KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 1 June 2015

HISHAMUDDIN SANGGUP LETAK JAWATAN TETAPI DENGAN BERSYARAT.




Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersetuju meletak jawatan daripada Menteri Kabinet.

Namun, Hishamuddin yang juga sepupu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau hanya akan meletak jawatan jika beberapa syarat dipenuhi.

Melalui Twitter, Hishammuddin menyatakan, syarat-syarat itu ialah syarikat pelaburan negara, 1MDB, mesti menjalani proses rasionalisasi dan mana-mana pihak yang bertanggungjawab ke atas sebarang salah laku mesti diambil tindakan.

Katanya, proses rasionalisasi 1MDB itu juga mesti dilakukan secara telus.

Hishammuddin memberi respon terhadap gesaan Najib supaya Menteri Kabinet yang tidak bersamanya dalam usaha memulihkan 1MDB supaya meletak jawatan.

Najib dikatakan membuat gesaan itu dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia pada Isnin.

Akhbar itu memetik sumber sebagai berkata, tiada seorang pun Menteri Kabinet yang menyatakan pendirian untuk tidak bersama Najib.

11 comments:

  1. Kabinet takut punya......takut tak dapat hidup mewah macam sekarang.......Hishamudin itu pun gimik sahaja.......kenapa Najib tidak cabar majlis tertinggi sekali.....Madey cabar Najib lepaskan jawatan sekarang dia pulak cabar kabinet.....kalau bagitu lebih baik kita adakan pru14......

    ReplyDelete
  2. pooorrrrah,

    ReplyDelete
  3. Teloq ada ka....
    Ada telor ke...
    hidup tanpa telor ibarat pondan..
    bagi lelaki yg hidup penakut macam pondan lebih baik berhenti dari pegang jawatan.. tak ada prinsip hidup...yg penting dapat duit, biar prinsip dan amanah digadaikan...
    Bila masuk kubur pandai2 sendiri la awak semua menjawab...

    ReplyDelete
  4. NAJIB SURUH ORANG LETAK JAWATAN???

    KAH KAH KAH

    NAJIB DULU LETAK JAWATAN LA

    ADE BRAN KE NAJIB??

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  5. Page umngok tengah bergaduh sesama sendiri...kahkahkah..ada hati nak sibuk kat sini. Kalau setakat nak nasihat buang masa je...salah tempat beb!

    ReplyDelete
  6. Jgn sampai Allah hukum..baru nk nyesal.perasuah besar sgt d sanjung...jgn undang bala yg d sangka- sangka wahai umat islam..
    itu sudah trlewat..dah..takut pd manusia tpi tk takut Allah..

    ReplyDelete
  7. Najib bos, hishammuddin ada perkerja itu macai tak tahu, yg boleh jatuh najib ialah rakyat. bukanya macam anwar, tun m suruh anwar letak jawatan dia tetap berdegil.
    Kita bukan macam tun m ahli biasa nak suruh presiden letak jawatan dia sedar dia tak sedar dia hanya ahli biasa,

    Yg boleh jatuhkan najib ialah cara undi, bukan nya cara merusuh macam macai pkr itu

    ReplyDelete
  8. Hahaha.......
    Umno dlm dilema ....negara dlm keadaan menuju krisis ekonomi.... bursa bskl mula menampakkan menjunam minggu demi minggu kerajaan mula tak mampu menampung satu demi satu kejatuhan.
    Rakyat pula semakin binggung keliru manakah arah tuju yg harus ditujui, bloger pula saling mengkritik mana baik mana buruk sehingga semakin rancak asal ada apa berita baik dari pas pkr dap malah umno bn akan di kritik dan melayu mula berpuak2 menyokong salah satu kumpulan dan saling melontar pandangan masing2. Adakah bloger membantu atau mengeruhkan lg keadaan semasa negara??? Blog2 pula cuba memberikan berita hangat bagi menarik pandangan umum terutama bloger sesawang utk memberi pandangan masing2.
    Sejarah telah berlalu dan masa depan dtg tiba, perubahan pasti akan belaku tak kira bertapa bijaknya kita mempertahankan perubahan tetap akan berlaku. Negara malaysia perlu satu perubahan besar demi masa depan yg lebih baik dan makmur, utamakan rakyat bukan kelompok kumpulan kecil di sanjung dijulang dimakmurkan diambil beratkan yg akhirnya rakyat teraniaya utk mrk yg berkuasa.

    ReplyDelete