Saturday 6 June 2015

HANIPA MAIDIN SEBAK TITIS AIR MATA DIMUKTAMAR PAS



Bekas Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Hanipa Maidin menitiskan air mata ketika mengenangkan bantuan pernah diberikan kepadanya oleh salah seorang kakitangan ibu pejabat parti itu, Syed Mohamad Syed Hassan.

"Selepas pilihan raya umum 2004, selama dua minggu kami peguam PAS berkurung dalam sebuah bilik di Taman Melewar (untuk menyediakan petisyen pilihan raya).

"Apa yang ramai tak tahu, orang yang banyak membantu kami ialah Allahyarham Syed Mohamad.

"Beliau membawakan kopi untuk kami pada waktu malam," katanya sebelum terhenti selama kira-kira seminit dan kelihat menangis teresak-esak.

Selepas itu para perwakilan bertakbir, manakala Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz kemudian menghampiri Hanipa sebelum memberikan sekotak tisu kepada ahli parlimen Sepang itu.

Pengerusi Tetap Husin Ismail pula menenangkan Hanipa dengan mengatakan: "Tak apa, tuan haji (Hanipa) ambil masa."

Syed Mohamad adalah kakitangan pejabat PAS yang meninggal dunia pada Januari 2012.

Beliau dikatakan sebagai seorang wira tak didendang dalam PAS.

Kemudian, selepas reda Hanipa menyambung ucapannya dengan menceritakan Syed Mohamad - atau dikenali sebagai Pak Syed - telah membantu beliau bersama rakan peguam PAS yang lain untuk memudahkan urusan mereka menyiapkan petisyen.

Garang tapi lembut hati

Tidak sampai seminit, Hanipa sekali lagi sebak dan menamatkan ucapannya dengan mengharapkan supaya Lajnah Guaman PAS akan terus membantu parti.

"Minta maaf saya tak boleh nak cakap lagi. Saya harap Lajnah Guaman dapat terus membantu parti," kata Hanipa.

Turut kelihatan sebak ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Selepas itu, Husin kemudian cuba memeriahkan suasana muktamar dengan mengatakan bahawa Hanipa seorang yang berhati lembut walaupun dilihat "bergegar" ketika  berucap.

"Walaupun tengok bergegar dalam perbahasan, tapi hati dia lembut. Hari ini bukan hari untuk ucapan perpisahan tetapi hari ini hari untuk mengolah suasana dan menggalas perjuangan dan saya rasa insya-Allah ke arah memperkasakan perjuangan Islam," katanya.

Hanipa adalah salah seorang pemimpin progresif yang disingkirkan kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS kelmarin.

Beliau dikenali sebagai peguam yang banyak membantu PAS dalam kes mahkamah, tetapi disorak dan diejek dalam muktamar semalam.

23 comments:

  1. macam ada muka syaitan kat belakang tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setan yg xngaku setan tp gelar org setan

      Delete
    2. Airmata mamak...tipu punya kaki.

      Delete
  2. Mamak yg korang ambik. Kaki putar pnya hanipa

    ReplyDelete
  3. lepas ni ke makhamah boleh serah kepada alfadhil usta harun din, alfadhil ustaz tuan ibrahim, alfadhil ustaz nik abduh dan kuncu2nya alfadhil ustaz2 untuk bawa kes .. golongan profesional tak syarie kurang tarbiah, kurang mendalami alquran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai lagi peguam professional dlm pas yg lebih Islamic la wlpun tnpa jwtnkuasa pusat

      Delete
    2. Jenis setan mmg rasa diri dia je bagus.....terlbh bagus...dia jer pandai...dia jer tahu.....dia jer mulia

      Delete
  4. Dok fitnah org pengedar pil kuda tu dah tentu malaikat..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...xderla pandai sgt soal guaman dan undang2...xderla fofesional sgt...patut kalah...ni mesti jenis masih lg dok pegang ratib ug ug....kesian...baca tmi dgn mk ke?

