Monday 1 June 2015

BILA MENTERI URAT OTAKNYA TERSUMBAT BERBICARA ... SANGGUP CADANGKAN KEM TRANSIT PEMERDAGANGAN MANUSIA YANG TERJUMPA PULUHAN MAYAT DIJADIKAN PRODUK PELANCONGAN NEGARA



Datuk Seri Shahidan Kassim mencadangkan agar kem transit sindiket terbaru yang ditemui berhampiran sempadan Malaysian-Thailand dijadikan sebagai produk pelancongan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dilaporkan Mstar Online sebagai berkata, ia mempunyai potensi untuk diketengahkan memandangkan kemudahannya yang lengkap seperti surau, masjid kayu, rumah imam dan ladang sayur.

Kem yang terletak di Hutan Simpan Mata Ayer di Lubuk Sireh ini juga amat berbeza dengan kem transit yang ditemui di Bukit WangBurma, Wang Kelian,

"Ia merupakan kem terbesar di kalangan 16 tapak perkhemahan yang ditemui dan ia terletak sekitar 100 meter dari sempadan,” katanya yang melawat kem transit itu semalam, sebagaimana dilaporkan portal berita itu.

"Biar pelancong melihat semua yang berlaku. Apabila tempat ini dijadikan sebagai tempat pelancongan yang baru, ia akan menghalang aktiviti penyeludupan manusia," katanya.

Sementara itu, 35 rangka manusia dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia yang dijumpai di hutan Bukit Wang Burma di Wang Kelian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah untuk proses patologi.

Setakat ini, sebanyak 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia ditemui antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.

Sementara itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat individu yang terlibat dengan kem dan pembunuhan berkenaan dipercayai bersembunyi di Ranong, Thailand bersempadan dengan Kawthoung di Myanmar.

12 comments:

  1. Suruh cina dap je jaga sempadan. Bukan stkt rohingya, somalia pun dia bawa masuk. Baru untung maa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syor penjara sg buloh jadi pusat pelancongan. Sel anwar tu buat pakai kaca. Sekolah2 boleh buat lawatan sambil belajar. Asuh murid2 jangan terjebak dengan liwat, gay, tukar jantina.

      Delete
    2. Saya setuju.
      Antaranya.
      1.Pulau bedong
      2.bt puteh.
      3.kem kominis.

      jika thailand dan vietnam boleh memajukannya. Kenapa kita tak boleh?.

      Delete
  2. PM melayu, menteri jaga polis melayu, ketua polis melayu, yang bekal senjata dan peralatan pun melayu, yang buat rodblok pun melayu, yang jaga lokap pun melayu, yang dakwa orang pun ketua dia melayu, yang herannya jangankan orang asing, senjata dan dadah, mercun bola pun boleh senang masuk menyelinap. Hidup melayu dan parti melayu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau beli & main mercun seludup lagi nak hipokrit tanya macam-macam

      Delete
    2. Makan dadah n main mercun pun org melayu mcm anon 11:41..

      Delete
    3. Bila dah tak boleh jawab, bila dah keturunan satu bangsa yang teruk maka jawapan pun mula lah merapu. Kesian melayu ada negeri pun tak reti nak jaga!! Tak macam orang Singapura walau pun kecik tapi rakyatnya ada banyak...sekali lagi...ada banyak rumah di JB, Melaka, KL, Penang dan sebagainya. Yang best tu ameno Singapore boleh berkubur tak bernisan. Sedangkan serpihan PAP di Malaysia boleh perintah satu negeri. Kah kah kah. Kesian Melayu. Nasib baik ada kotak-kotak kasut DBKL. Kalau tidak, duduklah bawah kolong!!

      Delete
  3. Kenapa sekarang baru nak cadang. Dulu masa engko pergi sana berapa kali kenapa diam je. Yang bestnya IGP buat-buat terperanjat kononnya tak sangka ada kubur Rohingya disana. Dengan sapalah nak diharap dinegara ini.

    ReplyDelete
  4. Apa macai pkr ini cuba tengok kes pol pot kem kekejaman pol pot ramai je tengok kem tahanan seksaan rumah banglo itu jadi kubur ada dekat situ tengorak pun ada dekat situ

    ReplyDelete
  5. Aku yakin x de sapa nak p situ...silap hb kena colek ke..bawak lari ke. Apa punya pemikiran depa ni...

    ReplyDelete
  6. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKY WIJOYO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH KABOIRENG dan dengan senang hati AKY WIJOYO mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi AKY WIJOYO semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKY WIJOYO DI 085=339=056=944 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama AKY WIJOYO

    ReplyDelete
  7. Siasat Shahidan sekali.
    Apa penglibatan dia dalam business buruh asing dan organ manusia.
    Perlis tu kecil je. Tak kan tak tau apa berlaku disana.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...