Wednesday 3 June 2015

ISU KUNCI RANTAI ADA LAMBANG MENYERUPAI SALIB ... SURAT PENJELASAN DARI PENGARAH KOLEJ MATRIKULASI PERLIS KEPADA MUFTI PERLIS.



Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis, Nuzrin Nuiman tampil menjawab isu 'salib' yang dikatakan terdapat pada rantai kunci yang diberikan oleh pihak kolej berkenaan kepada pelajar baharu sesi 2015/2016 minggu lalu.

Nuzrin berkata, pihak kolej pada Sabtu lalu telah menerima aduan daripada seorang pelajar yang mendakwa terdapat lambang salib pada rantai kunci kolej.

"Sebenarnya simbol seumpama lambang salib itu digunakan untuk dijadikan tapak untuk melekatkan plate logo Kolej Matrikulasi Perlis.

"Untuk mengelakkan isu ini berpanjangan, pihak kolej telah memaklumkan kepada pembekal untuk menarik balik dan menggantikan dengan kunci rantai yang baharu," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Mengulas lanjut, Nuzrin berkata, pada Ahad lalu, pihak kolej telah membuat pengumuman kepada semua pelajar untuk menyerahkan semula rantai kunci yang dibekalkan kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) Kolej Matrikulasi Perlis.

"Proses kutipan balik selesai pada 1 Jun (kelmarin) dan diserahkan kepada pembekal," katanya.

Isu berkaitan lambang salib ini telah menjadi viral di laman sosial sejak petang semalam.

6 comments:

  1. Pelik...
    Selalunya tapak plate tak pakai tanda salib la....
    Ada udang sebalik mi ker?

    ReplyDelete
  2. Apa laie omakkau bakar la.. point ni.. org2 islam tu anti salib.. klua la kenyataan.. dorg ni pelampau anti salib.. mcm ko buat dulu kt org2 islam 'anti salib di kawasan melayu'.. tapi ko tulis dorg 'anti salib' sekerat seolah olah dorg tu teroris xda tolak ansur. Mana tau ko dpt jumpa pope nnt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salib adalah milik agama Kristian maka salib tidak wajar diberi kepada orang Islam !

      Orang Islam sebagai penduduk majoriti negara ini membenarkan orang Kristian mengamalkan agama Kristian. Sebaliknya, sejarah memberitahu kita bahawa orang Kristian di Spanyol(Spain) telah memaksa orang Islam dan Yahudi memeluk agama Kristian dan merampas semua masjid untuk dijadikan gereja ! Ini bererti tindakan orang Kristian adalah jenayah kemanusiaan yang amat berat berbanding dengan bantahan terhadap salib. Maka kita semua tahu siapa pelampau sebenarnya !

      Delete
  3. syabas kpd pihak Kolej Matrikulasi Perlis krn pantas bertindak.
    Pembekal yg membekal barangan tu serta yang membuat tempeh mesti diambil tindakan.

    ReplyDelete
  4. Objek itu jelas berbentuk salib ! Lagi terang lagi bersuluh. Mengapa salib ini diberi kepada pelajar Islam? Yang jelas salib adalah bertentangan dengan akidah Islam ! Inilah akibatnya apabila jokers and clowns diberi jawatan menjaga pelajar!

    Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan Kali Ke - 81 yang bersidang pada 19 April 2012, telah membincangkan mengenai Hukum Orang Islam Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang-Lambang Agama Lain, Contohnya Salib Dan Seumpamanya, Mesyuarat telah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib dan seumpamanya sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...