      Delete
  5. Tektik simpati. Dah kalah. Saje nk bagi org kenang kerja yg dibuat. Dah ko peguam kenala berkurung kasi siap itu kirjaa dey tambi.

    ReplyDelete
  6. Kalau dia sedih dan berjuang ikhlas kerana Allah SWT dah tentu dia dapat pahala. Yang pasti nya hangpa yang mengumpat dapat dosa kering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikhlas bangkang dan mengaibkan ketua sendiri...ikhlas x pernah tau isi ruu hudud...ikhlas nk tlg bapok berpakaian pondan...ikhlas xnk hudud...mmg ikhlas...

      Delete
  7. LPs ni harap Hanipa boleh bezakan antara mengkritik dgn menghina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ckp org...kritik...org ckp psl dia...hina...ini dap punye fofesional

      Delete
  8. MAMAKSUM NI GUNA TEKNIK UMNO

    MAHATHIR NANGIS LEPAS HILANG JAWATAN

    MAMAKSUM NI NANGIS LEPAS HILANG JAWATAN

    KAH KAH KAH

    MAMAKSUM UMNO

    TUDUH ORANG UMNO

    DIE TIRU PERANGAI UMNO

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  9. Elok jg PAS dikuasai UG, supaya mudah halatuju utk bersama umno biar jelas kpd penyokong dan rakyat.

    PAS takkan keluar PR sebab masih ada agenda umno yg belum dipenuhi. PAS mesti menjadi alat utk umno merampas selangor by hook or by crook.

    Umno tk peduli kelantan yg miskin dan banjir tu. Biarlah kelantan menjadi gelanggang PAS bermain2 syok sendirian selama2nya.

    Bila PRU14 nnti, dgn PAS masih dlm PR, maka PR terpaksa bahagi2 kerusi dgn PAS. Sudah tentu calon professional tk dipilih UG terutama tokoh2 hebat yg dicop ‘barua’. Maka sudah tentu calon2 UG juga yg dipilih.

    Maka dua keadaan mungkin berlaku:

    1. Jika PAS menang beberapa kerusi bersama PR, maka PAS akan belot selepas itu utk sekongkol dgn umno, maka kerajaan negeri terpaksa dibubarkan. Ketika itu tidak ada lagi tokoh2 ‘barua’ yg akan menyelamatkan PR selangor seperti mana keberanian 2 adun PAS yg ‘tidak wala’. Maka ia memberi laluan mudah utk umno rampas semula selangor.

    2. Jika PAS bersama PR melawan umno,maka tokoh2 baru yg belum dikenali rakyat selangor dpd UG akan kalah, maka ini juga menyebabkan PR selangor akan kalah dgn sendirinya. Tokoh2 UG tidak akan lagi menerima sokongan pengundi bukan melayu yg sudah kenal hubungan sulit PAS dgn umno.

    Jika selangor berjaya dirampas umno, maka barulah agenda umno selesai menggunakan PAS. Habis madu maka boleh lah sepah dicampak dalam longkang ketika itu.

    Ketika ini juga PAS galak memushui Dap. Ini sebahagian agenda umno utk merampas PPinang pula. PAS tak peduli dlm BN ada MCA dan MIC yg lebih terbuka menolak hudud. Mereka juga bukan melayu dan bukan islam. Tp demi bercinta dgn umno PAS boleh terima semua tu dan memangsakan DAP sahaja.

    Ketika Ppinang tumbang kpd umno nti, maka lengkaplah agenda umno menggunakan PAS dan UG. Ketika itu bolehlah hadi jadi mufti dan penasihat agama gantikan Jamil Khir sahaja. Minta maaf kalau umno nk bagi jawatan penting negara kpd PAS sedangkan ramai lagi pemimpin umno yg kempunan jawatan2 penting.

    Minta maaf kalau umno nk serah PAS laksana hudud di malaysia sebb tangan mereka dululah yg berhak dipotong kerana byknya penyamunan harta negara.

