKAL BERSAMA PAKATAN RAKYAT WALAUPUN DIHINA, DIFITNAH, DICACI CERCA DAN DIMAKI HAMUN.



Walaupun dihentam dan dikritik teruk oleh rakan sekutu di dalam Pakatan Rakyat (PR), Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus komited untuk meneruskan tahaluf siyasi yang sudah terjalin sejak 2008 itu.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama politik itu akan tetap diteruskan selagi mana ia tidak melanggar syariat Islam.

“Pimpinan dan ahli mestilah menjaga dan memelihara tahaluf siyasi.

“Oleh yang demikian, PAS akan tetap dan terus melaksanakan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selagi tidak bercanggah dengan Al Quran dan Sannah,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan PAS ke-61 disini hari ini.

Dalam pada itu, tegasnya, tidak wujud pemisahan di antara golongan ulama dan profesional di dalam parti itu.

Malah menurut Hadi, kerjasama melibatkan dua golongan itulah yang menggerakan PAS sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya tidak ada pemisah di antara ulama dan profesional dalam bahtera PAS.

“Apa yang berlaku adalah kita berdepan dengan tempias sekularisme yang diwujudkan untuk penghalang kebangkitan Islam, yang cuba membolos ke dalam saf gerakan Islam,” katanya.

Hadi berkata golongan profesional adalah tenaga yang sangat penting dalam parti, sebagaimana pentingnya golongan ulama dan juga aktivis parti.

Susulan daripada itu, beliau mengingatkan ahli-ahli PAS untuk tidak terperangkap dengan permainan musuh yang cuba memecah-belahkan parti itu.

“Jangan ada di antara kita yang terperangkap dengan mainan musuh yang cuba memecah-belahkan kita dengan melontarkan slogan pengasingan antara ulama dan profesional,” tegas beliau.

PAS selama ini berdepan dengan persepsi wujudnya perpecahan dalaman melibatkan golongan ulama dan juga profesional.

AMBIK LADING MENAMPAR ULAR
KETANAH ABANG BARANG DIKAUT
BOLEH BERTANDING JANGAN BERCALAR
BIDOK BERLALU KIAMBANG BERTAUT...


REBUNG BULOH DIBUAT ULAM
KUMPUL DIIKAT DENGAN GETAH
BERPEGANG TEGUH BERSAMA ISLAM
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH


15 comments:

  1. Berani ke PAS nak tinggalkan pakatan? PAS parti miskin, semua orang tahu PRU13, DAP yang biayai kos2 tu. Ini semua lakonan PAS. BN dah lama tahu tapi buat2 tak tahu. Sampai kiamat PAS akan jadi office boy DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Igt PAS parti apa... Pas lbh lama hidup dr parti pkr.. dan lagi satu Pas x mkn duit haram rakyat mcm parti be end ... dasar anon 12.36 anak haramjadah....

      Delete
    2. Anon 12:36. Ada bukti Ke Pas pakai duit DAP ??
      Kalau xde, jgn suka2 he buat fitnah. DLM kubur nanti jawab la

      Delete
  2. Lebih baik berpisah kiranya tidur sebantal mimpi lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fadzil ni mimpi basah main dgn kaldai

      Delete
    2. Takde siapa pun yg mau tidor sebantal ngan nuar...takut kena jubo. ngeh3

      Delete
  3. Fadzil yg kau sibuk.. tidur sebntl mmpi lain2.. apahal.. .. ada org kisah... lain kalau mak kau atau bini kau tidur sebantal dgn bapak kau dan kau tp dok mimpi.. jantan2 lain ... dh kemaruk sgt kot..yg tu kau kena kisah..

    ReplyDelete
  4. Alaaa kebanyakan pas lulusan sekolah taska jer....mana nk berani kuor pr....kang kena gelak jer dlm parlimen. .. ckp omputeh pn x reti hehehe..ko tgk si mahfuz bean g astrolia pn bwk translater hahahaha...dok bwh kelengkang dap jer la....nk jd pemimpin negara konon. ..kahkahkah. .....cuba ko sruh pas ckp omputeh. .....mampus terbelit lidah.....hahaha. .....


    Sekian terima kasih
    umno dulu kini dan selamanya. ..

    ReplyDelete
  5. Jangan salahkan hj hadi...salahkan anwar. Anwar selaku ketua pembangkang sblm ni yang galakkan sifat kurang ajar, tak hormat org lain melalui serangan dari dap & ahli pas sendiri terhadap presiden pas. Nama2 seperti hanipa maidin, khalid samad, saari sungip...dll diorang lebih hormat aljuburi lebih dari hj hadi. Silap bacaan yg sebenarnya...ingatkan bernaung bwh anwar dah cukup kuat. Pemilihan kali terimalah padahnya.

    ReplyDelete
  6. Hahaha.....
    Memang tahu pun pas tidak akan tinggalkan pr sebab perjuangan pr adalah menumbangkan umno begitu juga pas jadi apa ke jadahnya berpecah akhirnya umno terus berkuasa rakyat pula semakin merana. Kalau umno bagi sesiapa wang sogokkan pun akan ada pihak sokong umno tetapi itu kalau kamu pentingkan diri tetapi tidak pada org yg nak tegakkan keadilan pada semua rakyatnya dan mahu selamatkan malaysia bukan jual negara kayakan mrk akhirnya rakyat yg tertindas dipertanggungjawapkan.
    Bagi bloger gila tu sy tidak hiraupun sebab mrklah musuh dlm selimut penggali lubang buat melayu bodoh.

    ReplyDelete
  7. Usah kelentong la.Sebenarnya UMNO la yang memerlukan PAS sebab dah nak lingkup. Jadi keadaan tunggang langgang ni kerja depa la. Yang DAP pun satu hal over sangat. Tunjuk la kematangan sikit. Di harap kepimpinan PAS yang baru nanti tunjuk lah kematangan berpolitik macam Arwah Nik Aziz. Jangan tertipu oleh permainan UMngok.

    ReplyDelete
  8. Aah.....memang betul cakap anon 13:50.....pemimpan pas memang x reti cakap org putih.........aritu Aq tengok sidang media.....ada wartawan Tu tanya soalan Kat hadi dalam bahasa inggeris.....Tapi die jawap dalam melayu......hehehe.......macam ni kerr nak jadi pemimpin negara......ultra2 melayu pemimpin umno pun.....dieorg masih pandai bahasa inggeris........sebodoh2 Ahmad maslan tu pun.... .he still fluent in English...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fluent in English buat apa kalau menggasak duit rakyat. Perit sendiri buncit. Perut rakyat kempis tak makan.

      Delete
  9. mabuk ke ape ni...nk bersama PR...nk putus ngn DAP...ooooo kwin..pstu asing2...gitu

    ReplyDelete