Wednesday 3 June 2015

ISU PEGAWAI KANAN SPRM MEMILIKI BEBERAPA UTAS JAM BERJENAMA MEWAH YANG KENA CURI ... SPRM TAMPIL MEMBERIKAN PENJELASAN DEMI PENCERAHAN



KUALA LUMPUR - Barangan berbentuk beberapa utas jam tangan mewah yang dilaporkan hilang selepas rumah seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipecah masuk, adalah milik peribadi suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan.
  
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM Rohaizad Yaakob berkata SPRM memandang serius tohmahan yang dilemparkan menerusi media sosial ke atas pegawainya itu kononnya beliau memiliki harta di luar kemampuan.
  
Susulan itu, SPRM akan membuat laporan polis berhubung isu ini dan mahu Polis Diraja Malaysia menyiasat tindakan pihak tertentu mendedahkan aduan yang dibuat mangsa menerusi media sosial, katanya.
  
"SPRM ingin menjelaskan pegawai yang dimaksudkan hanya menyertai SPRM pada 1 Jun 2015 (Isnin) bagi menyandang jawatan Gred 44. Malangnya, rumah beliau telah dipecah masuk pada hari beliau melapor diri untuk bertugas.
  
"Pegawai ini telah membuat satu laporan polis berkenaan kejadian ini semalam dan dalam laporannya, beliau telah menyenaraikan barang-barang yang telah dilarikan pihak yang memasuki rumah beliau.
  
"Ini termasuk jam tangan mewah dan laporan polis yang beliau buat telah diviralkan menerusi media sosial sejak pagi tadi," kata Rohaizad dalam kenyataan.

 Laporan itu mendapat pelbagai respon daripada pengguna laman itu.
  
"Siasatan awal mendapati suami beliau seorang ahli perniagaan dan pemilikan harta ini adalah sah dari segi undang-undang. 
  
"Malah, oleh kerana beliau baru sahaja melapor diri semalam, pengisytiharan harta wajib juga belum dilakukan," kata beliau.
  
SPRM memandang serius dakwaan dan tohmahan sesetengah pihak kononnya pegawai-pegawai SPRM memiliki harta di luar kemampuan dan SPRM turut memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab mendedahkan laporan polis kes ini menerusi media sosial, katanya.  - Bernama

11 comments:

  1. Ini pendedahan
    https://www.youtube.com/watch?v=ShhykdqZUOI

    ReplyDelete
  2. ......sprm = Saya Perlu RM
    biasa la....gred 44 gaji pokok RM4300.00 ....jam ratus ribu.....SPRM = Saya Perlu RM.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elaun RM1500.
      Maknanya dekat2 6 ribu.
      Suami berniaga.
      Tak ada masalah nak beli barang2 tu.

      Delete
  3. Nape laki tak buat report....kan bini dah susah. Dah satu hal pulak sprm nk menjawab...polis jaga kaunter report pun perangai mcm sial. Jgn la main sebar report org...kan dah jadi punca fitnah. Dah ramai kakitangan awam ppuan yg kawin org kaya..tu tak jadi masalah. Kalau suami yg keje sprm, tu ada ragu2 sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami kerja sprm, tapi isteri berniaga. Tak ada hal punya.

      Delete
    2. sokong...

      yg gatai buat report stated nama isteri apehal??
      tak pikiaq pnjg le tuh..

      kalau report atas nama suami takkan nya ada isu pun...

      melainkan mmg semuanya rekaan belaka...

      Delete
  4. Pengadu tu tak salah... yg salah pnyebar repot tu. Dah la rumah pngadu kena pecah masuk. Lagi nak tambah kesulitan dia dgn sebar repot tu.. ko tanggung la dosa ko wahai penyebar repot!!!!

    ReplyDelete
  5. Menabung sejak kecil la dol

    ReplyDelete
  6. Ada ke orang tiba-tiba masuk perkhidmatan kerajaan dapat gred 44? Dia mesti melalui gred 41 dan kalau pun dia join SPRM 1 Jun, dia MESTI dah buat istihar harta di jabatan sebelumnya.

    ReplyDelete
  7. 1 hari kerja terus dpt gred 44 & jawatan penolong pengarah kanan 1...SPRM sila siasat pegawai anda nie mcmana dpt jawatan kanan walau kerja baru 1 hari walhal orang lain start kerja dgn gred 41 sebagai pegawai biasa....

    ReplyDelete
  8. Adoi anon kt atas, x tau dptkn maklumat dulu. Ko ingt naik gred 44 xleh tukar jabatan ke? Maknanya peg sprm tu dr jabatan lain, bila naik 44 dia dipibdahkn ke sprm

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...