    Apa yg perlu kita buat sebelum PRU14 ialah kita kena pantau UG dlm PAS. Kalau boleh biarlah mereka keluar dr PR, senang jelas nk berjuang tanpa musang bulu ayam. Jika PAS keluar PR senang kita letak calon PR lawan PAS dan umno dpd PAS menang atas tiket PR tapi akhirnya belot.

    Kita berdoa jika memang itulah agenda PAS UG utk menjadi pengkhianat PR, maka mereka akan terkeluar dgn sendirnya dpd PR. Semuga UG diberikan maruah dan harga diri utk declare dgn jelas mereka bersama umno demi agama dan kesatuan bangsa kununnya.

    Kita nk tgk adakah umno akan izinkan PAS menjadi calon2 BN lawan PR nnti dn mengenepikan tokoh2 mereka sendiri.

    Rasanya tanpa golonga prgofesional dlm PAS , tidaklah perlu UG malu2 alim kucing utk tidak bersama umno. Jgn beromen dlm gelap tak baik nnti kena tangkap basah lagi malu. Malu kpd Allah dan Rasul dan dicemuh umat manusia yg dikhianati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh omak kau samolah den, den cayo tu! Memang den cayo tu, sobab jolas ado angan-angan Hadi tu nak jadi Menteri kabinet najib dari dulu lagi!

      Itu sebebnya ulemak Hadi den tak cayo. Ulemak saja yang boleh geng dengan budaya umeno.

      Delete
    2. Ni satu lagi contoh PAS HARAM BERBAIK DENGAN UMNO tapi........ pkr boleh berpeluk cium, jilat bontot dapigssss. berbagai2 teori yang keluar untuk menghalalkan pkr menjadi budak suruhan dapigsssss. syabas pkr, anda memang budak suruhan terbaik.

      Delete
    3. Anon 15:56 lebih baik kau senyap je... ada negori kau ikut farait dah terang2 tolak hukum lslam... dah nyata farait itu undang2 lslam ni kau org guna pakai ikut adat sebelum kedatagan lslam apa cita.kau x payah cita pasal budaya umno... budaya tolak hukum lslam tu kau ikut dulu.

      Delete
  10. PAS SBG GERAKAN DAKWAH tak lebih dari itu PAS berkawan atas nama ISLAM walaupun PAS tau MALAYSIA ditubuh atas perjanjian bukan atas landasan AGAMA ISLAM...Yang memusuhi PAS adalah golongan yg benar2 anti ISLAM dan tak mau slogan ISLAM berkumandang di BUMI MALAYSIA ....Parti GERAKAN yg nak turun mahkamah Tinggi itu salah satu agenda hendak menggagalkan hak orang ISLAM...Mereka guna kan tokoh2 melayu liberalis yg entah apa2 mutu muslimnya sebagai kontijen mereka agar dapat memujuk orang Islam yg menggambarkan ajaran Islam ini kolot perlu pembaharuan mengikut acuan akal mereka bukan kata2 ulamak terdahulu...Jadi kepada sesiapa sahaja orang Islam tak kira dari PAS,UMNO,PKR atau mana2 NGO islam kena hati2 dengan agenda anti islam mereka...

    ReplyDelete
  11. Mamak medin ni betul beyil air mata mamak.....org cakap jumpa mamak jumpa ular maka bunuh mamak dulu...ahaksss....stajat cerita beri kopi ngan photostat pun dan nangis....kepala butuh la mamak nih......yg ko cakap haram sister in islam lepas tu ko tarik balik sokong sister in islam ko tak nangis pulak.....dasar mamak syiah....air mata kepala butuh mamak nipah medin....adios mamak nipah...

    ReplyDelete
  12. kesian orang yang maki hamun orang tua tu. Macam mana nak minta maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK PAYAH MINTAK MAAF SEBAB ULAMAK PAS TAK MENGELUAR KAN SEBARANG KENYATAAN JADI BENDA TU DIKIRA HALAL DI PIHAK ULAMA

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...